Kaloi Masak Lemak Tak Jadi

ikan kaloi Golden Giant Gourami

Ini ikan kaloi saya – namanya Bulan. Pagi semalam saya nak pindahkan Bulan dari kolam tepi kiri ke kolam utama di sebelah kanan. Paginya saya buka aliran air untuk dibuang…………………tengah harinya ke sekolah  hantar Intandan terus ke Evonsave.  Bersoping sakan tak ingat pun air kolam sedang surut.

Selepas  hampir 2 jam, dari luar pagar rumah saya dah boleh dengar bunyi menggelupur di dalam kolam.

Ya Allah……….. ikan aku!  Tinggal semua barang yang dibeli, tanpa kunci kereta terus berlari ke kolam.

Kasihannya Bulan tercungap-cungap ‘nyawa-nyawa ikan’.  Bila diangkat dan dimasukkan ke dalam baldi, si Bulan masih hidup.  Lega hati tak terkira.  Tetapi agak sedih kerana terdapat tanda-tanda cedera di badannya.

Kalaulah si Bulan mati semalam, berbuka dengan masak lemak ikan kaloilah kami.   Tak lah… saya tak makan ikan darat dan saya tak sampai hati nak makan ‘kesayangan’ sendiri.

Mungkin boleh ditanam tulang ikan kaloi ini dan berharap tumbuhnya pohon beringin.  Buat buaian ………… bolehlah suruh Intan menyanyi-nyanyi sambil berayun-ayun tiap petang dan  mengharapkan menantu anak raja.

Dongeng sungguh!

 

gambar ikan kaloi

Ikan kaloi ini dibeli  sebulan sebelum suami ke Algeria tahun 2009 . Anak jiran saya  baru beli ikan ini RM9 sepasang.   Tak sempat pun dia bela, masih dalam bekas asal, saya pujuk dengan RM 10 .

Akhirnya, kaloi jenis Golden Giant Gourami bertukar tangan. Hahahaha… kejam sungguh makcik ni ! Ada akad jual beli, kiranya pembelian ini sah bukan kes buli budak bawah umur.

Ikan kaloi ini tidak dibela di dalam akuarium tetapi dilepaskan di dalam kolam bersama ikan-ikan lain – talapia , guppy dan Nemo.  Dalam kolam besar itu, si Bulan ada tempatnya tersendiri, maklumlah otai.

  1. Pingback: Salam Perkenalan Yang Mesra | Hidup Biar Sedap

    • ye ke… kata org yang biasakan makan ikan dari kolam kami, sedap
      sebab kami gunakan air dari bukit yang mengalir , bukan air bertakung

      tapi tataulah……… sebab tak pernah makan, orang je cakap
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bubur Lambuk Dan Senjata LidahMy Profile

  2. Kalau ditempat saya dinamai ikan nila, ikan ini memiliki rasa khas dan sangat enak untuk dimasak dengan berbagai cara baik untuk sup maupun dibakar

  3. Salam,

    Eeeee tembamnyeee si bulan ni kakjie, bertahan juga ye dah 3 tahun, itu namanya sibulan selesa berada di kolam mewah tersebut 😀

    Adik ipar ada bela ikan kaloi dalam Aquarium, besar juga, tapi yeker ikan kaloi ni agak lasak sikit berbanding ikan lain? Tak tahu coz tak pernah bela ikan 😀

    • Awat tak tembam… makan, makan, makan…..dok kat tempat kegemaran dia je

      tak pasti berapa lama dia boleh tahan, tapi kalau mati, sedihlah juga sebab kita dah bela lama.

      tapi kaloi ni agak lasak, tahan dgn pencemaran air yg sikit2.

      pernah ikan talapia lain mati satu kolam, dia masih bertahan….ingat ke kaloi ni jenis ikan manja…rupanya tidak
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Detik Bersama Sunlight Keluarga KujieMy Profile

  4. Assalamualaikum wbth…

    Selamat menunaikan ibadah puasa…
    salam kenal dari TiranaAduka selaku blogger baru di alam maya….

    Kaloi ni kalau dh kita bele…saya tak lalu nak makan….
    Ishhhhhhhhh………kesian pun ada…..

    ok sis….

    Salam kenal…
    Jom terjah post menarik dari TiranaAduka ..Petua – Membersihkan Kuku Yang HitamMy Profile

    • ooooo…macam tu ke

      antara kolam besar dgn kolam kecik ( tempat si Bulan ni melepak ) ada satu lubang selebar satu ketul batu bata…selalu nampak dia keluar masuk melalui lubang ni dgn mengiringkan badan…….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSPMy Profile

  5. Ikan toman afrika yang mak abah bela dah mati sebab dia lasak sangat… melompat keluar dari dalam kolam dua tahun lepas… Lepas isyak malam tu, abah tengok ikan tu masih dalam kolam dia, tapi subuh esoknya, abah nampak ikan tu dah mati di tepi kolam bersama kucing-kucing yang sedang memerhatikan “jasadnya”…

    Sadis…
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Bunuh OctoMy Profile

      • Besar memang besar kak.. sampai pernah ada yang tercedera sebab cuba nak masukkan tangan ke dalam kolam masa cuba nak buang tikus yang mati lemas dalam kolam tu.. bejahit tangan kerana kasih si ikan…

        Bila kita dah sayang, dia cedera pun kita dah menggelupur macam hilang anak..ni pula masa dia mati… aduhai…
        Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..EXAM STRESSMy Profile

  6. dulu saya pun bela kaloi tapi dalam akuarium..cepat sungguh membesar.tak larat nak jaga terus bagi kat member…sayang juga sebab ikan tu dapat dari mak sedara masa banjir besar utara semenanjung yg pertama dulu tu…kira ada kenangan la jugak.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..GANGGUAN MENTAL BETUL LA…My Profile

  7. perkhh.. kesian si kaloi, tentu terseksa tercungap2 mcam kena semput gitew.. uhuk!

    maza dulu masa kecik2 di kampung ada bela angsa. Angsa kesayangan arwah ayah. Baru beberapa bulan ayah meninggal angsa tu pun sakit. Kira macam sakit nazak juga lah

    Kemudian emak pun sembelih angsa tu. Penyudahnya, seorang pun tak makan daging angsa. tak sanggup kaedahnya, walaupun angsa itulah yang selalunya mencubit peha kami.. hehehe

    aderkk…..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Wordless Wednesday: Suatu Perjalanan RamadanMy Profile

    • Adoi..mcm nk luruh jantung bila terdengar kelepap kelepuk kelepap kelepuk dari arah kolam
      terus teringat air kolam yang dah kering
      nasib baiklah tempat tu redup bukan bawah mentari , panas tering….. garinglah si Bulan tu..hihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSPMy Profile

  8. Sayang Bintang dah meninggal dunia, lama Bulan kese-ikan-ngan sendirian.
    Besar dah rupanya dia, comel. Memang tak sanggup nak makan kalau gitu.