Tongkat Bukan Saja Milik Ali

Selama ini memang kenal pokok Tongkat Ali saja, tatau rupa-rupanya si Ali ni ada adik kembar dan adik sepupu sepapat – Samad dan Baginda.

pokok tongkat haji samad

Pokok Tongkat Aji Samad

  • Nama sainstifik  :  Prismatomeris glabra
  • Family : Rubiaceae
  • Nama Lain : Stulang,  Lebai Samad
  • Pokok ini boleh mencapai 16 meter tinggi .  Batangnya berwarna putih kekuningan dan isi kayu berwarna kuning dan keras.
  • Kaedah pembiakan adalah dengan biji benih.
  • Hanya tumbuh di kawasan berbukit dan lazimnya atas permatang.
  • Khasiat ubatan –  Minum air rebusan akar dan daun untuk tenaga batin dan sakit urat.

Pokok Tongkat Ali Baginda

  • Nama Sainstifik :  Polyalthia bullata
  • Family : Annonaceae
  • Nama lain :  Tongkat Ali Hitam, Pela Bulu
  • Pokok ini mencapai ketinggian 3 meter
  • Dibiakkan dengan biji benih
  • Biasa terdapat di kawasan hutan berbukit rendah
  • Khasiat ubatan – Air rebusan pokok merawat jantung dan air rebusan akar merawat lemah tenaga batin dan campuran dalam herba bersalin

Ada beberapa jenis pokok herba lain yang saya temui di sekitar Pusat Penerangan Pelancong di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Bila baca info-info yang dicatatkan pada setiap pokok, tanpa sedar terkeluar kata ‘oooo……aaahhh….ooooo’   Banyaknya benda yang tak diketahui di dalam dunia ini.  Makin tahu, makin rasa tak tahu….

  • Pokok Mahkota Dewa / Pusaka Dewa / Umbi Dewa / Beluntas Cina atau Semalakma ( Phaleria papuana )
  • Pokok Tongkat Ali Hitam / Tongkat Ali Terengganu atau Selada ( Goniothalamus macrophyllus)
  • Pokok Ajaib / Miracle Fruit  atau Miraculous Berry  ( Sapotaceae )
  • Pokok All Spice / Jamaica Pepper / Kerundu atau Myrtle Pepper ( Pimenta dioica )

Perlu diulang lagi , saya suka pokok….

©kujie – cuti dah lama, cerita tak habis-habis lagi…..

  1. Ingatkan hanya ada satu jenis pokok herba Tongkat Ali. Saya telah diberitahu oleh penguji perubatan tradisional untuk ujian klinikal pada tikus putih menunjukkan aktiviti mengawan tikus yang diberikan Tongkat Ali meningkat. 🙂

  2. Assalam..
    Saya pun baru tau bawaha pokok tongkat Ali ada macam2 jenis.
    Kat rumah wan di kg ada tanam pokok tongkat Ali tapi bukan seperti jenis2 di atas.
    Pokoknya memang tinggi dan lurus. Kat atas je ada daun, kat batangnya tu sekadar batang.
    Jom terjah post menarik dari iza ..Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile