Saya Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit
Peribadi

Saya Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit

lembaga minyak sawit malaysia mpob

Industri sawit telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Utama Ekonomi Baru (NKEA). Dalam usaha meningkatkan hasil sawit daripada tanaman sedia ada,  kerajaan melalui MPOB telah membantu pembukaan tanah untuk tanam baru sawit oleh pekebun kecil atau untuk  menanam semula pokok sawit tua.

Saya sedang memproses borang Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) untuk memohon tanam sawit di salah satu kebun yang baru dibeli. Ini kali pertama berurusan untuk tanam baru sawit, sebelum ini saya memohon  Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK). Urusannya dah selesai, cuma menunggu benih sawit ditanam beberapa hari lagi.

Permohonan untuk tanam semula sawit dan tanam baru sawit adalah berbeza.   Entri kebun sawit saya di sini – Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum dan Selepas PRU

Saya juga pernah membuat permohonan tanan semua getah melalui RISDA.  Anak-anak pokok getah saya pun dah besar sekarang, dua tiga tahun lagi dah boleh ditoreh.  Saya ni boleh dikategorikan Blogger Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit .  Baca entri berkaitan mengenai Tanam Semula Getah

pokok getah

Nilai bantuan untuk Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil adalah tidak melebihi RM 7000/ha dalam bentuk seperti berikut:

  • Penyediaan tanah/pembersihan kebun.
  • Anak benih sawit berkualiti dibekalkan dari tapak semaian sawit yang mempunyai Sijil OPNCC/CoPN/telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  • Baja tahun pertama dan kedua yang ditentukan mengikut jenis tanah.
  • Racun perosak/kimia boleh dipertimbangkan pada tahun pertama jika berlaku serangan yang serius.

Syarat Permohonan kedua skim juga berbeza. Kalau Skim Tanam Baru Sawit, perlukan sokongan Ahli Parlimen/ ADUN .

Syarat Permohonan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur lebih 18 tahun
  • Pekebun Kecil ( 5 hektar ke bawah bagi Semenanjung Malaysia , 7 hektar bagi Sabah dan Sarawak )
  • Mempunyai geran.
  • Pengesahan sokongan dari Ahli Parlimen/ ADUN

Ada syarat lain yang lebih terperincik, rujuk laman web MPOB ( Malaysia Palm Oil Board )

Bila dah ambil borang, perlu ke Jabatan Tanah dan Galian membuat carian tanah untuk mengetahui status hakmilik tanah, status tanah atau tujuan penggunaan tanah.  Kemudian perlu cari Pusat Khidmat Dun kawasan tanah yang akan dimajukan untuk memohon sokongan.

tanam kelapa sawit

Suami dah balik semula ke Hulu Terengganu, saya yang perlu mulakan hari Isnin nanti dengan beberapa urusan rasmi.

Nota Penting : Semua bantuan tersebut, tertakluk kepada peruntukan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Saya Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit

Comments are closed.