Sewa Seri Bulan Apartment 2 Bilik Di Port Dickson

Hujung minggu lepas, saya dan keluaraga bercuti singkat 2 hari 1 malam di Port Dickson. Tahun lepas kami sekeluarga ke Langkawi sewaktu Pameran LIMA 2013. Kali ni pergi dekat saja.

Dari rumah, singgah Kajang ambil Along dan ke Port Dickson  melalui Sepang – Salak Tinggi .  Tak  ikut highway.

pantai teluk kemang port dickson

Saya dah booking apartment 2 bilik di Port Dickson melalui laman web agoda.com.  Saya booking Seri Bulan Condominium kerana itu saja pilihan yang sesuai yang ada.

Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan berada di tepi pantai.  Senang nak turun ke pantai, tak perlu nak memandu.    Harga  bilik di Port Dickson RM 280.00 satu malam untuk apartment 2 bilik bagi saya dah memadai . Saya bukan nak yang mahal atau kemudahan berbintang-bintang, saya cuma nak apartment 2 bilik supaya kami dapat berkumpul sekeluarga.

Ada banyak pilihan hotel di Port Dickson tetapi saya tak nak bilik hotel yang terpisah dengan anak-anak.  Peluang bercuti bersama digunakan untuk berkumpul bersama-sama.

pantai teluk kemang

Kawasan berbatu ini berdekatan Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang

Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang

Inilah balai cerap Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang

Balai cerap ini memiliki teleskop terbesar di Malaysia yang menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan sistem cakerawala dalam ilmu falak. Kawasan ini ada hotel iaitu Klana Beach Resort Port Dickson. Sebelah menyebelah saja  dengan Seri Bulan Condominium.

Kat kawasan inilah saya nampak seorang pakcik yang suka kutip sampah – baca kisah Pakcik Saipul di sini – Perkara Wajib Buat Di Pantai Port Dickson

pantai di port dickson

Sunset di Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

pantai barat malaysia

Aktiviti sukan air di pantai. Kami tengok orang lain main aje… hehehe

Pantai bersih

Dah besar  dah anak-anak saya ( termasuk abahnya kat belakang tu  🙂 )

remaja
Bila anak-anak dah besar, amat jarang ada peluang untuk kerap berkumpul seperti ini.

mandi kolam renang

Lepas mandi di pantai,   balik ke hotel, anak-anak  mandi di kolam renang pula.   Seri Bulan Kondominium yang  kami sewa di Port Dickson ada kolam renang.

burung merak

Rezeki kami ternampak seekor burung merak yang bebas di tepi apartment penginapan.

PD waterfront

Malamnya, selepas dinner, kami keluar ke PD Waterfront. Tempat baru yang happening bila waktu malam. Kawasan berhadapan Starbuck dan McDonald pekan Port Dickson ini sungguh meriah  dengan keluarga yang keluar membawa anak-anak. Ada yang main Giant Bubble, main kereta control untuk kanak-kanak dan entah beberapa mainan bercahaya yang lain.

Lokasi PD Waterfront terletak di pekan Port Dickson di kawasan yang paling hujung ke arah laut.  Biasanya pelancong akan melalui kawasan jalan pantai  untuk ke Teluk Kemang iaitu kawasan rekreasi tumpuan.  Jarang sangat pelancong yang akan masuk ke pekan Port Dickson.  Sekarang kawasan yang panggil PD Waterfront ini semakin terkenal.

muzium tentera darat port dickson

Esoknya selepas check out, kami ke Muzium Tentera Darat Port Dickson.  Ini kali kedua saya ke muzium tersebut, boleh baca pengalaman kami kali pertama melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson di sini – Terowong Komunis Malaya Di MuziumTentera Darat Port Dickson

selamat jalan romeo

Selamat Jalan Romeo… ai dah ada boipren baru….dreba ketapi!

Nota :  Dapat kejutan hadiah dari suami… terima kasih.  Tak mengharap pun sebenarnya tetapi siapa tak suka hadiah, kan… 🙂

  1. Pingback: Hati-hati Kalau Nak Buat Kejutan Untuk Isteri | kujie2.com

  2. Terima kasih kak jie atas perkongsian sbb merancang juga untuk bercuti dengan family di port dickson..gambar yg sgt cantik!! nice~~

  3. Pingback: Sewa Apartment 2 Bilik Di Port Dickson | kujie2.com