Pusat Jagaan Kucing Omiey Home Didenda

Seorang pemilik pusat perlindungan kucing dan pekerjanya telah didenda RM800 dan RM300 kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada 17 kucing di bawah jagaan mereka secara melampaui batas.

Norhazlin Ibrahim ( dalam dunia online lebih dikenali dengan nama Melissa Ridz ) dan pembantunya telah dikenakan denda elepas mengaku bersalah terhadap kesalahan itu di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Lot 6, Jalan 01/08, Kampung Melayu Kepong, Kepong di sini, kira-kira 11:30 pada 3 April.

Jabatan Veterinar pasukan Wilayah Persekutuan (JVWP) telah memeriksa Omiey Home dan menemui 17 kucing dikunci dalam keadaan kotor di dalam sangkar yang berbau bersama 183 kucing lain. Empat daripada 17 kucing ditemui mati.

Screenshot_4

Berita penuh : Cat shelter owner, worker fined for animal neglect

Apa sangkut pautnya Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Kepung tu dengan saya?

Memang ada sangkut pautnya…. sebab 2 kali saya ada menghantar anak kucing yang dijumpai ke Omiey Home. Kes pertama di sini – Ibu Tumpang Yīn & Yáng Berjaya Ditemui. Pada masa ini, setiap ekor  kucing dikenakan bayaran RM 30.

 

Pihak Omiey Home juga mengutip derma di laman Facebook

anak kucing yang pernah dihantar ke Omiey Home ( Yīn & Yáng  )

anak kucing yang pernah dihantar ke Omiey Home ( Yīn & Yáng )

untuk membiayai beberapa projek mereka yang didakwa untuk kebajikan kucing.  Bayaran dikenakan untuk kos penjagaan kucing sebelum diserahkan kepada keluarga yang akan membeli kucing² tersebut.

Saya faham dan boleh terima mengenai bayaran yang dikenakan kerana kos penjagaan kucing bukanlah murah.

Kes kedua bila saya hantar Natalia tetapi tak sampai hari, petangnya saya pergi semula ke Omiey Home dan ambil anak kucing tersebut. Kisah sedih mereka saya abadikan dalam entri – Julie, Camo dan Natalia Kembali Bersama

Waktu ini bayaran telah dinaikkan. Pusat Jagaan Kucing Omiey Home mengenakan  bayaran RM50 untuk setiap ekor kucing.

Saya hantar kucing yang dijumpai ke sini kerana feedback yang baik yang saya baca dalam Facebook dan tak sangka beberapa bulan sebelum ini ada beberapa laporan negatif yang diterima mengenai Omiey Home. Waktu itu saya masih berdiam , membaca tanpa membuat apa-apa pandangan.

Hari ini setelah perbicaraan selesai di mahkahmah dan keputusannya pemilik Omiey Home  mengaku bersalah dan didenda. Kalau nak tahu kes sebelum ini secara terperinci, bolehlah Google.

Semoga anak kucing yang pernah saya hantar ke Omiey Home tidak menerima nasib yang menyedihkan dan sekarang ini hidup dengan bahagia bersama keluarga baru.

 

  1. Ya Allah saya beru terbaca dalam blok ini, Saya juga dua kali ada serahkan kucing saya burmese breed dengan dikenakan bayaran RM 50 ringgit se ekor, Sedih nya kalau di buat macam tuuu….. satahu saya makanan untuk kucing kucing di sana ada sumbangan dari luar…. dan saya telah diyakin kan oleh mereka semua kucing di bawah jagaan mereka open for adoption itu yang buat saya berikan kucing kusing saya tuuu…… bebanding dengan tempat tempat lain di mana kucing they are put in to sleep … kalau dah lama disimpan. Semoga Allah peliharalah dan lindungi keselamatan kucing kucing di sana………. Besar pahala nya kalau dijaga kucing tu betul betul dan Sumber kewangan akan datang tanpa disangka sekiranya betul cara nya.

  2. kesian kat kucing-kucing tu.kenapa lah ada manusia yang sampai hati buat macam tu.

    salam perkenalan kak,jemput ke blog nana 🙂

  3. Sedih betul dengan manusia sebegini.

    Sanggup zalim terhadap makhluk ciptaan Tuhan.

    Kucing tu pun macam manusia juga nak hidup sejahtera. Baik tak perlu buka pusat jagaan kucing ni. Zalim pada diri sendiri jugak, yelah kalau dah buat salah konfem masuk penjara / kena denda / saman.

    Fikirlah malunya.
    Jom terjah post menarik dari Asyraf Asri ..Saya Nak Pegang Anjing, Boleh?My Profile

  4. saya pernah ambil kucing yang depa buat give free kat Mydin Ipoh tempoh hari. rupa-rupanya kucing tu dah ada virus dalam badan mereka.3 ekor yang diambil..3 ekor mati satu persatu nampaknya.

    kalau macam tu la ceritanya, sedih sungguh..baik bagi kat kawan saya je jaga.:D
    Jom terjah post menarik dari reezluvmedia ..Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

  5. Kesian pulak dengan kucing2 ni…kalau tak pandai nak jaga baik lepaskan ajer dia..pengajaran buat pusat penjagaan kusing yg lain..ada kes mcm ni baru semua org buka mata sket..
    Jom terjah post menarik dari Zul ..Kedai buat banner murahMy Profile