Kenangan singkat Aidilfitri 2007

Ini adalah gambar Aidilfitri 2006 , hari raya terakhir bersama arwah bapa mertua saya. Setiap tahun sewaktu bersalam dengan bapa di pagi Syawal, bapa akan cium ubun-ubun semua anak cucu juga menantu bapa. Tahun ini, amat terasa akan kehilangan bapa.Sepatutnya mengikut giliran, saya menyambuat 1 Syawal di kampung saya di Baling tetapi dalam situasi begini tidak salah jika kita bertolak ansur mengikut keadaan.

Walaupun tanpa bapa, kami meneruskan juga tradisi bertahlil dan membaca doa selamat di pagi Syawal. Bezanya tahun ini kami bertahlil untuk arwah bapa. Masing-masing berlinangan airmata bila memandang emak keseorangan … selalunya bapa akan berada di sebelah emak.

Petang raya pertama, baru saya bertolak balik ke Baling. Perjalanan dalam hujan  lebat dengan penat dan mengantuk kami berhenti di R&R Sg. Perak. Saya  mengambil alih tugas memandu sampai ke Grik.

Saya lebih suka memandu di waktu malam dari siang hari kerana semua anak dan suami tidur lena tiada siapa yang komplain atau mengomel itu tak kena ini tak kena….stereng di tangan . Kami selamat sampai ke kampung hampir  jam 2.30 pagi.

Pagi raya ke 3 saya sudah bersiap untuk balik semua ke Serendah. Jadual yang sendat dan padat. Kali ini kami berkonvoi dengan adik saya yang akan pulang ke rumah mertua dia di Tanjung Malim.

Dalam perjalanan balik, kami singgah makan tenghari di Medan Ikan Bakar Tasik Raban, Lenggong, Perak.   Semua menunya ikan air tawar, saya cuma mampu memandang.

Selepas Kuala Kangsar, 3km sebelum Terowong Menora kesesakan mula dirasai. Untuk mengelakkan kesesakan di dalam terowong, polis telah mengadakan sekatan di pintu masuk terowong, jadi lama juga kami terpaksa berhenti mengikut giliran untuk melepasi terowong.

Kereta saya berada di lorong tengah. Keadaan sungguh aman dan sejuk kerana hujan gerimis. Kabus menyapa lembut di sebalik bukit bukau kehijauan. Rasa lelah segala penat berkejaran dari Serendah – Sabak Bernam – Baling – Serendah.  Anak² senyap sunyi tertidur dari awal perjalanan.

Tiba- tiba …….

honk….honk…honk………

Saya dan suami tersentak. Kami pandang di hadapan……….. ruang hampir 50 meter kosong tanpa kenderaan.

Rupa-rupanya kami sekeluarga tertidur di tengah-tengah lebuhraya!!!! Kereta di lorong kiri dan kanan telah bergerak cuma kereta di lorong tengah terhenti disebabkan kami sekeluarga nyenyak di tengah lebuhraya.

Pandang kereta kiri dan kanan dan lihat jiran ’selebuhraya’ senyum memandang . Entah berapa lama kami terlelap.

Rasa puas sangat tidur saya kali ini. Lepas tu, mata terus segar boleh memandu terus sampai ke rumah. Siapalah agaknya kereta di belakang kami yang entah berapa puluh kali membunyikkan hon untuk mengejutkan kami sekeluarga…. mungkinkah anda?

Kujie ©-Msjbox ( kotak gossip ) saya disimpan untuk sementara , saya agak sibuk untuk memantau kerana saya tidak berapa gemar pengunjung yang meninggalkan pesan tetapi tidak saya jawap.   Rasa bersalah.  Sejak akhir² ini ada beberapa pengunjung yang meninggalkan pesanan yang agak ‘nakal’ dan kurang sopan .  Jika mempunyai pesanan terus untuk saya, Klik Hubungi Saya dan InsyaAllah saya akan menerimanya dalam kotak email.

Random Posts