dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog yang beragama Islam… marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ustazah saya yang pernah saya ceritakan di sini [ Manzil ], Ustazah Norhayati yang telah mengajar kelas tiap hari Rabu sejak tahun 2005 telah kembali ke Rahmatullah awal pagi semalam 23/1/2012 bersamaan 11 Rabiul Awal 1434H.

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman.

©kujie – kami akan berkumpul di masjid hari ini untuk tahlil & yassin

 

awan

Maha Suci Allah.. Langit awal pagi 11 Rabiul Awal 1434H

 

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut.“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.”(maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ”Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf lmerubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Saya kongikan catatan ini untuk diri sendiri juga teman² yang disayangi….

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. This is my first time pay a visit at here and i am really impressed to read everthing at single
    place.

  2. Saya turut berduka, semoga beliau diterima disisi Tuhan Yang Maha Kuasa dengan baik

  3. salam takziah utk kelurga nya.

    al-fatihah…

  4. takziah atas pemergian ustazah kakjie. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

  5. Kenapa Allah SWT lihatkan kepada kejadian yang mungkin menyedihkan kita?

    Itu tandanya Dia sayangkan kita.

  6. Entri yang cukup berkesan buat hati saya.

  7. Al-fatihah utk allahyarmahah Ustazah Norhayati…semoga ditempatkan dlm kalangan hambaNYA yg solehah…ameen

  8. Terima kasih kak jie utk titipan ni. Terimakasih

    p.s. maut itu paling hampir dgn kita…

  9. al fatihah utk arwah..

    terasa kurangnya amalan disisiNYA..yang ada belum tentu diterimanya..kena lebihkan lg amalan yg dituntut semoga dpt ke syurgaNYA..

  10. sukarnya untuk insaf…sukar juga untuk bersyukur ..sukar juga untuk bersabar. tapi bila kita berjaya melakukannya walaupun sedikit dan sekejap..ianya memang bernilai tinggi di sini Allah

  11. Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah…semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman…

    salam Maulidur Rasul yer kak…

  12. Salam Maulidur Rasul
    Al Fatihah – untuk Ustazah.

    Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara……..insyallah kita tidak akan lalai – pesanan untuk diri sendiri juga.

  13. Teringat lirik lagu opick.

    “Tak cukupkah semua apa yang terjadi membuka sang mata, membuka sang hati…”

    Terima kasih kak kujie…kerana mengingatkan, memuhasabah diri.

  14. hati kurang digilap dengan zikrullah..
    jasad kurang di’dera’ dengan ibadah..
    sebab tu hilang sifat mahmudah..

    semoga kita sentiasa beringat..mati itu pasti, hidup…insyaALLAH..

    mudah mudahan ALLAH merahmati dan meletakkan Ustz Norhayati dikalangan orang-orang yang bertaqwa..

  15. al fatihah…

    maza tumpang sedih dan bersimpati…
    moga2 doa2 yg baik2 utk ustazah itu dimakbulkan Tuhan…

  16. Salam Maulidur Rasul.
    Takziah buat arwah..

  17. Salam Maulidur rasul kak jie.. 🙂

  18. Salam takziah. Mungkin kerna hati terlalu keras, maka kita jd terlalu ego untuk tunduk pada Allah. Kita perlu cari masa sejenak untuk merenung ke dlm diri, berfikir sejenak tentang akhirat untuk melembutkan hati

  19. orang kita ni, memang susah sikit nak insaf..

  20. Salam Takziah dan Alfatihah buat arwah…
    Sesungguhnya mati itu benar, Siksaan kubur itu benar, Alam Barzah dan akhirat itu benar, Tiiti soratulmutaqim itu benar, Syurga dan neraka itu benar…. Bersedialah menghadapinya, carilah bekalan secukupnya. Menyesal kemudian tidak berguna…
    Salam Maulidur Rasul buat semua.

  21. Kita milikNYA….hidup sementara,,,,dan pasti kembali padaNYA.

  22. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Alfatihah.
    Takziah buat Kak Jie beserta yang mengenali arwah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.