Tarikh Beli Nombor Unik ID UPU – Nombor Pin BSN  2014
Pengetahuan Am

Tarikh Beli Nombor Unik ID UPU – Nombor Pin BSN 2014

Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015

Semua bakal pemohon dari lepasan SPM 2013  setaraf dan STPM setaraf boleh mula membeli  Nombor UNIK ID atau Nombor PIN BSN UPU  pada  tarikh 20/1/2014 ke dan tarikh akhir beli Nombor UNik ID adalah pada 7 April 2014.

Sistem Permohonan SPM, Politeknik & ILKA, STAM, STPM & Diploma/Setaraf boleh dicapaian mulai jam 12.00 tengah hari pada 20 Januari 2014 – 7 April 2014

Untuk maklumat lanjut – bolehj klik laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPTA 2014 di sini [BPKP-JPT ]

 

 

tarikh beli no pin upu bsn

Untuk anak-anak, sila baca entri dibawa sebagai panduan:

Baca panduan  terkini di – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2014/2015

Harga Nombor Unik ID ( Pin BSN)

  • Kategori A (RM 10.60): merangkumi Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.
  • Kategori B (RM15.60) : Merangkumi Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.
no unik id bsn upu
Contoh Slip BSN yang mengandungi NO UNIK ID

Ini adalah contoh Slip BSN yang dicetak No Unik ID .

Kalaulah nombor Unik ID hilang, boleh beli sekali lagi tetapi nombor yang akan diberikan adalah sama.  Bayar je sekali lagi.

Orang lain boleh belikan NO UNIK ID, pastikan Nombor Kad Pengenalan adalah betul.  ( saya pernah beli untuk anak sewaktu dia masih di asrama )

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 :

19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar

20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka

20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN

09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara

7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta

14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf

16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf

14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen

16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran

16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf

28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf

18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf

29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf

04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm

10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm

04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm

10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm

11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta

17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta

16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)

20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA

25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA

22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf

06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf

25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi

02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma

03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi

09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi

08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf

14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf

16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)

22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)

03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM

09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM

03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)

09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)

28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf

01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf

02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf

14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf

20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf

17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM

Sumber: Page Rasmi Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Tarikh Beli Nombor Unik ID UPU – Nombor Pin BSN 2014

  1. Assalamualaikum, saya nak tnye laa. Adakah pembelian nmbr pin upu akan dibuka pada bulan 7 utk lepasan SPM 2013?

  2. nk tnye ni…penting sngt2…sye tersilap isi upu n sah hantar sbnyak 3 kali…kalu sy nk isi kali ke 4 bley x ?

  3. Sy nk tanya,sy lepasan spm 2011…sy nk beli no pin d Atm bsn utk mohon ikbn…masalahnya sy xtau ikbn tu dlm kategori mana…bila klik no pin dia ade kategori:
    -upu -> A / B
    -kolej komuniti/politeknik
    -uitm
    Dll…ikbn tu dlm kategori yg mana satu?plisss tlggg…!

  4. salam , sekarang ni bleh beli lagi ke nombor pin UPU tu ? sebab ade yang kate dah tutup utk pembelian .

  5. SAYA TERLUPA NO UNIK ID (UPU).JADI,BOLEH TAK SAYA BUAT SEMAKAN NO UNIK ID TERSEBUT SECARA ONLINE?

      1. Oh bermaksud tidak boleh membuat semakan secara online atau menerusi semakan sms ? Okay,terima kasih ya 🙂

        1. saye pn ta bli lg no pin, adui, ta smpt laa .. keja je hri2 , smpai tlpe nk update bout study

  6. salam..

    saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
    sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
    maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
    sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
    apa yang patut saya tulis di slip tu?

    nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?

    *bingung*

Comments are closed.