Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS
Isu Semasa

Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

EDIT : 02/03/2011
Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac 2011 sumber : Bernama Online

=================================================

28 FEB 2011

PDRM memberi kemudahan pembayaran saman di semua kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara sehingga jam 12 tengah malam ini

Makluman dari ASP Zaiham, Pusat Media PDRM, Bukit Aman.

sumber : ondscene.my

====================================================

NOTA : Ini cara yang saya guna pada tahun 2009,   sila hubungan pihak  http://www.dapat.com jika berlaku sebarang perubahan.

 

Jom Belajar Memandu
EDIT : 01/12/2010 – sumber dari myeg.com.my

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 PDRM menawarkan insentif bayaran kadar kompaun untuk semua saman trafik –

Semua saman yang di keluarkan pada atau sebelum 30hb November 2010 :

  • Akan diberikan insentif pengurangan dari kadar kompuan sebenar

Semua saman yang di keluarkan selepas 30hb November 2010 :

  • Saman di selesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman di selesaikan dalam tempoh 16 – 30 hari akan diberikan insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang TIDAK di selesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan di senarai hitamkan

===================================================

Merujuk kepada entri saya DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00 ( < klik ) , ramai yang menghubungi saya bertanya beberapa soalan lanjut yang saya sendiri tidak pasti jawapannya.

Saya bukan polis trafik yang dapat menyelesaikan masalah tuan puan, saya bukan juga pegawai JPJ yang dapat melupuskan saman tuan puan. Saya sendiri terpaksa masuk balai bahagian trafik untuk membuat bayaran saman tersebut. 

Apa yang saya boleh kongsi adalah cara untuk semak saman trafik melalui sms.  Ada dua cara untuk kita semak saman trafik melalui sms iaitu dengan menggunakan no kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan.

Tuan/ puan boleh check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh :   SAMAN 911809105110 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

Contoh :  SAMAN ABC123 akurempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

Cara nak buat bayaran : pergi ke bahagian trafik di balai polis berdekatan.. Bawa duit dua tiga guni…he he he

Ini bukti yang di terima melalui email

Entri Lain Tentang Saman Trafik – Makcik Rempit Ada 18 Saman

Cara Lain Semak Saman Trafik

  1. Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
  2. Melalui SMS 15888 – taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke  15888 – Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
  3. Semak Saman JPJ di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan -Semak Saman JPJ(klik)

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

109 thoughts on “Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

  1. salam..hanya yang miskin akan tercekik kerana denda duit..tapi yang kaya selamba je..Apa boleh buat?Ubah sebelum parah, ubah demi maruah..Malaysia akan jadi negara terkaya di rantau Nusantara(Asia Tenggara) apabila dipimpin oleh pemimpin yang beriman dan bertaqwa.Salam 😉

  2. saya rasa had laju di highway patut dinaik at least 120km/hr.. hukhuk.. ngantuk kot bwk slow sowang2 🙁

  3. gua pun kena saman bro.tapi kerajaan malaysia utama kan rakyat asiang daripada rakyat sendiri,,,,

  4. Pembetulan :
    Taip SAMAN jarakkan [No pendaftaran kenderaan]
    kemudian hantar ke DAPAT / 32728
    contoh :
    SAMAN ABC1234
    Send ke 32728

  5. da try send sms gne i/c kawan yg check kat kaunter mmg kena 2 saman polis,,,, tapi sms dapat Tiada Saman dikeluarkan plak….. kiranya kalu nak betul2 kepastian.. baik g kaunter jgak…

  6. saya cek saman melalui ic no lepas tu sms..ada 10 saman bernilai rm1540,tapi bila cek melalui no plat kereta ,slmt la pulak..rasa2 perluka saya p byr..

  7. tips untuk mengelakkan kena saman..

    1. Jangan beli kereta @ motor..guna bas atau kenderaan awam.
    2. kalau ader kereta, jangan bawa kat atas jalan simpan kat garaj.
    3. kalau bawa kereta keluar..pastikan anda ikut peraturan kalau highway 110. anda bawa 50 km/j atau kurang ke tahap 0.
    4. paling penting bawa dokumen penting spt lesen, surat beranak atau lain2…kalau ader roadblok bagi semua…
    5. tak kurang penting baca doa..doa perjalanan , doa balik kampung , doa tak kena saman atau doa2 lain yg berkaitan.

    ok lah..
    selamat mencuba. 😀
    Jom terjah post menarik dari kie ..All New Nissan Teana 2010My Profile

  8. bagaimana kita nak tahu saman detail.maksud saya lokasi/masa/hari & kenderaan apa.saya ada 3 kereta 1 mtor.

  9. guna ic – mgkn ic tu pernah didaftarkan untuk beberapa kenderaan lain..jadi result dia pun lain

    guna no plat kenderaan – dia tak kira ic pemilik, dia berpandukan kepada kenderaan itu didaftarkan atas nama siapa.

  10. keliru dengan status kenderaan berkaitan saman..
    hantar guna ic dapat lain
    hantar no plat kenderaan lain dapat result lain.
    semua guna mesaj ke 32728 😥 ❓

  11. salam n hello tuk semua.. mcm ner yea nak check saman, jenuh cari, tpi xjpa la huhuhu leh tlg tak

  12. Holo everbody, aku nak check saman, tapi aku tak tau check..
    siapa boleh tolong saya…please

  13. kepada polis trafik yang bertugas terutama tempat/daerah yang kecil buatlah rondaan selalu dan kalau saman tu jangan nak saman org. yg. tak kenal aja. org. yg. kenal’ tak disaman. ataupun hanya dtg. saman bila ada org. yang beritahu.

Comments are closed.