Tanam Semula

Mungkin ada pembaca yang tahu, saya memang sedang dalam projek Tanam Semula Getah. Kebun getah tua sekangkang anak kera kat kampung telah ditebang dan ditanam getah baru.

Bukan saya buat semua tu…ayah, mak dan adik lelaki yang tinggal dengan mak. Kalau nak harapkan kami, kulat sisir kat perdu getah pun tak sempat nak merasa.

Ini antara entri terdahulu tentang getah.

Dua hari lepas saya dapat salinan surat dari Risda.   Surat pemberitahuan bayaran bantuan tanam semula.  Bayaran bersih yang telah ditolak potongan bantuan bekalan baja.

Rancangan Tanam Semula adalah satu projek di bawah kelolaan RISDA yang membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik.

Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut Tabung Wang Ses yang dikutipan pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang Ses dan digunakan bagi membiayai program tanam semula tersebut selain dari bantuan secara langsung dari kerajaan.

Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Tanam Semula – dapatkan maklumat di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Selepas terlibat secara langsung, barulah nak ambil tau pasal RISDA, barulah saya baca bermacam² maklumat dan info mengenai RISDA.   Banyak lagi benda yang saya tak tau dan baru tau atau dalam istilah popular blogger – saya newbie.

saya newbie – sebab tu tak terasa pedas dengan cili yang ditabur merata-rata untuk umpan otai!

# minggu yang sibuk – sabtu & ahad kenduri, mak mertua datang, adik ipar duai datang, mengecat rumah yang tak siap² – merempit ke SSM tetapi urusan tak selesai….penat , masak, makan, tidur siang…saya bukan fulltime blogger – dunia di luar talian juga sendat dengan tanggungjawap.

62 Replies to “Tanam Semula”

  1. herm kita orang kat sarwak ni tengah sibuk dengan projek kelapa sawit kak.sebab dekat pilihan raya ni ..macam macam bantuan yang timbul dari kerajaan untuk raih undi
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Epilog penderitaan akuMy Profile

  2. Ada banyak urusan kat luar, kebetulan pula minggu ni kelas tak ada – ustazah pergi kursus, bolehylah lari sana sini settlekan hal lain.

    Mmg jadual agak terikat – esok nak melawat kawan baru dpt cucu… 😆

Comments are closed.