Pengalaman Membeli Belah Online

Sesuai dengan kemudahan dan gaya hidup masa kini, membeli belah  secara dalam talian (online)  tidak asing lagi bagi kebanyakkan dari kita.  Antara kemudahan membeli secara online adalah proses membeli lebih mudah dan pantas tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak-sesak pada hujung minggu.

Kadang-kadang kita mendapat edisi terhad yang sukar didapati  atau dapat membuat perbandingan harga dengan lebih cepat.  Boleh buat survey perbandingan harga  mengenai produk yang sama di beberapa laman web lain hanya dihujung jari.  Tak perlu keluar masuk dua tiga kedai sehingga berpeluh ketiak.

Sudah bertahun-tahun saya membeli tiket wayang online.  Kita boleh menguruskan masa dengan lebih baik apabila tempahan telah dibuat terlebih dahulu.

tengok wayang bersama keluarga

Oktober 2012 – kali terakhir kami tengok movie sama-sama…rindunya

Pernah membeli belah online?

Boleh percaya ke shopping online ni?

Boleh saja asalkan kita mengambil beberapa langkah keselamatan dan berhati-hati sewaktu membuat pilihan.  Saya sendiri beberapa  kali membeli  barang2 komputer dan elektronik melalui talian.  Pernah membeli buku, tudung , abaya ,  monitor desktop, mouse, headphone, macaron, dan penghantaran hadiah yang diuruskan melalui kedai online.  Dalam semua pembelian tersebut, hanya sekali saya membeli secara Cash On Delivery (COD) sebab penjualnya hanya di Gombak.

Tidak dinafikan, tak ada sistem yang kebal daripada dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawap untuk mengambil kesempatan  dan menipu.  Kepercayaan dalam urusniaga online adalah titik penting bagi  jangka panjang.  Buatlah siasatan sebelum membeli.

Saya ada kenangan membeli kek kejutan harijadi untuk seorang blogger di Penang.  Baca pengalaman pertama membeli kek online.

 

power bank

Ini gambar input usb port , lubang belah kiri tu.

Baru-baru ni saya ada pengalaman baru sewaktu membeli belah online. Barang yang saya beli telah rosak selepas sebulan.

Awal bulan Disember saya beli power bank di lelong.com.my. Genap sebulan, lubang dekat input usb  port telah tercabut. Tak boleh cucuk untuk charge power bank. Memandangkan saya membeli dari penjual yang ada reputasi, rating dan mendapat feedback yang baik dari pembeli lain , saya hubungi penjual melalui Private Message ( PM ) untuk dapatkan kerana ada  jaminan 12 bulan.

Saya hantar semula pada tengahari Rabu dan petang Jumaat saya terima power bank  baru yang dihantar dari Bukit Mertajam. Penjual yang serius yang membuat perniagaan online akan menjaga kepercayaan pelanggan untuk bisnes mereka berkembang.

Ada beberapa tips sewaktu membeli belah online yang boleh dikongsi. Antaranya bacalah feedback dari pembeli lain dan pastikan penjual seorang yang aktif dengan selalu mengemaskini laman webnya. Semua orang sukakan barang yang dibeli dengan harga lebih murah tetapi berhati-hati kalau barang yang ditawarkan itu harganya tak masuk akal. Baca penerangan lengkap mengenai item tersebut dan cari barang yang ditawarkan bersama jaminan pemulangan jika berlaku kerosakan.

Saya lebih suka membeli belah di Lelong.com.my dan Superbuy.my kerana sistem mereka memerlukan identity verification (pengesahan identity) dimana setiap penjual yang ingin mendapatkan status  verified seller diwajibkan menghantar bukti pengenalan diri (mykad / lesen memandu) sebagai salah satu cara mencegah berlakunya kes penipuan.

Penjual biasanya berusaha menjaga reputasi yang baik dari pembeli kerana di lelong.com.my  pembeli boleh memberi rating yang negatif di ruangan komen sekiranya tidak berpuas hati.

Saya agak berhati-hati untuk membeli di mudah.my.  Sesiapa saja boleh beriklan di mudah.my kerana tiada sebarang syarat atau tiada pengenalan diri diperlukan untuk beriklan. Ini akan membuka peluang kepada manusia yang tidak bertanggungjawap melalukan fraud.  Saya pernah membeli monitor komputer di mudah.my secara COD.

Saya pernah berjaya menjual kereta dan menyewakan rumah di mudah.my.

Bagi saya yang tinggal dipinggir bandar, untuk dapatkan barang yang agak terhad, membeli belah online adalah pilihan yang berbaloi. Boleh jimat kos minyak dan kos lain apabila keluar membeli belah. Sekali masuk parking di LoyYat minimumnya RM 2.50.

Kalau dah mengambil beberapa langkah melindungi diri sendiri, dan masih terkena tipu lagi… nak buat macam mana ,kan.  Semua orang akan menempuh pengalaman mereka yang tersendiri.  Ada yang manis tak kurang yang masam dan kelat.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. macam mana akak membuat pembayaran eh? melalui shopping online?

  2. Saya memang biasa membeli barangan secara online. Selalunya dengan Lelong.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  3. Saya selalunya lebih suka COD kalau membeli barang secara online ni. Kalau barang yang murah-murah tu kira boleh la nak guna post. Perasaan ragu-ragu tu masih ada kalau membeli barang-barang yang mahal. Selalunya saya akan baca dulu review dan komen orang lain berkenaan penjual tersebut sama ada baik atau tidak.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong IslamMy Profile

  4. saya juga pernah melakukan pembelian secara online, sangat mudah tanpa perlu kemana-mana dan lagi pula kalau di Jakarta biasanya beberapa toko menawarkan free shipping sehingga biaya pengantarannya gratis..
    nice share dan selalu sukses buat anda..
    Jom terjah post menarik dari Jefri ..Bahan & Cara Membuat Sabun Mandi TransparanMy Profile

  5. Beriklan di mudah memang mudah. Ada beberapa orang kawan saya dah memang kena tipu dengan mudah.. Lelong.com.my dan ebay.com.my memang senang nak percaya, sebab boleh refer feedback / rating seller. Yang dah kena tipu.. halal kan je la orang tu, tunggu hukum karma
    Jom terjah post menarik dari SamDaddyCool ..Serius JobDiRumah tipuMy Profile

  6. Online ni memjimatkan masa dan menambahkan produktivit. sesekali kena tipu tu biasa yang tak online pun ramai menipu. dah biasa sangat beli online ni… jual online pun pernah.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Suzuki Swift Model Baru 2013 Kereta Idaman DilancarkanMy Profile

  7. Mudah.my ni memang ada terdapat ramai penipunya. Kawan saya terkena sebab nak beli motor 2nd hand kat situ. Dia terlalu desparate nak pakai motor sampai senang2 kena tipu.

    Sian dia, last2 mmg tak dapat motor deposit pun hilang ntah kemana.

    So, jaga2lah kalau nak guna Mudah.my tu.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..‘masalah cari idea blogging yang paling kerap aku alami’My Profile

  8. PM jarang sangat beli barang secara online…kalau membuat bayaran kereta atau rumah biasalah guna online…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Watak Utama Blog PapaMifz.comMy Profile

  9. saya suka lelong.com.my. pernah beberapa kali beli barang dr situ. manakala di mudah.my pula saya berjaya menjual rumah saya di kuantan sebelum berpindah ke KL ni.
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Solat Dan Terjemahannya – Applikasi Android Di Google PlayMy Profile

  10. apa nama penjual powerbank tu Kak?
    saya rasa kena beli juga powerbank ni. s3 saya dah makin cepat habis baterinya. mana tak. asyik main game aje
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Sate Kajang Haji Samuri Dan Cendol Hentian Awan Besar Lebuhraya KesasMy Profile

  11. Saya memang selalu beli online..selalu guna Ebay dan Lelong.Dua site ni setakat ni secure bagi saya.Kalau melalui Mudah pulak saya lebih prefer COD..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Cara Dapatkan Bateri Yang Cukup Power Untuk iPhoneMy Profile

  12. sama seperti saya kak jie.. saya selalu membeli tiket wayang secara online.. tak larat nak beratur panjang….
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Pencarian Penaja ContestMy Profile

  13. kurang percaya sgt beli online. yakin dgn direct kedai dan original warranty.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..2013 | Keluarga, Kerja, Pelaburan dan LariMy Profile

  14. Kalau di Mudah, selain dari COD, pastikan pembelian melalui orang yang register sebagai kedai sekurangnya. Beli dari tempat-tempat yang memang sudah terbukti reliable baru tidak susah hati sentiasa.

    Sekarang ini banyak barang beli online, sebab harga barang kat sabah ni tinggi sikit, beli online + shipping cost lebih jimat, terutama game. Kalau sekali beli dari satu tempat, dan perkhidmatan ia baik, memang akan stick dengan kedai itu lah sampai jumpa yang lain.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Belajar BersyukurMy Profile

  15. hai kujie,
    pengalaman yang pasti memberi pengajaran berguna. Saya juga pernah membeli belah dan menjual barang melalui Mudah. Walaupun semuanya ok namun masih perlu berhati-hati supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Siapa saya dan World Bloggers & Sosial Media AwardsMy Profile

  16. selalu juga menggunkan perkhidmatan lelong…
    tapi superbuy belum pernah lagi..
    eehehhee
    Jom terjah post menarik dari mie ..Pulau Bunting Kedah Pulau TergendalaMy Profile

  17. biasa jugak berurusniaga dalam talian ni cuma jarang2 la..

    memang bila melibatkan transaksi dalam talian ni, perlu ada beberapa syarat yang kita sendiri kena letakkan agar tak berlaku risiko kerugian..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Dilema merotanMy Profile

  18. mmg giler beli online. duduk rumah pun, duit boleh habis.

    lagi satu, kalau ebay pun kena verify. rasa secured sikit.
    Jom terjah post menarik dari mama adam ..Fesyen Rambut TerkiniMy Profile

  19. baru tengok jam Casio kat superbuy tadi..hehe

    sekarang ramai duk menipu jual tudung Fareeda online…ada yang dapat kek apollo je
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Keputusan Cabutan BertuahMy Profile

  20. Mudah skit membeli secara online. jimat masa dan tenaga terutamanya orang yg bekerja..tp apa pun kena hati-hati dan perlu buat kajian sebelum beli produk tu..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Bunga Berbentuk Muka MonyetMy Profile

  21. kena berhati-hati akak kan bila beli dengan online.
    Jom terjah post menarik dari pokok manggis depan rumah ..Hujan-Rahmat Atau Peringatan dari Allah S.W.TMy Profile

  22. pernah juga beli online ni tapi barang murah jek, barang mahal tak berani…
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Trip ke Zoo JohorMy Profile

  23. Kena berhati-hati jugak la. Setakat ni saya tak pernah lagi beli item yg berharga lebih RM200 secara online. Takut jugak kalo jadi papekan. Haha. Setakat ni, sekali je la pernah kena charger rosak tak sampai seminggu guna.
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..Facebook Secara ProduktifMy Profile

  24. jarang beli online, tapi cari info barang kat online selalu. penah beli barang baby je kat online + baju. kalau barang elektronik, saya lum rasa percaya sepenuhnya. Lagi, saya suka tengok rupa barang tu.

    Penah berjaya jual mesin basuh melalui blog. tu pun kawan yang beli..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Vaksinasi HPV – Langkah Pencegahan Kanser ServiksMy Profile

  25. betul tu. nak beli apa2 kat mudah.my kena berhati2 sebab tak ada feedback pembeli. barang murah bolehlah mintak pos. kalau barang mahal better COD.

    saya biasa jual kereta dengan motor kat mudah.my. terbaru baru jual basikal anak saya yg dia tak naik.
    Jom terjah post menarik dari Amirez ..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  26. saya kerap shopping online especially beli barang-barang menjahit, buku, kain & tudung. Mmg ada menjual brg di forum dan mudah.my. Tapi untuk beli barang elektronik dan baju tak berapa berani. Tp mmg kena hati2 jgk beli online sbb ada yg penjual dgn kita dia ok tp dgn org lain dia tipu plak, tuh yg sedap tuh.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Cuti dan Keperibadian Tuanku MuhrizMy Profile

  27. Setakat ni tiada pengalaman buruk membeli secara on line,semuanya ok sahaja.

    *saya pun ada jual barang online,jadi kejujuran 100% adalah sangat mustahak.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Masalah Samsung Galaxy S2My Profile

  28. saya biasa beli on9..mcm2 produk penah beli..baju…setakat ni alhamdulillah..xde yg xok…
    Jom terjah post menarik dari lin azlina ..Giveaway NewYear 2013 JiwarOsakMy Profile

  29. memang selalu beli online. mudah, senang. ramai yang boleh dipercayai ni.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 10 dari Jobdirumah.comMy Profile

  30. saya kenal lelong masa tahun 2008. Lelong la tempat pertama saya beli barang online. Mula² takut gak kena tipu. Tapi dah lama ketagih main super bit..hahahaha
    kekadang penghantaran melalui skynet bermasalah untuk kawasan pedalaman macam saya ni. Orang skynet tak tau jalan nak hantar barang tu kat rumah saya. Kecewa sebab kena keluar ke bandar untuk amik barang tu..haish..pengalaman..
    Jom terjah post menarik dari sharafie ..Lelaki Bujang Bila MelepakMy Profile

  31. Salam, terima kasih Kak jie, tips ini amat berguna. Saya juga pernah membeli barangan secara online. Setakat ini Alhamdulillah saya berpuas hati.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Kerana Kasut Yang HIlangMy Profile

  32. Dulu masa di UK memang beli online selalu..tempat kegemaran ebay dan amazon….now, beli juga online, tapi mana2 yang rasakan selamat dan kena dengan selera
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Pelancaran Model Terbaru Suzuki Swift @ Setia Gemilang Auto Sdn BhdMy Profile

  33. Alhamdulillah setakat hari ini belum ada pengalaman pahit lagi shopping online.
    Saya dan isteri juga berniaga melalui online juga maka kami amat menitikberatkan servis yang terbaik.
    Kalau kita tidak mahu perkara yang menyakitkan hati berlaku kepada kita kenapa kita perlu menyakiti hati orang lain, inilah konsep yang saya selalu pegang.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Rojak Ayam Tunas Manja Temerloh.My Profile

  34. syaifuddin alias says:

    saya tak pernah lagi shopping online..sebab tu tak ada pengalaman dalam bidang ni..hihi
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  35. bagus tips akak ni..thanks….banyak kali beli online… 2 kali services lambat…
    Jom terjah post menarik dari bitt ..DoubleIS 1st bowlingMy Profile

  36. saya dan suami antara online shopper tegar… dan sy juga seorang online seller, kjie.

    pengalaman suami, pernah ditipu di mudah.my juga. so lebih berhati2 di situ, akan tetapi lelong.com mmg terbaik reputasinya ;)

  37. Memang Kak Jie banyak pengalaman dalam membeli secara online ni…terima kasih kak jie sudi berkongsi tip2 berguna membeli belah online ni. Ini yg bestnya lepak2 kat sini… =)

    “….berhati-hati kalau barang yang ditawarkan itu harganya tak masuk akal…” Ini skill hidup yg perlu kita hadam betul2…byk perkara yg boleh kita aplikasikan kenyataan Kak Jie ni..terbaik!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Celoteh Kakak #8 Ayam?My Profile

  38. pengalaman saya.. menjual barang terpakai semua kat blog. pernah sekali ade member mintak tolong promotekan tungku elektrik. sampai sekarang orang dok call dia tanye pasal tungku elektrik tu. tapi sayangnye dia dah lame tak ambik produk tu. Bila ditanye macam mane boleh dapat contact member saya, pelanggan tu jawab dari blog saya. hahaha.. bangga jugak la.

    sama issuenye dengan penjualan lense terpakai tempohari. orang tu bagi kepercayaan bankin kat saya sejumlah wang yang besar semata-mata nak dapatkan lense samyang saya. jadi memang rasa bersalah sebab delay hantar pos. tapi, sebab dia bankin hari jumaat, saya agak kelam kabut pada hari tu. kemudian call buyer tu.. cakap mintak maap sebab lewat. mintak tangguh hari isnin baru pos.

    elok je dah post… terus sms dan mms gambar bukti resit post laju. kita risau jugak la orang tak percaya kat kita. sebab kita meniaga base on blog kita. bukanlah motif mencarik makan kat blog… tapi sedikit kecuaian kita, boleh mencacatkan kepercayaan orang kat kita.

    setakan ni, semua aksesori komputer dan kamera yang lama saya.. saya tolak kat blog.. dan saya sendiri jumpa customer untuk COD kalau mereka dekat area KL. Tanak rosakkan imej blog dan kepercayaan orang kat kita. tak elok tu. orang dok mengharap… kita tangguh-tangguhkan.

    doser tak? rasanya tak bagus macam tu kan… so far setakat ni dah banyak saya tolong promosi jual barang member kat blog… ini termasuklah kereta myvi. sampai member saya siap mintak tolong edit balik tajuk post supaya bertajuk – TELAH DIJUAL… kalau tak edit… orang dok call dia je. hahaha.. susah kan.. macam tu.

    sekian cerita dan pengalaman saya berniaga kat blog.
    p/s: masih tak melebihi jumlah patah perkataan entri tuan rumah.. kira normal la tu kan? :p

    -Azman Ishak-
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..AMANZEDU & JomSocial – Pengenalan Kepada Kepenggunaan Teknologi MobileMy Profile

Trackbacks

  1. Pengalaman Membeli Belah Online | Hidup Biar Sedap says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Pengalaman Membeli Belah Online | Hidup Biar Sedap [...]