Hati-hati Kalau Nak Buat Kejutan Untuk Isteri

gelang emas anak dara

Hari Sabtu masa bersiap siap nak ke majlis perkahwinan Eny & Zelo, saya ternpandanglah tangan Intan yang bergelang emas. Buka main kau… dah macam mak-mak. Saya yang mak-mak ni pula tak pakai apa gelang seurat pun.

Sebenarnya kisah gelang tangan emas seurat tu ada kisah romantik yang kelakar. Saya share untuk kita-kita ajelah, sebagai selingan hari Isnin.

Kisahnya berlaku akhir bulan lepas sewaktu kami sekeluarga bercuti ( baca : Sewa Apartment 2 Bilik Di Pork Dickson ).

Sewaktu makan malam sekeluarga kami 5 orang di tempat penginapan, kami adakan sesi luah perasaan. Ini perkara biasa kalau kami berkumpul sekeluarga. Masing-masing akan bercakap tentang diri dan apa saja yang nak diluahkan.

Sewaktu giliran suami, dia cakap ada kejutan.   Ada hadiah untuk saya. Terujalah kan, siapa tak suka kejutan sebab rasanya dalam suasana gembira macam ni tak mungkin ada kejutan yang sebaliknya, mestilah kejutan yang best.

Dia keluarkan rantai tangan ini dan minta dihulurkan tangan.  wah…. perempuan mana tak suka barang kemas, kan.  Menggebu-gebulah rasa cinta sambil hulurkan tangan.

sepasang burung

Macam babak romantik drama tiap petang tu kan…. tapi kali ini pasangan lewat usia di depan anak-anak dalam majlis keluarga.  Kali terakhir dia buat kejutan Habib Jewel masa kali pertama balik selepas bertugas di Algeria.  Penghargaan untuk seorang isteri yang sering ditinggalkan, katanya.

Sambil gelak ketawa anak beranak tu, sambil tangan dihulur dan sang suami sedang memakaikan isterinya rantai tangan emas tiba-tiba ….. jeng jeng jeng!

Tak celuih!

Rantai tangan tu tak muat untuk dikancingkan pun.  Macam kena prank! Lagi kuat kena gelakkan. Anti klimaks betul.  Patut ending romantik, sekali jadi lawak mega.

Cubalah korang bayangkan…. adengan romantik kat meja makan sepasang kekasih lewat usia cuba menyulan cinta menyemai kasih tetapi endingnya macam ni…..bayangkan orang lainlah

Nota :  Tak dapat pakai gelang emas tu tak sesedih bila sedar tangan memang gemok ~ ha ha ha

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. hahaha kesian kakjie … tgn gemuk tu tk leh terima ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Majlis Pelancaran Nutri Shinewhite Dari Medina Essential.My Profile

  2. Hahaha. Memang kelakar. Takpe, yang penting memang niat nak bg hadiah :D
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..4 Tips Bertenaga Bagi Ibu MenyusuMy Profile

  3. waduh kenasipan nie..memang betul-betul takde rezeki nie..
    Jom terjah post menarik dari shahfir ..BUAYA PANGGANG MENU MAKAN MALAMMy Profile

  4. Sangat tragis kak jie. Tapi takpa leh buat lain. Hihihi
    Jom terjah post menarik dari profhariz ..Blog Kurus, Cerita Diet Plan Mesti Badan Sado?My Profile

  5. xpa, itu x disengajakan, yang penting dia belikan dengan niat untuk isteri kan
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Cara Membuat Sambal Hitam PahangMy Profile

  6. menteil says:

    *komen tiada kaitan dengan enty;

    Smart sungguh tema blog ini. Hee..

  7. Sedihnya kejutan pakai gelang emas tidak menjadi. Lain kali cik abang perlu ukur saya pergelangan tangan senyap-senyak. :-)
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Jangan lupa baca buku edisi khas DenaihatiMy Profile

  8. haha..boleh pulak x muat
    Jom terjah post menarik dari Car Rental Kuala Lumpur ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), MalaysiaMy Profile

  9. hehe…sangat anti klimaks dan sangat sadis, mungkin dimata sang suami masih melihat kujie yang zaman berchenta dooloo-dooloo
    Jom terjah post menarik dari azam rashid ..Duhai hati jangan terus bersedihMy Profile

  10. Haha suspen sungguh, ending gelang rupanya tak celuih..
    Kalaulah boleh coverline kan, tak lepas gelang, bagi cincin pulok.. wah.. :P
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Pengalaman Pertama Solat Sunat Istisqa ( Solat Minta Hujan )My Profile

  11. Rezeki Intanlah jawabnyer hehehe…
    Jom terjah post menarik dari azman ..Percutian ke Bali # Hari KeduaMy Profile

  12. Saspen sungguh! LoL

    Lain kali bagi hadiah iPad mini je. Tak perlu ukur tangan ;)
    Jom terjah post menarik dari Edwin – Salam Media ..Peraduan “Aku dan Kereta” dari RichPlan4UMy Profile

  13. ini memang kes sadislah adakah abang dah lama tak ukur tangan?? Next time kena check betul-betul tu abang nasib baik ada anak dara boleh lah turunkan …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Tips jumpa bakal maduMy Profile

  14. kelako k jie… abis cam no tuh…
    Jom terjah post menarik dari cik lily putih ..007 Sebab Belog Aku GEMPAKMy Profile

  15. hahaha lawok lawok, ini kes sang suami membayangkan pergelangan tangan si isteri masih seperti 10 tahun yang lepas
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..bahagia sebagai isteri ke duaMy Profile

  16. hahaha..sangat comel.. epic sungguh kejutan tu kak..

    teringat mak saya pernah cerita.. ayah saya belikan dia baju..konon nak bagi surprise.. sekali baju tu singkat nampak pusat..hihi..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Pembukaan cawangan ke-100 Cleanpro ExpressMy Profile

  17. hihihi.. serius.. kelakar giler entri ni.. opsss.. sorry teman bukan nak gelak.. tapi memang kelakar entri ni.. aduiii.. geli perut teman ni.. maknanya en. suami kena ukur siap2 .. nanti taklah terjadi kejadian serupa akan datang hi2..
    Jom terjah post menarik dari TENGKUBUTANG ..SENARAI HADIAH DAN PARA SPONSOR (TENGOK2 JEA DULU…)My Profile

  18. Dan jadilah rezeki Inatn, tak pasal2 dapat hadiah terkejut…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Nasi Ayam BogelMy Profile

  19. Mmg ending yg mengacau jiwa btullah…

    niat nak bagi hadiah pun dah boleh buat hati isteri berbunga..betul ke kak jie?
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk KesihatanMy Profile

  20. adoilahhh…rugilah cmtu..hehe..sabor jela
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Percubaan Update Blog Guna HandphoneMy Profile

  21. Lama tak dengar.. tak celuih! Hehe. Patut lah rantai tangan tu jatuh kat intan kan. Jadikan tu motivasi utk kak ji kecilkan pergelangan tangan ;)
    Jom terjah post menarik dari fara ..Favourite Quote of The Week #11 – ForgetfullnessMy Profile

  22. hihihihi…..mmg kelakar.tu la erk makna nya kita ni makin berumur makin kembang.tu yang tangan pun ikut kembang….sy mmg x suka gelang.tp sy suka cincin.bila masuk kat jari sti tersangkut kat tgh2….rasa sedih sgt.tu yg azam tahun ni nk diet.hehehehehe
    Jom terjah post menarik dari liza ..Selesaikan Masalah Resdung AndaMy Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam