Jerebu : Senarai Sekolah Yang Cuti

EDIT :  Baca di sini  - Bacaan IPU Jerebu Terkini 14 Mac 2014, Sekolah Di Klang Tutup  

EDIT : 26 Jun 2013 -  Semua sekolah dibuka seperti biasa.

 

EDIT : 25 Jun 2013

  • Bacaan IPU dua tempat Seri Majung dan Pelabuhan Kelang telah melebihi 300.
  • Semua sekolah di Daerah Manjung ditutup.
  • Semua sekolah JAIS ditutup
  • Sekolah di Hilir Perak juga ditutup – 3.00 petang

Esok sekolah cuti tak 26 Jun 2013?

pengumuman cuti sekolah

pengumuman cuti sekolah

Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup esok (26 Jun 2013)

Kawasan yang bacaan IPU melebihi 250 pada jam 5 petang tadi adalah – Pelabuhan Kelang ( 464) , Shah Alam (252) dan Seri Manjung ( 290)

 

 

———————————entri dibawah ini pada 24 Jun 2013 ——————————

Ramai yang hantar email bertanya, esok sekolah atau cuti?

sekolah tutup jerebu
Sumber: MStar Online
Hanya Sekolah Di Kawasan Bacaan IPU 300 Akan Ditutup.

Sekolah-sekolah di kawasan dengan bacaan IPU di bawah 250 dibuka seperti biasa. Bacaan IPU yang melebihi 300 hanya di  Pelabuhan Kelang. Kalau itu statement ni, semua sekolah lain akan dibuka seperti biasa mulai esok kecuali di Pelabuhan Klang.  Rujuk Bacaan Indek Pencemaran Udara ( IPU) Terkini  [klik]

 

  • Setakat 5 petang 24 Jun 2013 , hanya sekolah di Kuantan akan dibuka esok 25 Jun 2013.  Itu pun petikan dari akhbar online.  Laman web KPM belum ada kemaskini.
  • Semua sekolah di Melaka dibuka seperti biasa esok 25 Jun 2013
  • Timbalan Perdana Menteri kata, terpulang kepada ibubapa nak hantar anak ke sekolah atau tidak.

 

————————-entri dibawah  ini 23 Jun 2013 —————————————-

jerebu sekolah cuti

berita dari Sinar Harian

Setakat jam 9 malam, ini adalah senarai negeri dan daerah yang sekolahnya  bercuti esok ( 24 Jun 2013)  kerana jerebu adalah

  • Selangor – seluruh negeri
  • Kuala Lumpur – seluruh KL
  • Putrajaya – dari laman web KPM
  • Melaka – seluruh Melaka – akan dibuka semula esok 25 Jun 2013
  • Kuantan – akan dibuka semula esok ( 25 Jun 2013 – Bernama Online )
  • Muar
  • Ledang
  • Segamat
  • Kluang – arahan bercuti sejak Jumaat belum ditarik balik
  • Batu Pahat – arahan bercuti sejak Jumaat belum ditarik balik
  • Port Dickson ( diumumkan pada  9.30 malam )
hotspots in asia

Hotspots in Asia (Haze Information Facebook) Pix by Google Earth

  • Sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok. ( 24/6/2013)
  • Semua universiti di Lembah Klang  dibuka seperti biasa.
  • Darurat dan sekolah ditutup adalah dua perkara berbeza.  Setakat ini hanya Muar dan Ledang sahaja diisytiharkan darurat.

 

Bila dah cuti, pastikan anak-anak berada di dalam rumah dan memakai topeng jika perlu keluar , minum banyak air dan kerap mencuci tangan dan muka.

Nota :

  •  ikuti  @HazeInformation di Twitter untuk beberapa maklumat.
  • pos ini akan diupdate dari masa ke semasa
  • Semak Indeks Pencemaran Udara ( IPU) Terkini di sini – Jabatan Alam Sekitar
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Anonymous says:

    kalau jerebu memang bosan

  2. kalau sekolah saja sampai cuti berarti cukup besar ya dampaknya
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Penyebab dan Dampak Pencemaran Limbah Padat, Cair dan Gas dari Industri dan Rumah TanggaMy Profile

  3. nishanth says:

    27.6.2013 ada sekolah ke?

  4. Memang jerebu ni mengundang bahaya. Alhamdulillah blogger seperti kak kujie rajin update info terkini utk pengtahuan umu. Terima kasih ya
    Jom terjah post menarik dari ieta ..JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIANMy Profile

  5. IKut garis panduan yang pernah dikeluarkan oleh kementerian mengenai jerebu sejak tahun 2004

    1. Bagi kawasan IPU lebih 300, sekolah ditutup secara automatik tanpa tunggu arahan.
    2. Bagi IPU bawah 299 sekolah seperti biasa sehingga ada arahan tutup.
    3. Bawah 250 sekolah seperti biasa dan hadkan aktiviti luar.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bacaan IPU Jerebu TerkiniMy Profile

  6. wan nurfarisha aqilah says:

    nak tnye….sok tlk pg5 garang cuti x????hehehe

  7. Tadika pun terpaksa tutup kerana xsggup menanggung risiko anak-anak terkena asthma dan sebagainya.

    Jom terjah post menarik dari teacher tadika ..Selamat Datang ke Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Shah AlamMy Profile

  8. esok belum pasti bagaimana…moga semuanya reda dan pulih…ameen
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang JerebuMy Profile

  9. ternyata tak hanya menimpa Indonesia saja, kini Malaysia juga mengalami hal yang sama
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create Image Slideshow For Website Using HTML And jQueryMy Profile

  10. semoga tak bertambah teruk.. kalu idak esok kene cuti sekolah lagi……huhuhuhhu
    Jom terjah post menarik dari sumijelly ..Jerebu! Oh, jerebu!My Profile

  11. Cepatlah pulih…..dah sesak ni…
    Jom terjah post menarik dari PokCIk ..Yahoo…..Esok Last PaperMy Profile

  12. semoga keadaan ini cepat pulih…dah sesak ni….
    Jom terjah post menarik dari PokCIk ..Yahoo…..Esok Last PaperMy Profile

  13. makin merebak ke utara pula jerebu ni..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..10 Fakta Menarik Tentang AiskrimMy Profile

  14. semoga masalah jerebu nih akan reda secepat mungkin…amin…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Doa Mengharapkan Turunnya HujanMy Profile

  15. Putrajaya makin tebal jerebu. Tapi taska anak saya masih buka seperti biasa, sebab tutup tingkap dan pasang air cond, kata pemilik taska. Dan isteri sy masih ke pejabat seperti biasa.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Jerebu Oh JerebuMy Profile

  16. Terima kasih atas maklumat.

    Sumbangan maklumat yang sedikit tetapi besar manfaatnya utk semua.

    Semoga di beri kebaikan drpd Allah dunia akhirat.

  17. Seronok juga dapat bercuti.. Boleh sambung berehat…
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Contest SEO : MyKad Smart ShopperMy Profile

  18. best la dapat cuti.perak xx cuti ke
    Jom terjah post menarik dari sendiriDOTnet ..Malam Pertama Di Bulan RamadhanMy Profile

  19. Huhuhu,
    anak-anak kegembiraan dan pasti ibu bapa juga turut gembira jika mereka juga mendapat cuti rehat.
    Jom terjah post menarik dari SHIMI ..Reasons to smile…My Profile

  20. selalu je jerebu ni terjadi akibat permbakaran terbuka dari negara jiran. just wondering, xkan pihak berkuasa indonesia tidak mengambil apa2 tindakan/pengajaran keatas pa yg berlaku sebelum ini. maybe kawasan indonesia besar, so susah kontrol.

  21. hoho..mari kita bercutii..yehhhh.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Pandangan gua tentang Contest SEO Melayu BolehMy Profile

  22. oh Putrajaya dah umum cuti ye..

    tadi kat berita Selangor dan Kuala Lumpur saja..tu yang heran

    dah update balik..hihi
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Sekolah² di Selangor dan Kuala Lumpur ditutupMy Profile

  23. nilai x cuti ke?

  24. Muga cepat pulih jerebu ini..ana yg duk muo ni amatlah terasa kesannya

  25. kat selangor ni budak-budak tak nampak macam hadkan aktiviti luar je. Tak ramai orang pakai mask lagi. Tapi bau asap kuat juga kat luar..
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Tips untuk ibu mengandung di Bulan RamadhanMy Profile

  26. n9 tak cutike?

  27. Esok sudah siap sedia dengan topeng muka N95 cuma bahagian mata harap visor topi keledar.

  28. semoga keadaan akan pulih seperti biasa.. aminn…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Himpunan “Tidak kepada Keganasan”My Profile

  29. Terima kasih kakjie , info ni memudahkan org buat carian
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Jerebu sebelum dan selepas di cherasMy Profile

  30. Putrajaya cuti x esok?

Trackbacks

  1. [...] Senarai sekolah yang bercuti kerana jerebu, klik sini – Jerebu – Senarai Sekolah Yang Cuti  [...]