iPhone 4 Zaman Flintstone

Semua blogger yang advance² bercerita pasal handphone kasta tinggi iPhone 4 yang baru dilancarkan semalam di Malaysia. Terteknolgi sungguh!

Tapi bila sentuh bab harga iPhone – rasa macam tertelan cuka! Menurut Maxis, harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 dan untuk  model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290. Saya tak pernah beli handphone lebih dari rm 500. Itu had keperluan saya bukan had keinginan. Keinginan tiada had!

sumber image: imobileu.com

Isu handphone ini juga jadi bahan bualan ‘laki bini’ masa bervideo call dengan suami pagi tadi. Credit limit dari Celcom sampai rm 1000 tapi handphone tak sampai rm 300. Credit limit celcom saya Rm 300.

Kata suami, bukan keperluan dia untuk menggunakan handphone berfunction² canggih. Dia tak perlu untuk beronline 24 jam, tak perlu update facebook, update blog atau bertweet. Keperluan dia – boleh dihubungi dan boleh berhubung.  Kata kunci di sini – bukan keperluan dan keutamaan.

Sebenarnya – saya pun tengah cari handphone baru ..erk..tak semestinya baru tetapi mesti ada function bahasa mandarin.  SE 801i dulu memang ada bahasa mandarin tapi Along dah guna. Intan perlukan handphone untuk bersms dengan kawan² nak tanya kerja sekolah. Budak² sekarang bijak gunakan kemudahan.

Kat rumah ni ada 2 handphone dan kedua² handphone ‘ zaman Flinstone’ yang dicipta untuk kegunaan asas.

©kujie – kalau dalam tren komuter yang sesak tu…berbisik² dalam hati ….janganlah kau bunyi wahai handphoneku sayang…hehe ( selalu nampak penumpang komuter mengadap hp canggih²)

43 Replies to “iPhone 4 Zaman Flintstone”

  1. Dulu saya pun tak kisah sangat tentang teknologi ni tapi sekarang bukanlah kisah sangat cuma ada berbagai keperluan yang boleh memudahkan kita apabila segalanya ada dihujung jari…berbisnis dan berhubunga dgn keluarga dgn lebih pantas dan save ringgitnya tak perlu bayar SMS. Mungkin tak perlu beli iPhone 4 yg agak mahal tapi masih boleh guna iPhone 3GS ataupun BB versi terkebelakang sikit yg pasti harga nya jatuh merudum…
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Banner blog menarik Hidup Untuk MemberiMy Profile

  2. mak ai mahalnya tepon, kalau saya ada duit banyak tu saya beli wheelchair dulu hehe keutamaan dan keinginan..hehe..
    handphone pada saya sangat penting untuk sms orang rumah dan boleh amik gambar…
    Jom terjah post menarik dari aRoL ..Aku KeliruMy Profile

  3. harga handphone paling mahal ialah nokia 3310 masa mula2 keluar dulu, dapat loan ptptn then beli, masa tu harganya rm630

    sekarang guna handphone yg harganya rm400 dan sudah hampir 3 tahun guna takder masalah

    p/s: kakjie pandai bahasa mandarin yer?
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Erti sebuah kebahagiaanMy Profile

  4. Dulu, masa Su keje dgn maxis, bab hp and functionnya mmg kena ambik tahu. Wajib. Bila dah berenti, dah malas nak ambik tau. Paling penting, call dan sms. Itu basic keperluan.
    Jom terjah post menarik dari suara ..10 hari diHari Raya!My Profile

  5. kak kujie… hp mahal tp kalu hayatnya lagi cepat jahanam pun tak guna gak..
    baik pakai hp yg kurang kecagihan sbb jangka hayat nya lagi lama…
    sbb sumi br beli hp baru..tak sampai pun 20 hr… dah rosak……..waaa…

    last sekali skrg hp yg buruk tu gak sumi pakai…huhuhuhu

  6. kekeke… agaknya kalau dalam train telepon tu berbunyi angkat tak? mesti angkat.. tapi kaver jugak la kan carik penjuru train atau kat tiang-tiang sandar sambil tekup mulut. heheh

    nota: npon saya pon tak canggih.. body dia jer dah kaler tertanggal. tempat bateri pon longgar sebab selak kaki blakang bateri tu dah patah. 😛
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Telatah Amirul bila tidur mengingatkan diri sendiriMy Profile

  7. salam kak jie,
    saya antara individu yang tak peduli dengan kehadiran hanpon yang terbaru..
    ketinggalan zaman?
    entahlah..
    yang saya tahu… janji boleh call dan terima call dan ada jam penggera..
    kalau dulu.. ada hanpon xde jam penggera..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Peluk- cium dan dot dot dotMy Profile

  8. yeah….saya masih ada kawan….saya pun pakai handphone zaman flinstone lagi…iaitu handphone Nokia tiga-tiga-sekupang……

  9. hi kak, salam singgah…

    bila saya baca part yang akak tulis pasal dalam komuter semua kuar hp canggih2 tu mmg saya tergelak2 saya… hehehe… bukannya apa, hari tu masa saya pergi tgk konsert saya dikelilingi dengan remaja2 yang pakai Iphone @ Blackberry… saya sorang jer pakai HP zaman flinstone tu gak… hehe… dashat budak2 zaman skang ni…

  10. bila masuk bab keinginan – rupa²nya keinginan beriphone lebih tinggi dari keinginan untuk berkahwin?

    Sebab sering timbul isu hantaran, mas kahwin mahal tetapi bila bab gadjet seperti ini ramai sanggup untuk memenuhi keinginan dia.

  11. keinginan tu maksu…kita ni manusia ada nafsu
    tapi bila bab ‘keperluan’ – saya mengalah walau ada kemampuan

    hp kat rumah ni..kadang2 nak berdering sehari pun payah..tak de sapa nak hubung 😆

  12. henpon sy pun zaman batu punyer, cuma boleh sms, fb tak leh, apa pun tak leh… hajat di hati nak gaks yg canggih2, tapi kemampuan x mengizinkan.. sabo jer lah, kan Kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Mak Su ..TerowongMy Profile

  13. Betul tu kujie. kelmarin baru fikir nak jual phone ni sbb byk function tak pakai pun, n82 ni siap ada gforce garfic tp game tak pernah main huhu. cuma best kamera la zeis dia power, itu je. so boleh kata hp sy 2 in 1. phone dan kamera.

    utk pakai tepon canggih tu semua… hmm… henpon boleh buat idup kita singkat, buang masa. baik simpan hp dlm kocek, dan tengok sekeliling. apa ada. itu lagi best.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Nostalgia kad rayaMy Profile

  14. masa zaman bujang memang saya akui lebih cenderung kepada keperluan. beli segala macam gadjet, handphone dsbnya.
    tapi lepas dah berkeluarga, lebih pentingkan keutamaan pula.
    jadi terpaksa pendam dalam hati je..hehe
    Jom terjah post menarik dari Faizal ..iLOL with iPhone 4My Profile

  15. Ramai yang bukan membeli untuk keperluan, tetapi atas sebab lain, terlalu ingin mengikut trend dan sebagainya. Sampai ada yang sanggup ikat perut demi mendapatkan gadget2 terbaru.

    Telefon ada bahasa mandarin erk, 2nd hand pun takper?
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Hormat-menghormatiMy Profile

Comments are closed.