Mee Kari Sedap Mak Long

mee kari sedap

Cerita-cerita tengang outing tak dirancang bersama blogger dan keluarga mereka baru-baru ini, adalah yang bertanya tentang Mee Kari. Baca entri kisahnya di sini – Mangkuk Sia Blogger di Tasik Perdana

Komen yang diterima dari anak-anak sendiri, sedap katanya.

Apa resepi mee kari sedap tu?  Jom kita memasak hari ni.

Bahan Mee Kari

  • 2 peket mee kuning di rebus. ( kalau jemputan ramai, lebihkan )

Bahan Kuah Mee Kari

  • 1 kg ayam dipotong kecil
  • 1- 2 kg kerang direbus dan ambil isinya
  • 200gm udang ( saya guna udang kulit keras ) – dibersihkan dan kulitnya direbus. Simpan air rebusan untuk kuah
  • 4 keping fish cake dipotong sederhana nipis
  • 1 peket fish ball dibelah dua.
  • 1/2 cawan serbuk kari daging
  • 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar
  • Garam secukup rasa

Bahan Menumis

  • 3 bawang merah hiris nipis
  • 2 bawang putih hiris nipis
  • halia dihiris nipis
  • bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • Daun kari ( kalau tak ada, jangan risau….mee kari tetap sedap )
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tambahan

  • Telur direbus
  • Sawi dipotong dan direbus
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili merah dipotong nipis
  • Daun sup & daun bawang

 

Cara Masak Mee Kari

  • Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
  • Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
  • Masukkan air rebusan udang.
  • Bila mendidih, masukkan kerang, udang , fish cake dan fish ball
  • Masukkan ubi keledek yang telah dikisar
  • Masukkan garam secukup rasa.

 

Bab-bab kuah mee kari ni, kena agak-agaknya banyak mana.  Kalau mee 2 peket, kuah tu dalam 4 – 5 liter dah cukup kot.

Apa rahsia Mee Kari Mak Long sedap?

Sedap tu subjektif.  Rasa sedap setiap orang berbeza.  Rahsia mee kari sedap adalah kerana saya letakkan ubi keledek sebagai pemanis dan air rebusan udang.  Saya suka gunakan udang yang berkulit keras bukan udang isi putih.  Udang kulit keras lebih kuat rasa dan bau udangnya.

mee kari sedap mak long

Satu lagi rahsia mee kari yang sedap ,  kena makan bersama kawan-kawan blogger atau saudara mara atau jiran tetangga.  Kalau makan seorang tak berapa nak sedap.  Cubalah, mesti ada bezanya.

Lokasi kita makan juga menentukan level kesedapan mee kari tersebut.

Dah tau dah rahsia mee kari yang sedap?  Kalau dah… apa tunggu lagi, pi la masak….!

 

Apesal Tak Klik?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge