Evolusi Kamera Canon Autoboy Ke Ixus

canon autoboy
Ini kamera Canon pertama kami antara yang tercanggih di zamannya.  Canon Autoboy.  Masa pergi berbulan madu seminggu selepas kahwin, kamera inilah yang merakamkan detik indah bersama.

Hampir 20 tahun, ini adalah gambar yang paling berbau kenangan manis setiap kali bersama mengimbau susur jalur tempuh perkahwinan kami.

gambar kenangan honeymoon

Canon Autoboy ada button  ( remote control ) yang boleh ditanggalkan untuk setting masa.  Bila dah ready – petik dari jauh.  Entah macam mana, petik petik tak juga berfungsi.  Suami pun berpatah semula nak check apa yang tak kena dengan kamera.  Belum sempat dia balik semula ke tempat untuk berposing, snap…!  terakam aksi candid ini.

canon prima super 120

kenangan di cameron highlands

Tahun 1997 & 2006 saya menginap di Country Lodge Resort – saya suka apartment ini kerana lokasinya hanya di belakang Balai Bomba Brinchang.

Kami kerap bercuti ke Cameron Highlands. Kadang-kadang tanpa dirancang bolehmenginap semalaman dan pernah booking hotel untuk dua malam tapi lari balik selepas semalam. Sebab yang remeh – sejuk dan rindu rumah yang hangat!

Manusia memang gitulah , tamak. Dok panas, nak sejuk. Dah pergi tempat sejuk nak balik tempat panas.


Canon Powershot A2200 yang ni pun ada kenangan juga – beli sebab nak pergi tengok Liverpool Asia Tour  bulan Julai 2011.  Ini siri Powershot yang ke tiga, kamera Canon Powershot A1200 sebelumnya  dah dibawa suami  ke Algeria.

Canon Ixus 115Hs milik terkini hadiah daripada Honda Malaysia sebagai pemenang Awareness Campaign Honda Insight Bloggers Test Drive.

Saya peminat kamera kompak kerana ringan , mudah dibawa apabila ‘travel’ dan senang untuk digunakan. Satu sebab lagi, kalau guna kamera bersaiz comel ini orang tak pandang, tak menarik perhatian orang dan orang tak perasan pun kita sedang mengcandid mereka!

Saya dan Canon sepanjang 20 tahun ini…..:)

Owh yes… saya bertemu suami pertama kali pada 9hb Mac 1991 di depan pintu pagar kilang Canon Seksyen 26 Shah Alam – klik entri di sini Kekasih Lewat Usia.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Evolusi Kamera Canon Autoboy Ke Ixus”

  1. tahun 1991… owh… baru tahu kilang canon tu buka tahun 1991…heheheh padahal duduk dekat bukit lanchong, tapi tak tahu plak bila buka… yang tahu kilang proton je… hehehe lagi pon tahun 1991, masih terkedek kedek lagi berjalan heheh baru 4 tahun…hihihihi

    memang pengemar kamera canon kak jie ni… ni kalau nak bagi hadiah elektronik, dah boleh target bagi kamera canon jelah…hehehehe

    walaupun ada kamera dslr, kadang2 wish jugak ada kamera kompak… last2 pakai kamera tepon je la kalau nak amik gambar….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Pizza dan POSLAJUMy Profile

  2. kalau guna kamera bersaiz comel ini orang tak pandang, tak menarik perhatian orang dan orang tak perasan pun kita sendang mengcandid mereka!

    itu satu sebab saya suka guna kamera kecil2 je.

    film 24 exp. wow sekarang nak jumpa payah dah 😀

    ps. baru nak mintak dua kamera lama tu :p ada kenangan pulak rupanya. tak jadi la haha
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Dua Senapang, Setengah Dozen LensaMy Profile

    1. masih ada filem dlm kedua dua kamera Autoboy dgn Prima Super tu…. filem dah 20 tahun dlm tu…memang sengaja tak dikeluarkan, simpan utk kenangan.

      digital murah dan senang, tak payah ‘cuci’

Comments are closed.