Google Doodle The Flintstones – Kenangan Hitam Putih

Baru saja minggu lepas buat entri pasal iPhone 4 Zaman Flintstone.  Hari ni buka Google terpampang Google Doodle Ulangtahun ke 50 The Flintstones.

The Flintstones ini kartun hitam putih zaman kanak².  Kisah keluarga Fred dan Wilma bersama anak perempuannya Pebbles.  Keluarga Fred ada binatang peliharaan (pet)  dinosaur bernama Dino.   Dalam kisah Fred selalu muncul kawan sejirannya Barney dan isterinya Betty.

psst…….psstt……… dalam siri kartun ni, watak isteri more intelligent dari suami.

The Flintstones adalah salah satu kartun yang saya boleh kenal watak dan ingat selain The Yogi Bear Show, Scooby-Doo, Where Are You? di bawah produk Hanna-Barbera Productions. Kalau Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) mesti terbayang Tom and Jerry berkejaran.

Sekarang, kartun boleh ditengok 24 jam sehari dengan berbagai channel dari Astro Ceria, Playhouse Disney, Cartoon Network atau Nickelodeon.  Sampai tak ingat lagi apa watak kartun paling best.  [baca : dah tua ]

©kujie – The Flintstones tu color, tv saja yang tak color ..erk..hitam dan putih juga color, kan?

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Google Doodle The Flintstones – Kenangan Hitam Putih”

  1. kuatnya ingatan kak jie tentang citer katun nih, saya dah lupa terus. Yang ingat gambar je, jalan cerita,,zero

  2. Juga ada filem The Flintstones keluar tahun 1994, pernah tayang kat TV zaman Iza ngaji dulu. Kelakar sangat. Apa yang ada dalam animasi cuba diterjemahkan dalam lakonan manusia. Jenuh gelak, tapi memang kreatif cata depa buat. Tadi sempat pi jenguk you tube cari cerita The Flintstone ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Tanpa TajukMy Profile

  3. mula2 zaman kanak2 dulu maza tak suka tengok citer Flinstones ni… sbb merasakan jalan cerita lembab dan tak banyak aksi..

    maza lebih memilih kartun berbentuk seperti toriton, transfomer, the gummy bear… heheheh

    tapi skrg ni, boleh lak layan Flinstones dan baru tahu, banyak juga jenaka ‘dewasa’ di dalamnya… hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Bukannya Sarip Dol- Ada Sirap Ada RayaMy Profile

  4. Rasa best je jadi isteri dan mak bila tengok Wilma ni..macam apa saja dia cakap, betul……….dan sentiasa betul 😆 ( kalau dibanding dgn Fred lah…)

  5. suker cartoon flinstone ni….masa kecik saya selalu adore watak wilma….masa tu rasa dia adalah super mummy.!!!

  6. 😉 kelako plak teringat cartoon ni.. ak ah kan kak isteri lebih bijak, tp masa tu x terfikir pun sebab kecik lagi hehehe
    Jom terjah post menarik dari Mummy Dasy ..♥ iPhone 4My Profile

Comments are closed.