Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik
Peribadi

Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik

Tadi check saman trafik kat myeg.com.my.  Tak terkejut pun dengan jumlah 18 saman – 13 saman suami dan 5 saman saya sebab memang dah tahu saman² lama sejak 2002.

Cadang nak bayar online melalui Myeg tetapi untuk semua saman tu saya kena bayar service charge RM 36.  Kebetulan ada urusan lain di luar, saya buat keputusan untuk membayarnya di balai polis  trafik KKB.

Siap dah setting dalam minda, mesti ramai orang – rupa²nya keadaan masih lapang.  Mungkin baru 11 pagi.  Orang lain sekejap saja berurusan dikaunter – saya yang paling lama tunggu print resit panjang berjela 18 keping.

Bakal saingan makcik rempit…hehe kena blurkan, takut nanti makbapa dia saman, kena usung pergi balai bergari pula!


Saman speeding je… memang makcik rempit. Tapi saman terbaru bulan Februari & March 2010 rasanya bukan saya. Ini mesti Along.  Anak sapa la tu…..:lol:

Lepas selesai print semua tu, Encik Sarjan hulurkan 18 keping resit bayaran saman…

boleh jadi model Myeg atau PDRM ni

” ini aje….” macam blur je soalan
” kenapa? nak lagi……..” hahahaha

Cepat-cepat keluar… Jom Belajar Memandu

kredit : Angah paksa letak

Lepas tu pergi lepak kat Empangan Kuala Kubu Baru……… arggghhhh ………. terbang RM 1260.00 untuk selesaikan 18 saman yang telah diskaun 50%.

YES ! Year End  Sale kat balai polis trafik

Cara Semak Saman Trafik

  1. Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
  2. Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

©kujie – Azam Tahun Baru 2011 – Makcik rempit nak pencen.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik

Comments are closed.