petronas malaysia grand prix klcc

Gambar Pertama Kali Keluar Di Blog Kujie2

Pagi-pagi Isnin, Angah minta nak bawa kereta ke kolej. Dia baru dapat lesen P dan ini pertama kali memandu tanpa seseorang di sebelah atau tanpa pengajar.

Sebagai ibubapa, apa tindakan yang biasanya dibuat ?

Kalau minta dengan bapa, “bawalah….” katanya pendek.

Kalau minta dengan mak ” bla…bla…bla… 1500 patah perkataan ”

Saya? Saya mak yang membesarkan anak-anak dengan suami bekerja jauh. Perkahwinan jarak jauh. Tiap keputusan perlu dibuat sendiri².

Saya benarkan dia bawa kereta pertama kali hari ini. Bukan FairLady tu…. tetapi Pajero.

Practice makes perfect, walaupun ada yang akan cakap but nobody’s perfect.  Dia anak lelaki yang perlu belajar untuk uruskan kehidupan.  Semua pemandu yang hebat seperti pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Michael Schumacher dan Nico Rosberg juga bermula dari kali pertama .

petronas malaysia grand prix klcc Bukan mudah untuk dapat peluang bergambar atas pentas tu, untung dia ikut mama blogger pergi Petronas Malaysia Grand Prix Bloggers Session semalam

Selagi dia belum balik hari ni, dok dup dap dup dap je perut.   Kenapa perut bukan jantung?  Sebab asal anak tu dok dalam perut mak bukan dok kat jantung….hiks!

 

Hari ni juga untuk pertama kali sahut cabaran Group BBM Ondscene untuk turun ke  tempat kes kemalangan maut.  Pertama kali nampak real isi otak , darah dan mangsa di atas jalan raya sedang diangkat untuk dihantar ke hospital..

Kat dalam BBM Group tu , hari-hari dia orang  post gambar ‘first hand‘ tanpa edit tanpa tapisan mana-mana pihak.  Maklumlah dalam  grup  tu ada wartawan jenayah, paramedic ,  ITIS DBKL malah Cikgu Selam.   Selalu saya dapat news terawal perkongsian member grup.

Ada banyak gambar ditempat kemalangan  melibatkan  lori dan motorsikal yang menyebabkan  seorang warga Pakistan maut.  Kalau ondscene.my update nanti, baca kat sanalah.  Saya ni junior, tak boleh lawan senior.

Bila baca kes-kes kemalangan, saya jarang nak komen itu ini begitu begini.  Saya lebih suka ambil sebagai peringatan untuk diri sendiri, sebagai contoh sempadan untuk anak-anak remaja saya yang hari-hari berada di jalanraya.  Anak-anak pun boleh perasan perubahan bila  memandu… “mama la ni tak bawa laju….”

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Gambar Pertama Kali Keluar Di Blog Kujie2”

  1. Saya selalu bawa kereta ikut kelajuan kalau 110/km tak lebih lah 110 km kalau 90 km/ maka tak lebih 90 km lah kalau yang depan tu slow dan saya takleh nak potong ikutlah sampai yang depan tu rasa macam di ekori teruslah dia cabut lari kalau yang didepan tu potong tak lepas terus saya perlahan ke bahu jalan tak yah nak bagi lampu kelip kelip tinggi rendah nak buek apa kalau yang depan tu lori ker bas kerrr bairlah beralah

  2. kena tengok jarak jauh dulu lepas tu akan jadi biasalah dgn keadaan ngeri sebagainya.

    Lihat dengan penuh keinsafan dan berhati hati di jalan raya.
    Apabla kita berada di jalanraja nyawa kita di hujung tanduk brbeza dengan kita berada di lain tempat sebab itu lah kita kena amalkan doa semasa naik kenderaan.

  3. saya tak mampu nak tengok kemalangan yang ngeri sangat…dulu masuk jgk web ondscene tu..tp sejak setahun lepas, prasaan nak jenguk tu takde..mmg tak pernah klik, baca tajuk aja dah ngeri..lg2 ada perkataan digilis, dilenyek, berkecai, putus dua…

    takut la kak jie…mcm mana la kak jie boleh kental..huhuhu….
    Jom terjah post menarik dari Cik Norfa ..Jangan kedekut pujian terhadap isteriMy Profile

  4. tahniah Kak jie..hope akan lebih kental & bersemangat untuk jd wartawan.. terbaik la Mkck Jie..

    1. Tugas makbapa dah hantar anak2 pergi ambil lesen secara sah
      bila dia dah lulus, kenalah sokong dia untuk berani memandu
      sebab ini kehidupan…….. dia perlu tempuh semua tu
      ajal maut di tangan Allah… kewajipan kita ikut garis yg ditetapkan utk jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain

      kena positiflah……….tapi mak mak memanglah dup dap dup dap je
      nak keluar tak msg ke, tak call ke….dia dah tertanya2, tido tak lena
      ini naluri
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Dan Cara Masak Chicken Cordon BleuMy Profile

  5. kak jie, sampai skrg saya tak dapat join group BBM Ondscene tu . 🙁 try register di blog Ondscene tu sampai ke la ni tak dapat password. 🙁 sungguh sedih..uhuk..uhuk..

  6. tahniah kerana berani menyahut cabaran rakan-rakan. tengok gambar ingatkan ondscene punya. meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu keselamatan adalah tanggungjawab semua. terlalu ramai yang mati sia-sia…

  7. ishh seriau tengok dok berterabur macam tu…ngeri..

    alhamdulillah setakat harini belum pernah jadi perkara tak diingini sepanjang pemanduan…

  8. Berat juga yer Kak Jie nak lepaskan anak drive sendiri.Kalau saya pun,saya akan dub-dap dalam hati.Tapi sampai bila kan kita kontrol mereka,tambahan pulak anak lelaki.Doa dan tawalkal jer yg mampu memadam resah hati seorang ibu 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azman ..It’s not about the moneyMy Profile

Comments are closed.