Bunga Sakura Malaysia Namanya Tecoma

Antara perkara yang paling saya suka mengenai maklum balas di blog ini adalah pengomen. Kadang-kadang entri saya dibincangkan secara lebih baik oleh pengomen yang datang.

Ramai yang pernah hantar email mengatakana mereka suka interaksi antara para pengomen di blog ini. Mereka cakap kebanyakkan pengomen berbual mesra dan bukan seperti dipaksa-paksa untuk mendapatkan kelebihan backlink untuk mereka. Pengomen blog ini gembira dan ikhlas untuk menulis komen. Pengomen di sini suka berkongsi info dan menambahkan pengetahuan kepada pembaca, bukan sekadar komen kosong.

Terima kasih untuk semua yang kerap berkomen di sini walau pun saya makin kurang membalas.

pengkomen tegar
Ini antara blogger yang selalu kena racun untuk berada lama di blog saya yang sedang mengajak kawan-kawan kahwin muda!

Semalam selepas saya up entri mengenai  Musim Bunga Sakura di Malaysia, seorang blogger yang dah lama tak muncul, Qurinallisya telah memberi feedback mengenai bunga yang sedang berkembang seluruh Malaysia sekarang. Bunga yang cantik berkembang seolah-oleh musim bunga  di Jepun.

Menurut  beliau seorang pakar tumbuh-tumbuhan,  bunga yang kita nampak kembang cantik seperti bunga sakura tu namanya Tecoma/ Tabebuia .  

Terima kasih banyak-banyak kerana akhirnya saya tahu juga  nama bunga ni.

musim bunga sakura di malaysia

Menurut laman web FRIM, Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selantan dan Tengah adalah pokok hiasan yang ditanam sepanjang pinggir jalan atau hiasan tanam. Di Malaysia, Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun.

Di Malaysia ada 2 jenis warna bunga yang sering ditanam iaitu putih dan pink. Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma , Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-alba berbunga warna putih.

Sebenarnya bunga ini ada banyak lagi warna seperti purple, kuning, merah atau lavender.

Tabebuaia  Tecoma

Nama pentaphylla  adalah kombinasi “lima daun” iaitu  “penta” bermaksud lima  dan “phylla” bererti daun dalam bahasa Latin. Pokok ini juga dipanggil “pokok kertas tisu” kerana kelopak bunganya yang nipis. Pokok bunga ini akan berbunga serentak di mana saja ianya tumbuh dan berlaku apabila musim kering.

Bunga sakura Malaysia ini juga berbunga hampir serentak dengan bunga sakura di Jepun iaitu di musim bunga. Dapatlah juga kita feeling-feeling Spring, kan.

Dari gambar di atas, kita boleh nampak, pokok yang lebat berdaun kurang lebat berbunga. Itulah salah satu ciri pokok Tecoma ini yang akan gugur daunnya apabila musim bunga tiba.

Ini saja yang saya nak berkongi, terima kasih kerana saya sekarang dah tahu nama bunga sakura Malaysia ini.  Tecoma atau Tabebuaia… bukan teko mas atau tebu buaya!

©kujie  –  yang cantik itu kadang² nampak lebih indah dari kejauhan … tak kekal lama!

  1. Wah.. hari ini sebetulnya maza sudah usung DSLR. Kononnya nak tangap gambar bunga sakura Malaysia inilah.

    Sekali kak jie sudah keluarkan entry dia pula.. ni yg lagi bertambah semangat nak skodeng bunga itu.. hehehe

    Psst: maza skodeng bunga ini di Plaza Tol PLUS, tempat saudara Kak Jie bekerja itu.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..DRAMA KLASIK Orang bujang tua terjebak di Ramadan 2013My Profile

  2. bagaimana berbunga lebatnya pokok tecoma tu, begitulah berbunga-bunganya hati saya bila kak jie selitkan cerita keghairahan saya terkena penangan blogpost “mee racun” di sini. terima kasih kak jie =)

    cantik tu bunga2 ni…kalau dapat tanam sepohon…dah rasa macam tgk citer2 korea plak….hahaha
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pesan Abah…My Profile

  3. Pingback: Bunga Sakura Malaysia Namanya Tecoma | Hidup Biar Sedap

  4. Saya memang suka tengok pokok bunga ni yang kebanyakannya ada di tepi-tepi jalan di Kuantan..walaupun bunga-bunganya gugur, ia tetap menampakkan kecantikan dengan gabungan bunga di atas pokok dan juga bunga yang berada di atas tanah..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Lagi Rezeki Dari DenaihatiMy Profile

  5. ok….sy pggil pokok bersepah sbb daun die suke2 je ggur n bsepah2 dkt jlan….skrg da tau nme ny……tecoma….tq kak jie….hahaha

  6. oh…species bunga sakura jugak…memang dia berbunga cantik jer kan….so x yah la nak pi jauh2 tgok bunga sakura..tgok species ni pun dah ok…sama jer kot..hehehehehe

  7. baru nak buat entri pasal bunga ni Kak Jie..adakah kak jie dapat membaca fikiran saya ke ape?hohoho..peliknya..pokok ni ada dekat dengan kawasan perumahan saya tu..tu semalam..ingat nak tulis je, sakura di malaysia..sekali pagi ni ada plak entri ni..eh..
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Tips Jimat Beli Screen ProtectorMy Profile