Pelalian HPV Untuk Anak Gadisku Intan Payung

Semalam Intan bawa balik borang yang perlu ditandatangani oleh ibubapa untuk kebenaran mendapatkan Pelalian HPV  ( Human Papillomavirus) .  Saya memang tunggu untuk melalui pengalaman ini.  Sebelum Intan kedua-dua anak sayaadalah lelaki.

HPV adalah suntikan pelalian bagi mencegah kanser serviks yang diberikan kepada anak gadis berumur 13 tahun secara percuma di sekolah.  Untuk wanita yang telah berkahwin, digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear setiap tiga tahun untuk mengelakkan kanser servik.

apa itu kanser servik

Kanser servik tu apa?

Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.

Kanser servik tu adalah Kanser pangkal rahim apabila sel-sel servik telah membiak pada paras luar biasa. Maksudnya tiap orang mempunyai sel servik tetapi bagi yang normal, jumlah selnya masih pada paras yang tidak berbahaya.

Kanser Servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.

pelalian hpv untuk murid tingkatan 1
Pelalian HPV diberi dalam 3 dos

  1. Dos Pertama – tarikh pertama mendapatkan suntukan
  2. Dos Kedua – 1 bulan selepas dos pertama
  3. Dos Ketiga – 6 bulan selepas dos pertama

 

Kajian setakat ini menunjukkan kesan samping vaksinasi adalah terkawal dan tidak memudaratkan.

Kesan mendapatkan Pelalian HPV adalah kita dapat mengawal kanser serviks ke atas wanita yang mempunyai pengaruh besar kepada institusi kekeluargaan.  Kematian akibat kanser servik  di usia muda akan  meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Kenapa Pelalian HPV diberikan  pada umur 13 tahun ?

Kerana pada umur mereka hormon sedang membentuk dan berkembang, pelalian ini pencegahan peringkat awal untuk masa depan selepas berkahwin. Virus HPV boleh bertukar kepada barah selepas dijangkiti dalam tempoh lima hingga 10 tahun jika tidak dirawat.

HPV juga menyerang lelaki – kerana HPV adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat/ kutil. Ada lebih 180 HPV yang setiap satunya terbahagi kepada beberapa jenis misalnya HPV 16 dan HPV 18 yang dikenalpasti menyebabkan barah pangkal rahim.

 

Saya terfikirkan sesuatu, perlu menghubungi talian bebas tol Hotline HPV 1 – 800 – 88 – 1478 tetapi tidak berfungsi pula.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. anak saya masih kecil..
    suntikan ini memang banyak faedahnya
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Kesian Juga Dengan Buaya Cacat NiMy Profile

  2. Ummi Hanie says:

    teringat kena suntik rubella masa form 3 dulu … lenguh betul tgn jadinye …

    intan belum cukup 13 thn ye kak jie ?
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Nak hadiah dari UK tak ?My Profile

  3. ella pernah bincang pasal hal ni dengan seorang dktor sakit puan kak. beruntung anak-anak sekarang diberi pelalian ni percuma oleh Kerajaan.

    Pernah ada 1 Klinik Sakit Puan suruh ella ambek pelalian ni RM300 utk 1 pelalian. kalau tiga dah dekat RM1000. mahal giler!!

    • masa kak jie pergi buat check up…pap smear awal tahun lepas pun doc situ cerita ttg ni juga
      dia bagi harga promosi 3 kali = rm 600

      harga yg kerajaan syorkan RM 480 ( 480 x 3 = 1340 ) mmg mahal
      jadi bila anak2 dpt suntikan percuma kat sekolah, kena bagi keizinan
      kita mencegah…menghalang
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Lain Ada, Awak Pun Perlu Ada…My Profile

  4. Anonymous says:

    kalau tak kawen lg boleh buat ujian pap smear x?
    haritu tgk kt klinik, suntikan HPV dlm rm800 (serius ni tak silap!). nak ambil, tp mungkin kena tgu ada duit dlu. dekat klinik kerajaan xcheck pulak berapa.

    • betul..suntikan HPV memang gitu harganya…hanya murid / remaja 13 tahun sahaja yang diberikan suntikan percuma.

      Kat klinik ada, tapi kena bayar.
      orang yang belum kahwin tak boleh buat pap smear atau yang pernah melalakukan hubungan suami isteri.

  5. takde anak lagi. so, baca aje dulu. emmm..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Bila Alexa dah jadi kacak..My Profile

  6. ciksembang says:

    kujie sendiri dah ambil ke.. kami dipejabat di uruskan dengan medical centre dan bagi kos yang murah utk semua ladies ambil. sedang menunggu utk dos ketiga
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Tulis Blog Guna Note di IPhone4My Profile

  7. info berguna bila ada anak gadis nanti. haha. 10 tahun lagi
    Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Thank You Honda!My Profile

  8. memang patut ambil kak jie form one ni sampai 3 kali…pencegahan awal buat anak2 gadis kita
    Jom terjah post menarik dari azura ..Sungai Klang Sungai LuiMy Profile

  9. wandisini says:

    mencegah lebih baik dari mengubati
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Cerita Kedai Kopi #6My Profile

  10. Terima Kasih Kak Jie,walaupun anak perempuan saya baru umur 9tahun,atleast saya dah dapat info…tentang ni.

  11. Boleh buat ujian Pap Smear secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakaiMy Profile

  12. Hmmm tahun depan kena dapatkan suntikan untuk si intan payung kat rumah tu…
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Aku Tak Cantik Tapi KacakMy Profile