Cara Beli Nombor Pin UPU di BSN

Edit :  9/1/2014 –  Tarikh Beli Nombor Unik ID 2014 – klik sini – Tarikh Beli Nombor Unik ID/ Nombor PIN BSN 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Panduan Pembelian No. Unik ID/No. Pin

Ada 3 cara untuk membeli No Unik ID atau dikenali No Pin UPU :

1. Kaunter BSN  – mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) .  Tak perlu ada akaun bank.  Perlu ada nombor Kad Pengenalan.

Untuk membeli  Nombor Unik ID UPU di ATM dan SMS Banking ,  perlu memiliki akaun/ kad BSN

2. ATM ( Automated Teller Machine )

  • Masukkan Kad  dan No Pin
  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak

NO Unik ID dicetak di dalam resit tersebut.

3. SMS Banking.

Perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking . Boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  • Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  • Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  • Masukkan No. Telefon Bimbit
  • Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.

Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Sila rujuk Panduan Membeli Nombor Unik ID di BSN  di  [ sini ]

Entri lain yang berkaitan :

Baca panduan  terkini di – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2014/2015

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. noor shafikah says:

    Boleh tak kawan saya belikan no pin untuk saya

  2. Mohd Syafiq says:

    Saya baru shj lpasan spm taun 2013 boleh ke saya beli no unik id bsn pada umur 19 thn (thun 2015) sbb saya terlepas tarikh pembelian

  3. Anonymous says:

    macam mana kalau dah kemaskini 3 kali,kemudian keputusan exam tidak melayakkan diri untuk ambil bidang yang dipilih atau bertukar fikiran?adakah perlu beli semula no pin upu di bsn?

  4. aty berkecai says:

    Pertanyaan sy ambk spm thun 2011..adkh no pin upubsn sama dlm kategori b

  5. macam mana ye cara nak mohon sambung belajar,,,,dan nak dapat nombor pin,,,

  6. PUTRA WALI says:

    SALAM…NO. ID UPSI DAN NO. UPU SAMA X??MINTA PENJELASAN

    • UPU adalah Unit Pusat Universiti iaitu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

      Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :-
      Universiti Malaya (UM)
      Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
      Universiti Putra Malaysia (UPM)
      Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
      Universiti Teknologi MARA (UiTM)
      Universiti Utara Malaysia (UUM)
      Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
      Universiti Malaysia Sabah (UMS)
      Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
      Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
      Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
      Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
      Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
      Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
      Universiti Malaysia Pahang (UMP)
      Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
      Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
      Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
      Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri

      UPSI termasuk dalam senarai IPTA yang diuruskan UPU,
      maka permohonan mesti dibuat melalui UPU,
      maka sudah pasti, no pin yang perlu dibeli adalah mengikut panduan yang diberikan oleh UPU.
      maka… belilah no pin upu di bsn.

  7. PUTRA WALI says:

    SALAM…NO. ID UPSI DAN NO. UPU SAMA X??

  8. mohon copy n share kak..;) tq

  9. num pin upu hilang , boleh beli sekali lagi tak ?

  10. makcik saya belikan no upu, tetapi dia tersalah no ic saya.. apa patut saya buat???
    bela baru ke?? sepatutnya no ic saya 950801, tapi makcik saya daftarkan 950802..

  11. bolehkah saya guna kad bsn orang lain (ibu & ayah) untuk mengambil pin upu???

  12. assalamualaikum, saya ni pelajar lepasan STAM. tapi saya minat bidang komputer.
    tetapi bidang komputer x boleh diambil m’gunakan sijil STAM. maknanye saya perlu gunakan sijil SPM tahun lepas. Jadi, saya perlu beli borang upu bagi lepasan STAM ke atau beli borang upu bagi lepasan SPM ???
    mohon pencerahan…:)

  13. salam.. nak tanya.. adakah saya membeli no pin yang betul?? saya merupakan pelajar lepasan spm 2012… tapi dekat resit n0 pin tu dia letak,,, ‘sila masuukkan n unik id=………. untuk permohonan melalui internet bagi BPKP JPT untuk STPM sahaja…’ kenapa dia letak STPM SAHAJA????

  14. rosnaini ibrahim says:

    Entry tentang UPU ini sangat bermanafaat bagi ibu bapa dan pelajar…. Terima kasih banyak-banyak.

    • sebenarnya saya cuma berkongsi pengalaman yang saya lalui bila uruskan anak kedua memohon UPU tahun lepas
      atas sebab itu saya banyak membaca dan mencari maklumat dalam talian.
      saya banyak berkongsi link untuk bacaan anak-anak yang mencari maklumat
      tetapi agak kecewa kerana mereka selalunya bertanya soalan yang berulang² tanpa membaca dulu penerangan yang telah diberikan.
      saya boldkan maklumat penting, saya letakkan link supaya mereka klik dan baca.
      carian maklumat dalam talian memerlukan kita membaca, mengklik link yang disediakan bukan seperti kita berdiri di depan manusia di kaunter
      carian dalam internet memerlukan kita MEMBACA.

  15. nur shazrina says:

    saya nk tnya.. Mcm mana nk dapatkan borng pemohonan ipta bg lepasan spm 2012

  16. Salam…bayaran melalui atm bsn atau mana mana atm berdekatan?