Mana Lagi Penting – Berkahwin atau Degree ?

Assalamualaikum kak jie. Hrap kak jie sihat. Maaf lah yea menganggu.   Tapi saya perlukan nasihat dari seseorang yang lebih berpengalaman dalam bab2 nie.

Sya nie bru je nk smbg bt degree kak,tapi pjj la.so mkn masa agak lama sampai umo 30 bru habis. 4thun. Jadi yuran nye memang agak mahal utk 1 sem,kalau diikutkan memang saya susah nak saving utk belanja khwin, kalau sya byr yurannya saja.

Dan sekarang ni,saya bercadang utk bertunang dan berkhwin thun depan. Dalam masa sama nak smpn duit utk kwin,tpi rse tk bleh sebab nak byr yuran utk stdy nie. Jadi sya amik kptsan utk berhenti stdy kak, tpi ramai yg cakap stdy lagi pnting. tapi sya klu bleh tk nk berkwn terlalu lama smpi sya umo 30thn. Ada yg ckp kwin dulu,then smbung stdy.

Jadi bg pendapat kak jie, apa yg harus sya lakukan yea? harap dapat membantu. terima kasih kak=)

Kesimpulannya

Dia dah bekerja, umur 26 tahun dan sambung belajar pengajian jarak jauh (pjj) untuk tempoh 4 tahun . Sudah ada kekasih dan merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

Dia ambil keputusan untuk berhenti belajar memandangkan kos pengajian yang mahal menyebabkan dia tidak dapat membuat simpanan untuk perkahwinan.

Ada yang cakap belajar lagi penting, tangguhkan dulu untuk berkahwin dan ada yang cakap, kahwin dulu.

Saya dah balas email ini.  Saya minta kebenaran untuk publish masalah  dia di sini.

Bagi pendapat anda, apakah keputusan yang terbaik untuk dia didalam situasi begini. Berkahwin atau sambung belajar?

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sy sedang mengalami masalah yang sama. sy perempuan. dah nak masuk 30 tahun. thun depan sy patut berkahwin, pada masa yang sama ditawarkan meneruskan pelajaran dgn biasiswa oleh IPTA top 5 di malaysia. Masalah sy extended sikit..sbb supervisor sy memerlukan sy berada bersama beliau tiap2 hari (walaupun student) untuk buat kerja admin…status sy by right fulltime student, bukan part time student, part time admin worker. sy bkan reject terus untuk bantu beliau, cuma harap beliau berikan sy masa sdkt kepada sy untuk buat kerja luar ( 2 hari seminggu ke..itupun bukan lama..dalam 2-3 bulan je) bg mencari rezeki untuk majlis kahwin. tidaklah grand, yang penting2 je..tp kena la ada duit jugak kan. jadi di sini dilema saya, yg perlu sy dulukan. duit belanja kawin takkan semua nak disandarkan pada mak bapak..sy masih dalam proses mencari jawapan..baik dari anda, kawan2, keluarga dan terutama Allah. tapi kdg saya rasa sy dah ada jawapan..cuma mungkin jawapan yang ada sesetengah org tak berapa nak suka. Pada sy, sy dahulukan yang dituntut. Sy yakin, dgn mencari redha Allah, urusan sy selebihnya pun insyaAllah, Allah jaga. Duit, jawatan dan status ni cuma atas dunia. Bukan tak perlu, tp sy takmau bersandar atas tu mcm it is my only saviour..sy rasa tu macam tipu diri sendiri. Kerana at the end of the day, Allah sebenarnya yang tetapkan benda tu. Tinggal nak acknowledge ke tak je. Bila hubungan dah halal, (bakal) suami sy pun support sy belajar lepas kahwin, dan family pun ok, insyaAllah..Harap2 sy dapat tempuhi ujian ni..

  2. Sy menghadapi situasi yg sama, dimana ibubapa sy menginginkan sy bkahwin krn usia sudah agak lanjut.. w/pun niat utk sambung belajar membuak2.. Selepas berkahwin, sy meminta keizinan suami utk menyambung blajar.. Alhamdullillah, suami izinkan.. Yg penting tanggungjawab terhadap keluarga, suami & anak tidak diabaikan.. Malah, suami saya juga seorang pelajar PJJ seperti saya.

  3. Bagi saya lagi bagus kalau dia mahu kedua-duanya sekali, apa salahnya nikah khitbah. bajet sederhana saja, kemudian sambil dia belajar, dia ada tanggungjawab untuk keluarganya dan isterinya, komitmen tu lagi tinggi.. masalah percintaan pun tiada masalah, dorang memang sudah sah. bagi saya nikah khitbah jalan terbaik tapi itu mengikut keadaan orang juga macam mana. jika tidak mampu dan tidak yakin pilih kedua-dua, lebih baik pilih salah satu antara kahwin atau belajar.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Indahnya pemandangan matahari terbenam Tanjung Aru (12 Gambar)My Profile

  4. alamak tajuk dah lamaa.. x pa br nak komen

    kawen sambil study, ada org yg boleh support duit dan motivasi ooi…pastu x buat menda2 x baik..
    Jom terjah post menarik dari aimaniman ..Tutorial Blogger : Kenapa False?My Profile

  5. Nabilah binti Kamazaman says:

    belajar sampai habis dulu bru kawin…..jgn x reti sabar nti menyesal….x sudah…kahwin lepas study x abis….huhuhu…..

  6. lepas kawen pun leh blajar lg
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Hanya Dua Benda Sahaja yang Mampu Menghilangkan Tekanan/Stress Atas Muka Bumi IniMy Profile

  7. yushi rieyn says:

    tapi belajar dulu..perempuan boleh dicari
    Jom terjah post menarik dari yushi rieyn ..Gempar ! Video Cikgu Shida Digodam !My Profile

  8. yushi rieyn says:

    time tu gaji besar 😉
    Jom terjah post menarik dari yushi rieyn ..Gempar ! Video Cikgu Shida Digodam !My Profile

  9. yushi rieyn says:

    setuju belajar dulu…. 😉
    Jom terjah post menarik dari yushi rieyn ..Gempar ! Video Cikgu Shida Digodam !My Profile

  10. kahwin dulu. Insya-Allah, ada rezeki nak sambung belajar.
    Benda baik, buat apa nak ditangguhkan. Belajar, bila-bila masa boleh.
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Lirik Lagu dan Video OST Ombak Rindu – Hafiz dan AdilaMy Profile

  11. wandisini says:

    setuju gak. kalau dah kahwin komitmen akan meningkat. masa terhad. so, study lah dulu. takut jodoh lari?? kalau ada jodoh tak kemana
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Projek BantalMy Profile

  12. perempuan? baca2 2-3 kali tak state plak jantina..isu sensitif juga kan bagi perempuan kalau umur dah 30 baru nak kahwin..
    tapi kalau dah ada plan nak kahwin,proceed je..orang cakap dah kahwin rezeki murah lagi..tapi kena ada support dari family la juga nak sambung belajar.. kan..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..IIUM Library Dilukis Dengan Cahaya Versi NewbieMy Profile

  13. Ini dia pengalaman orang yang dah kawin. Cari redha Allah dulu, ilmu selain yang fardhu ain boleh ditangguhkan.
    Jom terjah post menarik dari Akmalnizam ..Pengeluar Telekung Che’ Zan – Buatan MalaysiaMy Profile

  14. Kahwin dan belajar, 2-2 adalah tuntutan Islam, mana yg lebih di utamakan? Kahwin ni dapat mengelak fitnah. Belajar degree ni, ilmu kifayah. Dah 60 tahun pon bole belajar lagi. Tak kira masa sebenarnye. Kahwin awal bagus utk zuriat yg baik. Yg 40s, bahaya plak kepada si ibu dan anak. Jadi agama dahulu.

    Seperti isteri saya, yang baru 21 tahun dan masih lagi menuntut. Part rezeki tu, jgn risau, insyaAllah bulan-bulan cukup.

  15. Kahwin.

    InsyaAllah pintu rezeki dari Allah lebih luas nanti.

    Fikir positif =)

    & Istikharah dan pilihlah jalan yang Allah tunjukkan.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Raikan kawan, hindari lawanMy Profile

  16. syafiq_lomotech says:

    lepas tanya kak jie, laki ke pompuan. baru la boleh komen :mrgreen:

    untuk laki, boleh sebenarnya kalau nak kawen dulu pun. tapi perlu ada isteri dan keluarga isteri yang paham situasi la.

    so majlis tak perlu grand2 bagai. 😆
    so kunci sini, isteri perlu paham dan bantu. :mrgreen:

    moga dipermudahkan walau apa pun keputusan yang anda (orang tu) buat.
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..The Night MothMy Profile

  17. Cik Norfa says:

    Saya rasa dia boleh teruskan belajar. Malah kalau betul2 nak kawen, dahulukan sahaja yg wajib. Jadi tak perlu pikirkan sangat simpanan kawen.

    Sekruang2nya dia dapat menghalalkan hubungan dan teruskan belajar. Untung2 bila dah berkahwin suami boleh membantu. insyaAllah.
    Jom terjah post menarik dari Cik Norfa ..Saya Kecewa Dengan Simplisiti StudioMy Profile

  18. Saya suke jawapan ni. Kebenaranya memang ada. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Master Pak Pandir kini sudah mempunyai blog sendiriMy Profile

  19. Saya pun sokong juga. Kalau boleh kawinlah. Soal belajar tu insyallah Allah akan permudahkan segala-galanya. Mana tahu lepas kawin rezeki lebih baik.

    Kebiasaanya macam tu laa saya tengok orang yang kawin. Rezeki sentiasa melimpah ruah. Insyallah..
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Master Pak Pandir kini sudah mempunyai blog sendiriMy Profile

  20. “Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu” (Hadis Riwayat At-Thusiy)

    1. Berbincanglah dengan bakal suami, seeloknya yang membawa kepada pernikahan.

    2. Pernikahan sangat dituntut dlm Islam. Pendidikan juga penting, tapi pasangan yang halal lebih utama.

    3. Adalah lebih baik mati dalam berkeluarga, daripada mati keseorangan walaupun terpelajar.

    4. Usahakan untuk bernikah, kemudian belajar. Ingat, sijil tertinggi dan kerjaya di luar rumah bukan tanggungjawab wanita Islam. Tanggungjawab wanita Islam ialah mendidik keluarga dari dalam kediamannya sendiri.

    5. Dengan redha Allah, berkat rezeki akan datang.

    6. Usaha, doa, dan tawakal. InsyaAllah.

    Allah jua yang Maha Mengetahui.
    Jom terjah post menarik dari Sidqi ..antara Ramādhan Mubārak, coup de foudre, dan perihal antaranyaMy Profile

  21. Pacifista says:

    kawin kot lagi penting.rasanya kalau nak belajar lepas kawin takde masalah sangat.rasanya la…
    kalau belajar pulak,mesti kena tunggu lama untuk kawin lepas tu.takut pulak lepas tu takde jodoh pulak,dah frustrate menonggeng pulak.nanti sesal tak sudah…
    apapun hanya pendapat.tak semestinya ikut 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  22. saya pun sokong
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..balas membalas dengan mazidul akmalMy Profile

  23. “social clock” menyebabkan perempuan lebih ke arah mengejar kebahagiaan daripada pendidikan. situasi yang memberi tekanan {hal ini kerana ada yang menganggap wanita belum mencapai kejayaan kalau tidak berkahwin, walaupun berjaya mencapai peringkat tertinggi dalam pendidikan, atau kerjaya- yes, saya dengar dari mulut seorang pakcik, sounds like bias kan? }…

    berkahwinlah jika inginkan kebahagiaan kerana rezeki akan tetap ada =)
    Jom terjah post menarik dari heelskalerpink ..fictional boyfriends.My Profile

  24. apa pandangan bakal suaminya tu?…dakah pasangan ni betul2 dah bersedia utk berumahtangga?kalau mmg dah bersedia teruskan saja.lebih baik berkahwin drp terus berkawan tanpa sebarang ikatan yg halal.itu hanya menambahkan dosa.
    selepas kahwin boleh pertimbangkan utk teruskan pelajaran.berbincang dgn pasangan sb perkahwinan & pelajaran sama2 memerlukan komitmen yg tinggi.
    tak perlu takut utk belajar selepas berkahwin kalau diri sendiri betul2 bersedia & rasa mampu.ramai teman saya yg cemerlang walau berkahwin seawal tahun 2 di universiti & melahirkan anak semasa belajar.sokongan pasangan mereka memberikan keyakinan & kekuatan utk menempuhi cabaran pengajian di uni..
    best of luck…moga berjaya dlm rumahtangga,pelajaran & kerjaya.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..REZEKI NABILAMy Profile

  25. Pada pandangan saya, jika sudah bertemu jodoh yang sesuai, berkahwinlah dahulu. Hidup terasa lebih berkat & hati lebih tenang bila berkahwin.
    Jom terjah post menarik dari Liyana ..…Miss Call…My Profile

  26. tarmizishukri says:

    setuju. kalau dah kawin memang susah nak smbung, ramai member aku macam tu..

  27. Cikgu Hairul says:

    Saya mencadangkan agar dia berkahwin dan belajar dalam masa yang sama. Saya berpengalaman dalam situasi ni. Belajar pjj dan masa sem 1 saya berkahwin. Alhamdulillah walaupun banyak komitmen tapi percayalah Allah yang memberi masa. Kita cuma kena berkorban sedikit sahaja dari kesenangan yang ada. Bab yuran jangan memeningkan kepala untuk keluarkan duit poket sendiri. PTPTN, MARA, YPJ, KWSP semua tu boleh beri pinjaman. Cuma orang yang banyak alasan sahaja akan merasa tak mampu tanggung cabaran sebelum berjuang.

    Banyak kebaikkan yang kita dapat apabila bekerja dan berkahwin dalam masa yg sama belajar. Percayalah orang yang dah berkahwin biasanya keputusan pelajarannya lebih baik dari yang belum berkahwin. Tak percaya cuba dulu.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Payung Emas Oh Payung EmasMy Profile

  28. like 😉
    Jom terjah post menarik dari oni ..nothing then something ..My Profile

  29. kalau saya pilih kawin dulu… kalau tak mampu nak bayar yuran tangguh dulu semester. lepas kawin sambung balik. 😉 yang penting dia kena betul2 cekal nak hadapi macam2 rintangan nak habiskan belajar termasuk mengandung dan bersalin.

    kalau rasa tak mampu, habiskan belajar dululah…
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..30.11.11My Profile

  30. salam, mama nk ty Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20 dh kuar result ker yer??

  31. tapi umur dah 30 baru nak kahwin??? agak tidak bersetuju untuk berhenti belajar..tapi tangguh dulu ok la…

    Dalam masa yang sama kahwin dulu tu bagus juga…sbb bukan umur dah 30 baru nak kahwin…
    Jom terjah post menarik dari mazuki ..‘Doktor’ Guna Campuran Simen Suntik Punggung PelangganMy Profile

  32. saya rase habiskan belajar dulu..
    kalau dah kawen ,banyak komitmen n malas untuk belajar…
    tapi, terpulang…takut kekasih pulak x faham..kene bawak bincang betul2…;)
    sekadar pendapat
    Jom terjah post menarik dari kedaikasperskyonline ..BUFFERED EARNING KELIMA DARI NUFFNANG!!!My Profile

  33. Wah, ramainya yang suruh sambung belajar dengan alasan masa depan. Yes, kita kena merancang, tapi terlalu merancang tanpa ada kebergantungan kepada Allah dan merasakan bahawa perancangan pasti akan membuahkan hasil, akhirnya akan mendatangkan kekecewaan.

    Aku lihat orang sekarang takut-takut untuk hidup, takut tak lepas makan, takut dikata orang, takut dibuang kerja, takut ketinggalan zaman, dan macam-macam takut. Well, macam mana kita nak hidup dan bina tamadun jika masyarakat kita hidup dalam takut-takut.

    Masa zaman jahiliah di mekah, sifat takut-takut inilah yang membuatkan masyarakat beriman kepada banyak tuhan, menilik nasib, membunuh anak perempuan, dan menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana takut masa depan mereka terjejas.

    Aku tahu, kita mesti hidup dalam realiti, tapi sedarkah korang bahawa dunia ini sudah hampir ke penghujung, dan dunia realiti yang kita hidup sekarang ialah dunia palsu ciptaan dajjal.

    Tempuhilah dunia ini sebagai orang hidup, yang bukan setakat wujud.

  34. Aku sokong pendapat ini. 😉

  35. Saya berpandangan kahwinlah segera. Itukan saranan Nabi, 3 perkara yang mesti disegerakan, Solat bila masuk waktu, kebumikan jenazah yang telah disempurnakan, perempuan bila telah dijumpai jodohnya.
    Bila menikah syaitan akan nangis, takde lagi jalan untuk fitnah bagi pasangan laki dan perempuan itu.
    Komitmen setelah berumahtangga? InsyaAllah ada jalannya. Fikir positif.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Duduk makan bersama cendiakawanMy Profile

  36. Niat belajar tu boleh disimpan… jangan berhenti… mungkin boleh dilakukan penangguhan diatas program yang dilakukan kerana sekarang tgh bekerjakan(Maknanya pengalaman sedang ditimba2 dengan gayung….heheheeh) jadi untuk menghadapi masa mendatang dengan kadar kenaikan harga barang yang lebih tinggi berbanding gaji, lebih baik simpan niat untuk belajar…sebab selepas pengalaman, bos akan tengok gak kertas…

    apa apa pun, kalau kahwin… tanyalah dekat bakal suami tu boleh ke bertolak ansur. Rasanya ada banyak penerima ijazah(selalu dilaporkan kat dada dada akhbar) yang dah berumah tangga pasti akan cakap pengorbanan dan tolak ansur pasangan masing2…

    pasal komitmen bertambah, selagi kita boleh buat, teruskan jer…. kereta takkan berkilat kalau gosok ala kadar je…hehehehe
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Topik Baru: SRTB dan SKDMy Profile

  37. Secara realitinya saya berpendapat untuk memilih berkahwin kemudian apabila stabil baru sambung belajar peringkat ijazah. Beliau sekarang berkerjaya dan mempunyai pengalaman cuma perlu ijazah untuk mendapat jawatan dan tangga gaji lebih baik.

    Saya ada beberapa junior yang mempunyai Master agak susah untuk mendapat kerja kerana kekurangan pengalaman. Majikan di Malaysia memilih yang ada kemahiran dan berpengalaman.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday # – Stopping timeMy Profile

  38. bismillah..

    Pandangan yang tak seberapa ye hohoho..

    Dia dah ada kerja? Bagus..
    Dah ada calon suami? Bagus alhamdulillah..

    Saya rasa berhenti tu agak tak wajar.. tapi kalau tangguhkan pengajian je lebih baik sebab dia dah ada kerja dah pon..
    dan dah ada calon yang boleh dibuatkan suami dah.

    Kumpul duit sikit-sikit untuk kawen dulu ke.. lepas tu sambung balik belajar. Kalau dia teruskan belajar belum tentu lagi boleh habis umur 30.. dan tak tentu lagi umur 30 tu dia akan terus kawen..

    Pasal komitmen untuk sambung belajar lepas kawen tu insyaAlah boleh. Ramai je ibu-ibu, isteri-isteri yang sambung belajar bukan setakat pjj, full time student pon ada. cuba la cari, sembang-sembang tanya macam mana nak handle benda tu 🙂

    Sekian terima kasih
    Jom terjah post menarik dari topo ..Gambar Buah-buahan yang Comel dan KelakarMy Profile

  39. First skali dalam perkara ini, buatlah istikharah.

    Second, tanye diri, kita hidup nih untuk apa? Bukan kah kita hidup nih untuk beribadah kepada Allah. Jika dengan penangguhan kahwin dan meneruskan pelajaran adalah lebih baik untuk dunia dan akhirat saudari, maka teruskan. Namun, jika penangguhan itu boleh menimbulkan fitnah dunia dan akhirat, sedang calon suami yang ada sekarang dipercayai mampu membimbing saudari dari segi agama, maka berkahwinlah. Rezeki tu Allah yang bagi dan telah terjamin, so percayalah pada Dia.

    Third, ilmu apa yang saudari belajar? Adakah saudari yakin ilmu yang cuba dipelajari itu akan membawa saudari semakin hampir dan mengenali Allah, atau ianya adalah sebaliknya? Fokuslah untuk belajar ilmu yang akan membantu matlamat kejadian kita sebagai hamba Allah.

    4th, Belajar untuk meletakkan keutamaan. Apakah keutamaan dalam hidup saudari sebagai seorang hamba Allah? Persoalan begini sangat senang diselesaikan jika ada keutamaan.

    5th, Hidup ini terikat dengan takdir yang telah tertulis, qada’ dan qadar. kenalilah Allah, kenalilah diri, terimalah apa yang tidak boleh diubah, carilah ilmu untuk ubah apa yang boleh diubah, dan mintaklah petunjuk untuk membezakan keduanya.

    6th, akhir sekali “Tidak kan kamu merasa gundah, jika kamu tahu apa yang kamu cari”. Gud luck 😉

  40. saya rasa patut habiskan dulu belajar..nanti dah kahwin komitmen makin tinggi

    harap² beliau dah buat istiqorah banyak² 😀
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..GiveAway Kalendar Personal 2012 Kalis Air + 5 keping Gambar Saiz A4My Profile

  41. Assalamualaikum.

    Pada saya, tidak seharusnya dia berhenti belajar. Sepatutnya teruskan je. Macam saya buat dulu. Saya kahwin masa nak masuk Final Year degree. Alhamdulillah, masa tu suami menyokong sepenuhnya untuk urusan mencari ilmu.

    Untuk situasi dia, kalau bakal suami membangkang untuk mencari ilmu, lebih baik pikir sebaiknya. Apapun, berserah dan banyakkan berdoa pada Allah SWT. InshaAllah DIA akan menolong.
    Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Sistem Bekalan Air Di Arab SaudiMy Profile

  42. 1. Ilmu ialah harta yang bernilai. Lebih-lebih lagi ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Ketika Perang Vietnam, pemegang PhD, doktor dan jurutera yang menjadi pelarian mudah diterima oleh negara ketiga. Mereka yang tidak mempunyai apa-apa menjadi pendatang haram

    2. Keputusan berhenti belajar sangat tidak wajar. Belajar boleh diteruskan walau sudah berkahwin. Tetapi, yang menjadi pendorong atau penghalang ialaha pasangan. Pasangan yang bertimbang rasa akan membantu. Pasangan yang pentingkan diri sendiri akan menghalang. Jika ditimbangkan di antara belajar dengan bertunang/berkahwin, sudah tentulah belajar lebih penting. Sesudah berkahwin, pelajaran yang ada boleh membantu si isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada perkahwinan.

    3. Dalam dilema yang sedang dihadapi, jika tunang tidak berfikiran terbuka terhadap ilmu, perkara yang lebih wajar dilakukan ialah tinggalkan sahaja tunang itu dan carilah tunang lain yang berfikiran lebih positif terhadap belajar.

  43. Habiskan study dulu kalau dengan degree tu nanti membuka peluang yang lebih banyak (contohnya: gaji naik) dalam karier dia.

    Kalau kahwin, confirm nak sambung belajar belum tentu lagi bila boleh. Kena fikir pasal anak, beli rumah dan lain2 lagi
    Jom terjah post menarik dari ariff ..Malaysia Popular Hosting Plan ComparisonMy Profile