Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali
Pengetahuan Am

Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali

pusat khidmat dun batang kali

Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali telah berpindah ke Laluan Utama, Batang Kali. Sebelum ini Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali berada di Taman Emas,Batu 30, Hulu Yam Lama.

Lokasi Pejabat Khidmat Adun Batang Kali berhadapan di seberang jalan Balai Polis Batang Kali berdekatan Public Bank dan Stesen Komuter Batang Kali.

Waktu Urusan Pejabat Khidmat Dun Batang Kali

  • Isnin – Khamis – 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Sabtu – 9.30 pagi – 2.00 petang
  • Ahad dan cuti umum – tutup
  • YB akan berada di pejabat pada setiap hari Khamis sahaja.

Dua tiga minggu ini saya sedang memproses permohonan  Skim Tanam Baru  Sawit Pekebun Kecil jadi  memang berurusan dengan beberapa pejabat kerajaan – Pejabat MPOB, Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Khidmat Adun kawasan.

Pagi tadi ke Pejabat Khidmat Dun Hulu Bernam, Kampung Titiwangsa , Kelumpang.  Malangkan YB tiada dipejabat kerana turun ke Kuantan membantu mangsa banjir.

Kalau tak berurusan, memang tak pernah ambil peduli. Hanya lalu dan pandang.  Sesekali kena mencari, kalut juga nak tahu lokasi sebenar.  Kalau ringan mulut bertanya, InsyaAllah akan ada yang membantu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

8 thoughts on “Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali

  1. Pernah hantar aduan di blog beliau mengenai pembakaran haram bateri. Malangnya tidak ada maklumbalas.

    Saya membuat aduan dengan Jabatan Alam Sekitar dan Aduan Rakyat TV3. Akhirnya pihak Jabatan Alam Sekitar dapat menjejaki kawasan pembakaran bateri selepas beberapa buat tinjauan dan intipan. Asap pembakaran asid telah terbang beberapa kilometer sehingga kawasan perumahan saya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya OneMy Profile

Comments are closed.