Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
Pengetahuan Am

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Nota : Entri ini adalah tanda kasih dari isteri untuk suami. Biasanya leteran isteri itu hanyalah hembusan angin lalu yang menderu laju seperti lajunya roda di atas jalanraya.

isteri berleter bila memandu
Saya akan diam dan biarkan kamera AES yang menjaga abang… hihihi

AES adalah singkatan kepada Automated Enforcement System. AES adalah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

    • Senarai lokasi pemasangan kamera AES untuk mengesan had laju mengikut negeri: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Klik zoom in untuk mendapatkan view yang lebih jelas atau klik open in new window pada button di sebelah kanan.

 

      • Senarai lokasi pemasangan kamera AES di lampu isyarat mengikut negeri: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Senarai ini adalah dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) yang dikemaskini pada Khamis, 11 Oktober 2012 16:53 .

Saya akan kemaskini lokasi pemasangan kamera AES untuk negeri-negeri lain kemudian.  Ambil masa untuk susun table seperti di atas. Terimakasih En. Azman AJK Kiah Propa Whatsapp yang telah mengajar saya gunakan Google Drive. Tak berapa kemas, nanti akan dibaiki

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Malaysia

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

          1. sebenarnya ade juga beberapa cara, even file tu adalah spreadsheet dalam google drive.. terus publish as pfd. kemudian pergi ke google document viewer untuk generate i-frame embed code. pon boleh jugak. cara ni tak dinyatakan dalam entri tu.

            so kalau cara ni.. kak jie tak perlu convert ke pdf kat pc. terus je dari google drive.. dapatkan link generated as pdf.. kemudian… generate iframe dari google document viewer.

            cer google… google document viewer.. munkin kak jie akan rasa method ni lebih mudah sebab semua buat dalam google drive. tak perlu convert di pc terlebih dulu.
            Jom terjah post menarik dari Azman ..BigPicture: In-learning – My first Iqra’My Profile

Comments are closed.