Tempah Ezora haram

By Kujie, 09/03/2009 10:27 pm
EDIT : 15/4/2009 – Proton Exora dilancarkan.

Perlancaran Proton Exora

Perlancaran Proton Exora

- kredit : utusan online

Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberi secara ‘range’ iaitu dari RM70,000 ke RM80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hukum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi SAW.

Saya baru membaca tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM di Harian Metro mengenai tempahan Proton Mpv Ezora yang boleh ditempah, sedangkan harganya belum diputuskan.

Tempahan dibuat sedangkan ‘subject matter’ atau kenderaan itu belum diketahui bentuk sebenar luar dalamnya, harga tepat, tempoh serahan boleh dibuat dan pelbagai lagi. Menurut beliau, hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah haram disebabkan wujudnya gharar iaitu ‘uncertainty’ atau ketidaktentuan harga, bentuk, tempoh serahan dan ciri-ciri spesifik kereta berkenaan.

Asas kontrak dalam urusan niaga Islam, pembelian barang dalam pembinaan dan pembikinan itu dikategorikan sebagai ‘Istisna’ iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.

Mengikut laman web pengeluar iaitu Proton, ‘Booking fee’ sebanyak RM1,000  adalah  ‘Non Refundable’ ( tidak boleh dipulangkan kembali) dan di dalam ‘terms & conditions’: “Accessories and packages are subject to change without prior notice.”

Pengguna sentiasa berisiko untuk menanggung kerugian akibat pihak pengeluar kenderaan dengan sewenang-wenangnya boleh mengubah terma dan kondisi seperti kes kontroversi menamakan EZORA

Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainnya diadaptasi daripada hadis Nabi SAW dalam hal jualan As-Salam.

“Barang siapa membeli secara serahan barangan tangguh (As-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas.” (Riwayat al-Bukhari)

Baca artikel lengkap di : Jual sebelum pamer haram

Post Lain Yang Berkaitan

49 Responses to “Tempah Ezora haram”

  1. Zana says:

    terlepas entry nie.. how come!! :D

    sekarang harganya?? sekali pandang… minat. dua kali pandang+spec… cancel. :D

    Zanas last blog post..Tergolek!

  2. wan says:

    macam mana blajar guna pinjaman ptptn.hu3

    • ubey says:

      @wan, tu skim lame. skrg dia da reorganized balik sistem. mungkin susah nak lari dari riba. tp dah murah dan tak seberat sistem yg dahulu. hehe. dunia hari ini sume ye riba. pinjaman bank, rumah, dsb. sokonglah perbankan yg mengikut syariah

      ubeys last blog post..Giliran babi untuk berselesema

  3. MatReset says:

    Saya bersetuju pendapat Ustaz tu kalu kite nak beli secara tunai.

    Tetapi, kalu nak beli secara ansuran, saya rasa pendapat Ustaz tu tak buleh pakai. Sebab, yang beli kereta tu bukan kita. Pembeli kereta itu adalah Bank. pemilik adalah Ban. Cuma Bank akan “jual” balik pada kita. Bila Bank beli, mesti lah bank nak tau harga berapa. Tak pernah dalam sejarah, Bank nak beli tak tau harga. Dan bila Bank jual kat kita mesti pada harga yang ditetapkan dan yang telah dipersetujui.

    Deposit, hanya lah sebagai “cagaran”, dan tak pernak pulak dalam dunia ni “cagaran” adalah harga penuh kereta.

    Waullahualam.

    Tolong tanya Ustaz tu pulak, macak mana kalu makan kat restoran, harga belum kira, akad belum buat; tapi dah pulun dalam perut sebelum harga dipersetujui?

    MRSM Kalae Chepo 66/73

  4. lydiarayyan says:

    wah! begitukah?

    lydiarayyans last blog post..They say it’s cool….but….

  5. wan says:

    betol jugak ek. tak pernah terpikir lagi sebelom nih. anyway, nice entri.. :cool:

    wans last blog post..Himpunan Cerita-cerita 18sx …

    • Kujie says:

      hanya berkongsi….mengetahui perkara yang betul tidak bererti jika kita tidak melakukan perkara yg betul

  6. sally says:

    mcm penah dengar salam dan Istisna.

    Ingat-ingat lupa.. bila kak Jie & Kruel74 berbahas baru lah paham..

    Terima kasih cikgi & cikgu!

    sallys last blog post..Plain day

    • Kujie says:

      pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan…..

      macam tulah kita..saling ingat mengingati

  7. Ismail N says:

    Rasanya zaman ni sukar nak elak dari benda-benda yg ada kaitan dgn gahrar, riba’ & haram. Jangankan soal jual beli, soal makan pun, kadang kita bertanya boleh caya ke setengah-setengah logo halal di paket barang makanan. [Sigh].

    Ismail Ns last blog post..If You Think The Police Station Is Safe…. Think Again!

  8. maza says:

    Yeap! memang benar UZAR itu perkatakan…..

    teringat pula si maza kerdil ini akan hadis Rasulullah S.A.W., bunyinye lebih kurang mcm nie,

    “Aku tidak risau umatku membezakan antara yang halal dan haram. Tetapi suatu perkara yang dapat menyekat mereka daripada memasuki syurga.

    Seorang lelaki lalu bertanya, “Apa itu Ya Rasulullah?”

    Iaitu harta yang subahat!”

    Adakalanya, bahkan ramai umat Islam sendiri yang terkeliru dan mengelirukan ummah….itu belum lagi org2 yg memang musuh kpd Muslim….

    jadi, sama2lah kita perhatin dan berhati2……

    terima kasih di atas info di atas…..heheheheh

    UZHAR adalah teman ana sewaktu waktu dahulu di salah sebuah pusat pendidikan ….

    erk! yg pasti bukan di TADIKA KEMAS atau PASTI……hehehehhe

    mazas last blog post..Bontot diangkat, kaki dilipat, nafas tersekat-sekat….

    • Kujie says:

      cukup lengkap penerangan encik Naza..opppp Maza

      moga dapat memelihara kita daripada terjebak dengan jual beli yang subahat dan haram

      • maza says:

        uiks….

        tersalah tulis nama ana yea…..
        apa ente sudah kekurangan belacan!

        (psst: belancan melako, yg den poie boli kek Jolebu tu ado laie)

        wakakakaka……

  9. Mak Su says:

    biar terang jelas dan nyata

  10. TipsGoda says:

    mungkin Proton tak perasan semua tu..ye la..dengan keadaan gawat sekarng ni diorang risau harga yang diletak tu apa effect die dekat hasil jualan..

    Proton should read this post.:)

    TipsGodas last blog post..I Want To Share 200+ Wild Dating Ideas With You!

    • Kujie says:

      kita mainkan peranan kita…dia org nak berniaga
      tapi bila ada keraguan, kita cari jalan utk membetulkan keadaan
      bagi saya…semua perubahan bermula dari diri kita sendiri

  11. ~mrs azmi~ says:

    hmm kenapela org sgt konfiden tempah2 barang.. walaupun belum taw rupe camne… kang klu kuar huduh dahle nyesal.. :lol: dahle huduh! dosa lagi ! ish ish ish
    apela salahnye tggu dulu barang tu wujud.. harge fix.. tak kemanenye exora tu.. lagi 10 tahun nak tempah pon rasenye buleh lagi kot :cool:
    kan kak jie kan :grin:

    ~mrs azmi~s last blog post..org yang kita cinta vs. org yang kita suka

    • Kujie says:

      itulah peranan kita…berkongsi
      mgkn tidak semua org mengetahuinya tetapi tetap ada walaupun sedikit.

  12. zaharibb says:

    takut nanti jadi macam tempahan proton juara. beli sesuatu yang belum tentu bentuknya. syarat-syarat yang diletakkan oleh Proton menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Proton. Hairan juga mengapa ada pengguna masih sanggup ditipu hidup-hidup oleh penjual. Membuat tempahan Ixora ni macam meletakkan kepala di chopping board. Pusing macam mana pun pembeli tetap rugi.

    zaharibbs last blog post..Paintballerz, Maybe You’ll Like This

    • Kujie says:

      Kadang keghairahan untuk menjadi ‘aku yang pertama memiliki’ membuatkan kita terlupa bab2 lain yang juga tidak kurang pentingnya.

  13. Abang Long says:

    TERIMA KASIH wahai kujie2.

    HUKUM TETAP HUKUM. Yang penting adalah KEREDHAAN ALLAH.

    Abang Longs last blog post..NIKMAT SIHAT & SEGAR.

    • Kujie says:

      Sama-sama Abang Long….saya hanya berkongi apa yang saya baca yang saya rasa patut diketahui oleh kawan² saya ( juga pengunjung )

  14. Tie says:

    Oh begitu ke ?

    Nampaknya banyak betul perkara2 yang Tie tak tahu……Mekasih atas info ini, hi hi …. :mrgreen:

    Ties last blog post..6th Sense ?

    • Kujie says:

      Saya pun banyak yg tatau juga Tie…hari2 kita akan berjumpa perkara2 baru dan ilmu yang baru di internet….bergantung pada apa yang kita cari.

      Kalau peminat kereta, mesti cari info ttg kereta…kalau kita cari benda yang tak elok, tentu kita dpt benda yang tak elok…

  15. Krisditya says:

    Terima Kasih Ilmu Pengetahuan nya ini

    Salam Hormat

    Krisdityas last blog post..Web Hosting Ratings-Directori WebHosting

    • Kujie says:

      Salam Krisditya

      saya baru melawat blog anda,

      blog yang baik dan banyak info menarik.

      keep it up!

  16. Nanda says:

    Thank you for writing this article. After reading everything, I get the benefit.

    Regard

    Nandas last blog post..Search engine Google

    • Kujie says:

      Hi Nanda, thanks for checking out my blog…i just spread the good news to everyone who loves… :smile:

  17. OD says:

    A ah, Jie… terima kasih atas info walaupun opah tak ada duit nak beli Exora ni. Sabar aje aku. Takut ooo naik kereta yang diperoleh dengan cara haram ni walaupun kita beli dengan pendapatan kita yang halal…

    ODs last blog post..12 Rabiulawal, 1430. 20 April Tahun Gajah

  18. menteil says:

    fuh! nasib tak tempah lagi..
    er.. saje jer.. tak berminat pon n tak berduit.. huhu..

    menteils last blog post..Jawapan Yang Menyakitkan

  19. chekguBH says:

    tu ar kak, macam pernah bace artikel tu..
    haram jual sebelum pamer…
    baru tau nih…

    chekguBHs last blog post..Dari Meja Pengarang Belog Hijau Itu…

    • Kujie says:

      semlm terbaca
      tak salah utk dikongis
      sama2 fikirkan…mana yg elok kita ikut
      mana yg salah, kita perbetulkan
      hidup kita hari2 adalah pembelajaran….

  20. TokNabe says:

    Lebih kurang nak pi minang org pempuan tanpa tau usul asal, rupa paras, cacat cela dan budi perkerti.

    TokNabes last blog post..Hantu Kambing !

  21. Lan Bingka says:

    belum tahu lagi keadaan mpv tu macam mana, dah ada yg booking…ape daaa

    Lan Bingkas last blog post..Tungau tu apa?

    • Kujie says:

      kadang2 kita tak terfikir…tak terlintas hal2 mcm ni
      salah satu sebabnya kebiasaan…
      bila ada org yg ingin mencari kesempurnaan dlm akad jual belinya
      bila ada perkara dibangkitkan..kita sama2 mencari jalan yang betul

  22. kruel74 says:

    Sori jika terlebih explain lak. bukan apa ni memang minat saya. Tgh ambik master pun. Salam tak boleh disamakan dengan istisna’ sebab ia asalnya digunakan untuk jual beli barangan pertanian.

    • Kujie says:

      Jangan minta maaf,tak ada salah silap di mana pun . Kita berbincang secara baik, bertukar info…yg tak tahu jadi tahu…yang tahu beritahu… :smile:

      Jadi …mcm mana dgn kes Ezora ni?

      • kruel74 says:

        Ezora ni jika dianalgogikan kepada islamic finance kita guna istisna’ tetapi bila kita tempah, kita tak dapat nak reject bila kereta itu sampai kepada kita. So, nak kata istisna’ betul pun not really true.

        Yang menambah masalah adalah keempunyaan kereta itu bila kita ambik loan. Kita guna pula ijarah thumma al-bai’ (if guna finance cara Islam) which is sewa beli. Masa sewa beli sapa tuan punya? Penyewa ke atau yang menyewakan?

        Kan dah banyak persoalan. For now saya tak rasa ada kereta normal, except Bentley, Maseratti (Naza baru launch) dan Bugati (or is it TD2000) yang benarkan kita book ikut spesifikasi kita. Itu istisna’ sebenar. Tapi harga tiga-tiga brand ni, mak ai…

        Legally, taking deposit and not returning it if you cancel the booking is legal according to Malaysian law. Willing seller, willing buyer what. The description of the car is in the brochure. If when you receive it not as specified, you can sue for specific damages….

        Wallahualam…

        kruel74s last blog post..What I gain 6 months of intense blogging_Part 1

        • Kujie says:

          Terimakasih kruel, tiba-tiba saya teringat beberapa nasihat Imam Al Ghazali – Janganlah anda menjadi muflis dari sudut amalan dan jangan jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah. Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak.

          Berkongsi sesuatu yang berfaedah membuatkan kita kadang2 lebih berani memulakan sesuatu yang baru melepasi kepercayaan masa lampau, ketakutan diri dan ketidakpercayaan potensi.

  23. cikgu jawe says:

    terima kasih info ni kak jie. aku tak terfikir dn terlepas pandang pula ttg unsur gharar nih. mujur blm letak deposit. hehe.. bagus dpt manfaat kongsi info.

    • Kujie says:

      Kak Jie pun tak terfikir, semalam terbaca kat metra . Kita yang ‘buta’ merujuk pada orang yang tahu…

  24. kruel74 says:

    Lagu camtu ke Proton jual Ezora. Actually saya rasa Proton belum tentu nak guna cara Islam ambik tempahan tu. Ustaz Zaharudin punya pendapat tu untuk orang Islam je kan. Saya rasa ada yang still akan beli. Ikut Islamic finance, kalau kita beli barang cara tempahan iaitu istina’, kita kena specify then setuju dgn cara ia disempurnakan (tempahan itulah). Jual beli rumah pun patut ikut cara ni tapi developer tak ikut sebab tak mampu. Ye lah kan, yg tentukan spesikasi rumah atau pun kereta adalah pengeluar bukan penempah (pembeli)

    kruel74s last blog post..Why men easily get in trouble sexually

    • Kujie says:

      rasanya semua pendapat mengenai hukum2 hanya untuk orang Islam. Bab pihak pengilang boleh mengubah terma dan kondisi without prior notice tu yang paling menimbulkan ragu-ragu. Masa tempahan kita bersetuju itu ini begitu begitu tetapi pihak pengilang boleh ubah sesuka hati….

Panorama Theme by Themocracy