Impian Seorang Makcik Kopite Ulu Yam di Liverpool

ulu yam di liverpool

Saya pergi pasar pagi Batang Kali hari ni, seperti biasa.

Dalam perjalanan balik, lalu tepi kedai baju, belakang carwash untuk ke tempat letak kereta di belakang Petronas. Lalu tepi kedai jahit, ternampak beberapa buah buku Ulu Yam di Liverpool diatas meja. Mesti jualan istimewa ni sebab buku dijual di kedai jahit.

Saya biasa beli buku online dan kerap membelek rak buku di MPH Online. Minggu lepas buku ini berada ditempat ke 4 bestsellers untuk kategori tempatan non- fiction.

Kebetulan yang manis kerana sepanjang perjalanan ke pasar tadi, saya mendengar penulis buku Ulu Yam di Liverpool ini , Nazali Noor sedang ditemui bual di Suria FM.  Tiba-tiba ternampak buku beliau di kedai jahit.

Ulang siaran, kedai jahit!

Awek juru jual agak terpinga-pinga atau tak menduga seorang makcik lewat 40’an akan membeli buku ini. Mungkin sasaran kepada kaki bola penyokong tegar Liverpool.

14 Julai 2011 saya dam keluarga antara ribuan penyokong Liverpool yang berada di Stadium Bukit Jalil sempena Liverpool Asia Tour 2011 – Training Session dan Perlawanan Liverpool – Malaysia sewaktu Liverpool Asia Tour 2011

penyokong liverpool

Awek comel cakap ” Penulis ni pakcik saya… semalam dia ada di sini.  Hari ni dah nak balik UK”

Saya senyum saja… sambil terima baki 10 sen.

Balik rumah, on komputer dan saya follow Facebook dan Twitter penulis buku Ulu Yam di Liverpool seorang Pensyarah Kanan John Moores University.

Salam kenal Liverpudlian dari makcik Kopite Serendah!

Nota : Buku ini bukan berkisar tengan bola. Buku ini adalah cerita kehidupan

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Nazali Noor says:

    Terima kasih ya kerana sokong buku UYDL.

    Salam ukhuwwah dari Liverpool 🙂

  2. minggu lepas ada buat lawatan ke karangkraf di shah alam, buku yang sama juga di beli semasa lawatan tersebut. sebuah buku yang boleh memotivasikan diri bagi orang yang biasa-biasa aje 🙂
    Jom terjah post menarik dari anuarkarimz ..Bila Bateri Kereta Habis NyawaMy Profile

  3. Macam best jer Kak Jie…nak cari la nanti…SA suka baca citer tentang kehidupan…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Aktiviti Cuti SekolahMy Profile

  4. tengok tajuk novel dah teruja buku nie mesti best punya……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Operasi …….My Profile

  5. nanti akak senang bolehla tolong review buku tuh yer…=)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Majlis Nikah Nora di IjokMy Profile

  6. Wah.. dah dapat buku ni.
    Saya terbaca tentang buku ini dalam fb Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau melancarkannya di MPH.

    Nanti kak jie review lah ye…
    Jom terjah post menarik dari Saljuhumairah ..Pengalaman Pandu Uji Hyundai Elantra Harima, Kota BharuMy Profile

  7. pergh fan liverpool tu.. mesti peminat luis suarez ni
    Jom terjah post menarik dari zool ..Mampukah Ong Kim Swee membawa perubahanMy Profile

  8. macam menarik walaupun tajuk ada nama liverpool =)

    thanks kak jie berkongsi
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Rezeki Duit Blogging Denaihati NetworkMy Profile

  9. oh isi bukunya bukan tentang bola toh dikira tentag sepak bola ternyata bukan….
    Jom terjah post menarik dari resep kuliner ..Sayur NangkaMy Profile

  10. ini mesti peminat tegar liverpool penulisnya..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Safee Sali sah ke JDTMy Profile

  11. banyak dengar pasal buku ni.. tapi tak pernah terniat nak baca.. macam menarik je..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Resepi Kimchi sedap lagi halalMy Profile

  12. ternampak peminat Liverpool FC lah kat sini
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Robin Van Persi sudah lebih lahMy Profile

  13. antara naskah yang ingin dimiliki… tak sangka pula, buku ini ada di kedai jahit.. macam-macam ada, dekat batang kali tu ye kak jie… 🙂

  14. adeh..kak jie fan liverpool pulak..go go MU..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Hasil MenulisMy Profile

  15. tu dia. orang kuat liverpool tu..
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAHMy Profile

  16. Alamak. K jie pun kopites ke? Terbaiklah. Ynwa yeszaaa! Hehehe
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Pameran Kerjaya Fokus Sektor (Sector Focus Career Fair) Anjuran UiTM Dan TalentCorpMy Profile

  17. tak sangka makcik ni peminat liverpool.
    kalau saya maaf ler memang tak ambil tahu hal2 bola ni…hehe

    ada ambil nombor telefon awek comel tu tak? hehe
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Akhirnya Berkesan Juga.My Profile

    • rahsia bahagian rumahtanggan juga ni ejam

      ikut serta minat suami selagi tdak bercanggah dengan agama dan adat

      ikut suami pergi stadium dgn anak2..salah satu cara membina hubungan yang kukuh bersandarkan minat bersama keluarga.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Impian Seorang Makcik Kopite Ulu Yam di LiverpoolMy Profile

      • Anonymous says:

        Bismillah.. Liverpool mmg terkenal dgn bolasepak sejak dulu.. Tapi buku ni lebih berkisar impian orang biasa2 spt anda semua mengejar impian dgn pelbagai rintangan.. Dlm masa yg sama terus cipta satu demi satu impian disamping meMASYURkan kampung Ulu Yam, negeri Selangor & negara Malaysia di sana.. Pasti nya bawa jua ciri2 insan Muslim sebenar agar ‘non Muslim’ tertarik dgn agama yg Allah SWT redhai ini, In Shaa ALLAH – Toklang