lorong sepi

Plaza Tol Pertama Di Malaysia Ada Nama Tanjung Malim

Anak-anak saya suka ambil gambar bangunan, bukan bangunan cantik moden tetapi bangunan lama yang orang pun tak perasan kewujudannya.

Minggu lepas saya ke rumah adik di Tanjung Malim. Kadang-kadang saja saya masuk pekan saja untuk melihat-lihat , biasanya terus ke rumah.

Kalau sebut Tanjung Malim, yang terlintas dalam ingatan ramai orang ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris dan sebelumnya dikenali dengan nama Maktab Perguruan Tanjung Malim yang ditubuhkan pada tahun 1922.

Ada satu lagi catatan sejarah yang kita perlu tahu, iaitu plaza tol pertama di Malaysia terletak antara Slim River ke Tanjung Malim.   Lebuh raya pertama di Malaysia yang bertol mula beroperasi pada bulan Mac 1966 dan dimansuhkan pada bulan April 1994.  Kawasan tersebut sekarang di kenali sebagai R&R Slim River dan bangunannya dijadikan stor simpanan JKR.

Lebuh raya Slim River – Tanjung Malim sepanjang 24 KM ini’ dikenakan tol  RM 1.00 untuk kereta sebelum pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Lebuh raya Slim River- Tanjung Malim terletak di dalam jajaran Federal Route 1, iaitu jalan persekutuan pertama siap dibina pada tahun 1909 yang menghubungkan Johor Bharu dan Perlis.

Dah habis sejarah ringkas mengenai Tanjung Malim.

 

kedai gunting rambut

Intan minta saya berpatah balik semula kerana dia ternampak kedai gunting rambut dengan view cantik. Dia kata ada kerusi ada tokey kedai di cermin kedai.

Saya pun buat satu pusingan bangunan lagi untuk lalu di depan kedai ini. Memang ada pun tuan kedai.

Bila masa nak ambil gambar, dia malu sebab tuan kedai tu pandang.

Disebabkan berkehendak, tebalkan juga muka untuk ambil gambar di depan Hair Dressing Saloon ni.

kedai lama tanjung malim

Dari dalam kereta menggunakan kamera telefon sahaja. Inilah lokasi kedai tersebut.  Nampak unik dengan warna menyerlah disebalik deretan bangunan lama yang  juga menarik.  Tentu ada banyak sejarah yang tercatit sejak pembinaanya.

lorong sepi

Sebelum bergerak balik, dia ternampak pula lorong disebelah jalan utama. Cantik katanya…. Saya tunggu saja dari dalam kereta.

Minat dan selera gambar Intan ni lain sikit, kena tengok Instagram dia baru nak faham – Instagram Intan Anwar. Kadang-kadang saya komen, mama tak faham gambar-gambar kelabu kat IG Intan.. hikhik. Tak ada gambar selfie macam rakan sebaya ke atau rakan dua tiga baya?

jalan-jalan di pulau pinang

Kami ke Pulau Pinang tahun 2013 dan kebanyakkan koleksi gambar adalah tentang bangunan. Baca dan lihat entri tersebut di sini – Mural Street Art di Georgetown

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Plaza Tol Pertama Di Malaysia Ada Nama Tanjung Malim”

  1. wah tak sangka saya,plaza tol pertama adalah dari perak…pernah lalu pekan tanjung malim tapi tak perasan pula bangunan yang akak snap ni…apepun berbangga jadi warga perak..

  2. Zaman sekolah dulu kawan2 ramai la suka gunting rambut kat situ. Saya tak sebab suka botak je. Beli mesin potong kat rumah lagi syiok.

    Sambil tunggu dorang siap singgah la 2 3 kedai cd cetak rompak yg selambe tenang je beroperasi kat situ. Heh.

    Btw, baru tau pasal tol tu. Maknanya kawasan tumpuan jugak la dulu area slim river – tg malim nie.

    Buat Intan, gambar di pekan koboi behrang lagi rare. Hee..

    1. Kak Jie dok TM tahun 1996-1998 – grup pertama masuk untuk tolak bukit buat Proton City tu..pernah dok dalam rumah kakitangan jabatan haiwan

      Sejak dah terbelah dua dgn keretapi elektrik, belah jalan besar tu makin maju, ada 3-4 hotel bajet
      dulu bolehlah tunggu keretapi lalu, baru lintas, sekarang nak kena pusing

      Masa dulu, TM tempat bas ekspress berenti kalau ke utara-selatan

      p/s – awal bulan lepas dah tangkap gambar kat Behrang Stesen tu.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Plaza Tol Pertama Di Malaysia Ada Nama Tanjung MalimMy Profile

      1. Yelah. Sejak kena belah tu macam mati sebelah pulak.. Hee..

        Ada jalan shortcut menghubungkan dua tu. Rare sikit lah lalu KTM.

  3. Allahuakbar! menarik betul minat Intan ni. Yang pasti saya juga ada minat yang sama. currently I’m really obsess with building. Cumanya di KL lebih kepada bangunan pencakar langit. Saya sarangkan Intan teruskan minat architecture ni dan kalau Intan minat boleh tengok Man Made Marvel di Discovery Channel. Selain daripada minat boleh tahu macam mana pembuatannya juga! 🙂

Comments are closed.