Cerita rakyat sebelum tidur

Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing, seorang majistret di sebuah daerah meminta seorang tukang jahit membuatkannya jubah rasmi yang baru.tukang  jahit

” Tuan, terlebih dulu beritahu saya jawatan yang tuan sandang. Adakah tuan baru menjadi pegawai atau baru dilantik ke jawatan baru atau sudah lama menjadi pegawai?” tanya tukang jahit itu.

” Apa kena mengenanya dengan hasratku membuat jubah baru?” soal majistret itu dengan penuh kehairanan.

” Oh, banyak ! Jika tuan pegawai baru, tuan akan berdiri lurus setiap masa di istana, Kalau begitu, tuan memerlukan jubah yang labuhnya sama panjang belakang dan depan. Bagi pegawai yang baru dilantik ke jawatan baru pula, jubahnya mesti labuh di depan dan singkat di belakang kerana mereka ini megah dan sombong, suka mendongak dan berjalan mendada. Bagi pegawai lama, jubah mereka mestilah berbeza. Disebabkan mereka seringkali dicela dan dimarah oleh pegawai atasan dan selalu duduk melutut, mereka berdukacita dan badan mereka bongkok. Jadi mereka perlukan jubah yang singkat di depan dan labuh di belakang. Jikalau saya tak tahu tuan ini termasuk dalam kategori pegawai yang mana, bagaimana saya nak buat jubah yang padan dengan tuan?”

* Cerita rakyat negara China petikan dari buku Bermulanya Dengan Tup! Tap!

Β©Kujie – Dah dekat nak raya ni, dah tempah baju ke weiii….

43 Replies to “Cerita rakyat sebelum tidur”

  1. seronok gak baca citer2 rakyat ni kan..
    dulu masa sek. rendah izzah suka sangat gi library baca buku2 cerita peri2..
    pastu kalau tak habis baca sorokkan buku tu kat tempat yang org len tak leh nampak..esok senang nak sambung baca..
    .-= izzah´s last blog ..Ingat..Ingatkan. =-.

  2. leh tempah bj raya tak kt tukang jahit nie?ala2 expert je…baju raya x wat lg…huhuhuh..*erkk..pose pun lom..raya plak duk ingt*
    .-= kriesz´s last blog ..Alahai.. =-.

  3. Bagaimana agaknya jawapan majistret tu? Kalau dia ego, dia tak akan menjawab pegawai baru. Beliau tak akan menjawab baru naik pangkat jika beliau mempunyai ramai kawan dan beliau pasti segan nak mengaku beliau pegawai lama kerana beliau pasti daimarah dan dicemuh.
    .-= TokNabe´s last blog ..Kelate Kito =-.

  4. Eh silap.. “tidurlah Intan” kot tajuknya.. lagi satu buku “cerita-cerita mitos dari asia”

  5. Ingat dulu-dulu masa suka kumpul buku tidurlah sayang . banyak juga cerita-cerita macam ni..
    .-= nuaeman´s last blog ..Aku, kau , saya dan awak.. =-.

  6. bebudak nya baju raya dah settle di tempah.bapak budak nya baju melayu, recycle baju tahun2 lepas..say anya?beli pasang siap je..kehkehkeh..nasib saiz senang nak carik..
    .-= arin´s last blog ..Hujan .. =-.

    1. @chekguBH, lelaki senang…perempuan ni susah..dok tawaf satu Komplek PKNS tu tak jumpa2 apa yg di cari..sebenarnya dia tak tau apa yang dia cari πŸ˜†

      1. @Kujie,

        klu dah masuk kompleks pkns tuh.. rambang mata… walaupun dah plan nak beli ape klu kesana sahihla ‘ter’beli barang lain.. wakakaka
        .-= mrs azmi´s last blog ..apela nasib =-.

  7. Pingback: pligg.com
  8. Pingback: negaraku.net

Comments are closed.