Resepi Dan Cara Masak Chicken Cordon Bleu

Resepi Chicken Cordon Bleu dan Sup Cendawan ini sebenarnya saya buat minggu lepas tetapi malas nak update dalam blog.  Tadi waktu kelas Muffin, ramai pula kawan-kawan yang request suruh update dalam blog.

Selalu  terima request dari blogger untuk buat tutorial atau tips blogging, tetapi kali ini dari kawan-kawan offline.

Segan juga sebenarnya nak beritahu saya ada blog… bukan mudah untuk menerangkan tentang blog kepada bukan blogger.

 

Ok.. mula-mula kita buat sup cendawan.  Sediakan bahan-bahan dulu.

Sup Cendawan

  • 2 tin cendawan butang  ( ambil cendawan, buang airnya )

1½ dicincang kasar
½ dicincang halus

  • 3 helai daun bay
  • 50 gm butter
  • 4 sudu besar bawang holland
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 8 cawan air
  • 9 cawan susu penuh krim
  • chicken stock secukup rasa
  • daun parsley dan black paper

 

Bahan Pemekat ( Roux )

Cairkan 50 gm butter , kemudian masukkan 100 gm tepung gandum.  Kacau sehingga sebati.  Biarkan sejuk.

Buat Roux sementara menunggu sup kita sejuk.  Roux boleh disimpan dan digunakan bila perlu di lain kali.

Cara Memasak Sup Cendawan

  • Cairkan butter, tulis bawang holland dan bawang putih.  Bila terbit bau, masukkan cendawan yang dipotong kasar.
  • Masak sebentar, masukkan daun bay dan air.
  • Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan biarkan sejuk.

cara buat mushroom soup

  • Bila dah sejuk, kisar hingga hancur.
  • Masak semula bersama ½ tin cendawan yang dipotong halus.
  • Masukkan susu dan stock ayam.  Biarkan mendidih.
  • Masukkan bahan pemekat ( roux ) mengikut kehendak sendiri.  Boleh masukkan sedikit daun pasley dan black paper sesedap rasa.

mushroom roux

Gravy Mushroom – sos perang yang disiram atas ayam

Bahan-bahan

  • 1 tin cendawan butang di potong halus
  • 4 sudu besar bawang holland
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 50 gm butter
  • 150 gm brown sos knorr
  • 8 cawan air
  • 4 cawan susu penuh krim

 

Cara -cara memasak Gravy Mushroom ( cara memasak brown sos)

  • Cairkan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga terbit bau.
  • Masukkan cendawan , masak hingga ada sedikit air.
  • Bancuh brown sos dengan separuh air dan masukkan ke dalam tumisan cendawan tadi.  Kacau sebentar dan masukkan baki air.
  • Biarkan sos menjadi sedikit gelap dan masukkan susu.  Kacau hingga pekat.  Masukkan roux jik perlu lebih pekat.

 

brown sauce chicken cordon bleu

Saya tak sempat pula nak ambil gambar gravy mushroom ini.  Tetapi inilah brown sos knorr yang digunakan.  Saya snap untuk simpan dalam telefon, senang untuk rujuk bila mencari di pasar raya. :D

Sup semua dah siap.  Bahan utama menu ini semestinya ayam.

Chicken Cordon Bleu

  • 4 keping ayam bahagian dada di buang tulang
  • 100 gm bread crump
  • 100 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • 4 keping chesse slice
  • Minyak masak.

 

Cara Memasak Chicken Cordon Bleu

  • Ayam dibersihkan, buang kulit.
  • Tebuk bahagian tengah dan gaul dengan garam dan lada sulah.  Hati-hati jangan sampai tebukkan tersebut berlubang.
  • Kepingan cheese dilipat empat dan dimasukkan ke dalam tebukan tersebut.

  • Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras di bancuh dengan sedikit air.
  • Gaul ayam di dalam adunan bancuhan tepung dan golekkan di dalam bread crump ( serbuk roti )
  • Goreng api perlahan di dalam minyak yang penuh.

chicken cordon bleu keju

Bila dah siap, hidang bersama coleslaw dan roti perancis.  Resepi untuk buat roti perancis di sini >  Resepi Roti Perancis

gambar chicken cordon bleu

Nota : Krim disapu pada roti

  • 100gm butter
  • 1 sudu besar lada hitam
  • ½ sudu besar oregano
  • ½ sudu besar chicken stock
  • ½ sudu parsley
  • ½ labu bawang putih yang dicincang halus.

Gaul semua bahan dan sapu pada roti yang dipotong bulat.  Bakar 5 minit.

 

Siap juga saya tulis resepi , sebenarnya tak berapa rajin untuk update resepi sebab nak menyediakan gambar pun ambil masa. Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

Kebetulan kertas resepi saya dah rosak tertumpah air – nak tak nak kenalah menaip juga di blog untuk simpanan diri sendiri sambil berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Terimakasih Cik Syerie Noer Hidayaty  dari Kolej Komuniti Hulu Selangor yang menyediakan resepi dan mengajar kelas tersebut.  Saya dah buat chicken cordon bleu ini di rumah, menjadi dan anak-anak pun suka!

Hujung minggu ini suami balik dari outstation, bolehlah bergaya macam masterchef :D

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. bnyak nya nak kena bt..
    tp nampak sedap palk…
    nyam3…
    Jom terjah post menarik dari syaiful ..How To Make Money From Mobile AppsMy Profile

  2. wah! sedapnya..tgh lapar2 macam ni.. dapat Chicken Cordon Bleu mmg terbaek la !!

  3. saya mau mempraktekkan di rumah juga agar masakan saya bisa lebih bervariasi dan tidak bikin bosan
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create CSS Social Media Button With Tooltip and Hover EffectMy Profile

  4. Nampak sedap..pandai kak jie kan?hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  5. Tgk dah sedap..hehe
    Tumpang salin ek kak jie…nak bergaye juge…hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Download ebook SEO Percuma!My Profile

  6. fuhh, nampak menyelerakan sungguh!
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Terima kasih kerana menyertai Contest SEO 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  7. Sayang suami semakin meningkat-ningkat tingginya.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013My Profile

  8. Alangkah bahagianya suami apabila di sambut oleh isteri dengan masakan yang menyelerakan.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013My Profile

  9. mcm sedap dari kfc niii… boleh cuba buat ni..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Nafsu & AkalMy Profile

  10. Tampaknya sangat enak,… boleh dicoba resepnya. makaseh.
    Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Whulandary Herman Putri Indonesia 2013My Profile

  11. Nyam..nyam.. sedapnya… :)
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Rezeki Locum RM1120My Profile

  12. nice, hujung minggu ni saya nak mintak tlg mak saya buatkan lah.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !My Profile

  13. Cordon Bleu ni peberet ni, setiap kali terjah SR mesti order Cordon Bleu, memang addict, tp nak buat cam tak berapa reti je..heheee
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Pencapaian terbaik sepanjang 2012My Profile

  14. hoho..nampak macam sedap ajee…
    Jom terjah post menarik dari titan ..Kenapa mesti cendol?My Profile

  15. Wah nampak menarik cordon bleu tu. tp yang paling nak tau demi glaze (yang dalam gambar) tu senang ke nak dapat kat pasaraya?
    Jom terjah post menarik dari SR ..Petua Hilangkan Kuning BayiMy Profile

  16. Lengkap sekali resepnya..
    trims atas share menu masakan di atas ni
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi dan Keluar dari Google SandboxMy Profile

  17. sedapnya,, especially bila tengok ayam tengah digoreng tuh.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Pengsan Sebab Terlalu BerpantangMy Profile

  18. teringin nak buat ni…tapi suami saya tak suka cendawan…so kalau buat ni makan sorang2 jela plak…tak best..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Tarikh Pilihan Raya Umum 13My Profile

  19. wahh..leh la pos ke banting sikit..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

  20. wah… nengok je memang best. rasa macam bersemangat nak ngikut. tapi bila tengok cermin diri sendiri, hahaha, tak pelah … :)
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..cinta itu di mataMy Profile

  21. Kalau original resepi dorang (bukan islam) letak brandy sebab sempena nama brandy condon blue. :) kita org islam mmg tak letak lah bahan masakan haram :)
    Jom terjah post menarik dari azmanisma ..Lelaki KacakMy Profile

  22. rajinnya…..15x. hehehe

  23. Rajinnye akak masak. Mesti sedap ni kan?? Terus terasa lapar perut nih..hehe
    Jom terjah post menarik dari Sara ..Koleksi Blouse & T-Shirt Plain CantekMy Profile

  24. Tengok bahan pun akak tahu sedap resepi ni..
    Jom terjah post menarik dari akak mah ..Selamat tinggalMy Profile

  25. rajinnya kak jie masak hari nih.. ayam sudah habiskah??
    itu mushroom soap look superb…
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Good bye Tum TumMy Profile

  26. Dapat masak sendiri, puas hati, terutama untuk suami tersayang.
    Lepas ni bolehlah kita tukar-tukar resepi…
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Cara paling comel membuat Blueberry Cheese TartMy Profile

  27. Amboi kak Jie. Menyelerakan melihat gambar-gambar kalau rada roti Perancis boleh buah cicah sup Cendawan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Video promo Proton P3-21AMy Profile

  28. kalau rumah dekat dengan kak nie ingat nak makan tengahari kat sanalah..hehe

    p/s : ehh..kalau depa blogger agak mustahil tak kenal kak jie..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Kita Patut Malu Kalau Berinternet berjam-jam kita sanggup….My Profile

  29. confirm lepas ni kalau nak masak, buka blog kak jie cari resipi ;)
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Cek Nuffnang ke 11 sudah sampai =)My Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam