Jadual Sekolah 2014
Pengetahuan Am

Jadual Sekolah 2014

Nota  Cuti Berganti Raya Cina  & Raya Puasa 2014:

Cuti Tahun Baru Cina 2014 – 31 Januari & 1 Februari 2014 ( Jumaat & Sabtu )

Cuti Hari Raya Puasa 2014 – 28 & 29 Julai 2014 ( Isnin & Selasa )

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Edit 09/1/2014 – Tetapi daripada sumber Laman Web Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,Negeri Kedah akan bercuti pada hari Thaipusam ( 17 Januari 2014 )sebagai Cuti Peristiwa.

Edit : 23/11/2013 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan hari cuti negeri Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

budak sekolah

Jadual persekolahan 2014 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).

Tarikh sekolah akan dibuka ialah pada  2hb Januari 2014 ( Khamis ) bagi negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2014   ( Rabu)  .

Negeri yang bercuti Tahun Baru 2014 :


Negeri-negeri yang bercuti pada 1hb Januari ( Tahun Baru 2014 ) – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.
Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2014. – rujukan : www.kabinet.gov.my

Walaupun Johor berada di dalam Kumpulan B tetapi Negeri Johor tidak bercuti pada 1hb Januari 2014.

 

jadual sekolah kedah kelantan terengganu dan johor 2014

jadual cuti sekolah negeri 2014

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Jadual Sekolah 2014

  1. Jadual ni dikeluarkan sebelum Johor diishtihar cuti Jumaat dan Sabtu. Adakah masih boleh guna atau kena ikut jadual bagi kelantan?

  2. penting untuk perancangan tahun depan nih….

    Johor dah mula cuti hari Jumaat , sabtu …..anak cuti keluar keja swasta biasa le tak ikut, pening le…..

  3. Salam kak…boleh saya tahu berapa lama cuti sekolah raya cina negeri johor? dari brp hb sehingga brp hb ye?

Comments are closed.