Syarat Mohon Sekolah Teknik, Kolej Vokasional

BARU EDIT 5/10/2015 ! –  klik di sini – Permohonan Online Ke Kolej Vokasional 2016 Dibuka 5 Oktober 2015

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BARU ! –  klik di sini  – Syarat Kelayakan dan Senarai Kursus Kolej Vokasional 2015 !

BARU ! –  klik di sini  –Cara Mengisi Borang Permohonan Online Ke Kolej Vokasional

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

 

Cara memohon sekolah Teknik dan Kolej Vokasional

Sebelum itu, baca dulu entri ini – Beza Koleh Vokasional dan Sekolah Menegah Teknik [klik link]

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

gunung jerai nampak pulau bunting

Syarat Mohon Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) .
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) .

Kesihatan diri pemohon:

  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus Mohon Pendidikan Vokasional

Kategori A

  1. Teknologi Mekatronik
  2. Penyelenggaraan Pesawat
  3. Perakaunan
  4. Pengurusan perniagaan

Syarat Minimum

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup

Kategori B

  1. Teknologi Elektrik
  2. Teknologi Elektronik
  3. Teknologi Automotif
  4. Sistem Komputer dan Rangkaian
  5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
  6. Teknologi Pembinaan
  7. Pembuatan Peralatan – Metal Stamping Die
  8. Pembuatan Peralatan – Mould

Syarat Minimum

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

Kategori C

  1. Pelancongan
  2. Seni Kulinari
  3. Bakeri dan Konfeksioneri
  4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
  5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
  6. Kosmetologi
  7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
  8. Pemesin Industri
  9. Teknologi Kimpalan
  10. Hotikultur Hiasan
  11. Landskap
  12. Mekanisasi Pertanian
  13. Agroindustri Tanaman
  14. Agroindustri Ruminan
  15. Agoindustri Poltri
  16. Bioteknologi
  17. Herba
  18. Pemprosesan Hasil Pertanian
  19. Akuakultur
  20. Florikultur
  21. Kesetiausahaan Pentadbiran
  22. Insurans
  23. Perbankan
  24. Pemasaran
  25. Pengurusan Peruncitan

Syarat Minimum

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup

 

Syarat Khusus Mohon Pendidikan Teknikal

Program yang ditawarkan :

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Awam
  4. Sains Pertanian
  5. Perdagangan

Syarat Minimum

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup

Syarat Khusus Mohon Latihan Kemahiran

Program yang ditawarkan:

  1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  2. Juruteknik Elektrik
  3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
  4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
  11. Pelukis Pelan Senibina
  12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
  13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  14. Pembantu Penyedia Makanan / Demi Chef
  15. Jurukecantikan
  16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian

Syarat Minimum

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup

 

Rujukan : Syarat Khusus – Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
JIka ada pertanyaan dan maklumat tambahan sila hubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. assalamualaikumm .. mcm mne erk nak pilih kursus tu ? saya ta paham ..

  2. Sya Ingin Memohon Di sekolah teknik melaka tengah vokasional

  3. Saya Ingin Memohon Sekolah Teknik Melaka Tengah Vokasional ,sekiranya Ada Maklumat Untuk Kemasukan Di Sekolah Itu .Sy ingin Memohon..

  4. Anonymous says:

    kalau menduduki PT3 , apa kelulusan yg perlu dicapai?

  5. kalau bukan warganegara malaysia takleh masuk ke? walaupun keputusan cemerlang? atau , kena pergi merayu kat sekolah teknik/kolej vokasional terus? mohon dijawab ^^

  6. saya ingin mohon untuk anak saya pada tahun ini (2014) kerana tahun ini anak saya akan mengambil PMR..bilakah saya boleh mohon…

  7. anak saya tingkat 3 (2014) akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini (2014)..bagaimana saya hendak mohon untuk anak saya memasuki kolej vakasional??? harap dapat bantu..

  8. assalam kak, macam mane nak tahu rayuan kita punya dapat ke tak ? sebab 28/1 ni pendaftran bagi pengambilan ke 2, ada cakap suruh tengok kt sistem, tapi bukak tak ada pape pon, yang ada keputusan permohonan yang gagal je, yang rayuan punye tak ada pon, macam mane ni, boleh bantu saya ?

  9. siti hawa binti mohtar says:

    klu bleh sya nk sngt masuk vakusional .sya mohon ye

Trackbacks

  1. […] Syarat Mohon Sekolah Teknik, Kolej Vokasional […]