Sayangkan isteri

By Kujie, 15/08/2009 5:40 pm
…………… tinggal-tinggalkan.metro Sayangkan isteri

Mungkin lelaki ini menggunakan peribahasa popular tersebut untuk membuktikan kasih sayang dan keperihatinan beliau.

Tindakan nekad seorang lelaki melarikan diri bersama sebuah beg dengan meninggalkan isteri serta dua anaknya yang berusia 16 dan 13 tahun dalam kereta yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Atas Tol di Kuala Terengganu awal pagi semalam, menimbulkan tanda tanya.

Sebelum kejadian, lelaki itu yang menaiki Proton Perdana putih sanggup mempertaruhkan nyawa ahli keluarga dengan memboloskan diri dari sekatan jalan raya di Kampung Bukit, Chendering di sini, sebelum dikejar kereta peronda polis selama kira-kira 20 minit. Berita penuh – metro

Suami atau bapa jenis apa , entahlah. Walaupun rasa hairan atas tindakan lelaki tersebut,  tetapi sejak akhir-akhir ini telah  banyak berita tak terduga yang kita baca contohnya kisah ‘haruan makan anak’ atau penderaan seksual kanak-kanak kerana peratusan kes seperti ini  adalah dari orang yang dikenali.

Kalaulah suami saya buat macam gini…….nangis guling² tepi jalan tu!:cry: how dare you!

Post Lain Yang Berkaitan

53 Responses to “Sayangkan isteri”

  1. Nur Ainin@yahoo.com. says:

    alahai ciannya orang yang kene H!N! nie ini boleh menyebabkn kesemuan orang yang mati kan???.

  2. chekguBH says:

    erm…
    tu bukan laki…tu jantan kut…
    hampas…
    chekguBH´s last blog ..Berbusana Melayu & Berkopitiam… My ComLuv Profile

  3. shay says:

    sampainya ati dia buat isteri dan anak dia macam tu…
    shay´s last blog ..Seronoknya semalam.. My ComLuv Profile

  4. Kujie says:

    @Kreuger, isteri dan anak dia cedera pula tu…entah….selalunya org yg salah yg takut

  5. Kujie says:

    @BDewa, hahahahaha……….nujum Pak Belalang…

  6. samdaddycool says:

    kenapa mamat ni lari katak macam tu je tinggalkan anak binidia? dia bawak lari beg penuh dengan syabu ke daun ketum?
    samdaddycool´s last blog ..Agi Idup, Agi Ngelaban My ComLuv Profile

  7. BDewa says:

    Suami Jie tak akan buat macam tu. Yang BD risau Jie yang buat… tinggalkan dia tenggelam dalam kiolam air….

  8. kentank91 says:

    banyak r kemusykilan kat sini??
    nape die lari ngan beg isteri 2??..
    sekatan polis, pun nak cabut???.xwat salah rilek je r… :?:
    apa2 pun laki macam ney, aku rase ckit jew kat malaysia..huhuhu
    so untuk sume girlz, harap2 jangan baca post ney..(jangan marah Kujie)
    klu tdak, habis r saye…xdapt nak KAHWIN :cry:
    kentank91´s last blog ..sape nak Apple iPhone percuma? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @kentank91, huhuhuhu…..ini salah satu bukti dari beratus bukti bahawa……… senang sama-sama..susah biarlah awak seorang…:p

      tapi mcm mana pun dia lari..anak dan isteri tu dah jadi bukti pihak polih utk mengenali dia…adoilah..sedoh atau…..suami yg dijadikan tempat bergantung..dahan berpaut sanggup lari tinggalkan isteri dan anak mcm gitu je…

  9. Precious says:

    Tak paham. Dunia sudah gila. Ops .. penghuni dunia sudah ramai yg mereng.
    Precious´s last blog ..Jom Buat Duit Raya My ComLuv Profile

  10. maza says:

    walaupun tindakan beliau menimbulkan banyak kemusyilan dan soalan, tetapi maza yakin tentu dia ada sebab musabab yang munasabah …

    hmm .. mungkin juga sebba tersebut ada kaitannya dgn kasih sayang dgn isteri dan anak2 tersebut!

    saper tau kanzzz?!

    maza; i just trying to think positive gitew.. huhuhu
    maza´s last blog ..Selamat Tinggal Kawan! My ComLuv Profile

  11. nuaeman says:

    Banyak perkara di luar duga kita boleh berlaku di akhir-akhir zaman nih.. cinta n kasih dah semakin hilang pada sebahagian manusia.. mereka balik kepada apa yang berlaku semasa zaman jahiliah dulu.. dunia akan ranap bila-bila masa sahaja..
    nuaeman´s last blog ..Ku Cari Damai… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @nuaeman, tindakan lelaki ini adalah bukti nyata..boleh dinilai tetapi ada banyak lagi perlakuan yang boleh ditakrifkan sebagai penderaan emosi isteri kerap dilakukan oleh suami…cuma itu tak de bukti fizikal…kebanyakkan ” makan dalam “

  12. Lan Bingka says:

    aduhh…malangnya jadi ahli keluarga lelaki tak guna..
    Lan Bingka´s last blog ..Tioman 2009 My ComLuv Profile

  13. apa yg penting skrg hidup biar sedap,kalau ada laki yg tue..tinggalkan aje..x dpat jack..tak dapat..

  14. Kreuger says:

    sungguh aku sememangnya tak paham tentang perkara ni.
    ape kes yang dia lari macam tuh jer? pergi mintak tolong ke ape?
    Kreuger´s last blog ..Nak pergi Selayang. My ComLuv Profile

  15. Kak Long says:

    Aduhai…kasihan betul punya suami atau bapa yang macam tu! :evil:
    Kak Long´s last blog ..Ops Kantoi My ComLuv Profile

  16. unwanted says:

    ini patut mintak cerai je ni..ha3.
    jahat punya laki.
    unwanted´s last blog ..Water Color : Blogger Template My ComLuv Profile

  17. Eriyza says:

    Lelaki nih seswai sgt tuk jadik stunt.
    Kengkurang dapat gak pitih. :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Belasungkawa Ustaz Asri Rabbani My ComLuv Profile

  18. yonna says:

    tau xpe ma.entah apa punya suami mcm tu! :twisted: rasa nak lempang2 je. ***** nak mati!! eieiei pentingkan diri sungguh!
    yonna´s last blog ..Y532 : Bila Perlu Memilih My ComLuv Profile

  19. tekkaus says:

    Itu bukan suami mahupun bapa, itu…binatang…syaitan! Sejahat-jahatnya seseorang insan…tidak patut kita berpaling tadah dengan orang kesayangan kita. :???:
    tekkaus´s last blog ..Let’s Get it Started English Premier League! My ComLuv Profile

  20. kruel74 says:

    Apa ada dalam beg tu agaknya? Saya pandang kat situ je…anak bini boleh selamatkan diri sendiri…Jahat tak otak lawyer :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..How I love to work in a resort like where I have been… My ComLuv Profile

  21. Zymazara says:

    Kak Jie….

    Cepat tahan lelaki tu. Kak Jie tunggu kat sana, sy tunggu kat sebelah sini. Hihihihi……..
    Huhhhh, siap lari dgn beg gituuuuu.
    Macam2 ado.
    Zymazara´s last blog ..Perubahan Je, Bukan Perpindahan (Sticky Mode n3) My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Zymazara, org dlm keadaan terdesak mcm ni….takut arr….dia tak leh guna otak utk berfikir….tak leh dekat

      takuttttttttt

  22. ahmad says:

    dunia nak kiamat, manusia semakin jauh dari agama. Jantan keparat

  23. Tapi sy bkn lelaki seperti itu.. :mrgreen:
    MyDailyBlog.Info´s last blog ..Gerhana Pada Blog My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @MyDailyBlog.Info, tak perlu pengakuan ….walaupun bersumpah..skrg ni org tak caya lagi pengakuan2 sumpah2 mcm tu…hahaha

  24. iza~de~bintang says:

    erk…sayang sungguh jantan tu kat family dia yer… spesis apa pun susah nak agak.
    nauzubillah janganlah muncul makhluk camni dalam hidup kita semua :sad:

  25. megat says:

    adeh tak tahulah apa masalah lelaki tersebut. apa masalahnya hingga sanggup menggadaikan nyawa anak bini?

  26. zany says:

    letihkan dengar, kalau kat mahkamah tak de cerita lain dah. ada satu kes bapa hantar anak serah ke jant#n utk buat projek terkutuk & ada pula yang ngintai ramai-ramai, hah gila ke apa. kes di klang. kdg terfikir jugak, ni di zaman jahilliah lagi ke apa?????. Nauzubillah, jauhilah kita & anak2 cucu cicit.
    zany´s last blog ..Salah Pilih My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @zany, betul puan mahkamah…awak hari2 kat mahkamah mesti dah lali dgn berbagai2 kisah pelik manusia skrg ni, kan…

  27. denaihati says:

    pertama dia langgar sekatan jalanraya…kenapa tu???? kemudian accident bawa lari anak dengan beg tapi tinggal bini…mungkinkah bininya tersepit sehingga tak sempat nak bawa sama-sama…..aku ni lelaki tapi tulah kaum lelaki ni selalu buat benda-benda yg bini tak tahu kemudian yg sama-sama menanggung bini juga…..tapi aku sayang bini beb!!!!
    denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia My ComLuv Profile

  28. beliamuda says:

    lari menyelamatkan diri sendiri neh.. pengecut!
    beliamuda´s last blog ..(Gambar) Tawaran bulan Ramadhan My ComLuv Profile

  29. pligg.com says:

    Sayangkan isteri | Hidup Biar Sedap…

    Suami atau bapa jenis apa , entahlah. Walaupun rasa hairan atas tindakan lelaki tersebut, tetapi sejak akhir-akhir ini telah banyak berita tak terduga yang kita baca contohnya kisah ‘haruan makan anak’ atau penderaan seksual kanak-kanak kerana peratu…

  30. zaryl says:

    buat malu kaum je kan kakjie :lol:

    ini mesti kes dh buat salah besar ni. tp kesian kat anak isteri mamat tu.

    • Kujie says:

      @zaryl, anak2 dia tu dah remaja….malu dgn kawan2..ada bapa mcm ni..owh..

      kesiannya penderaan emosi juga ni :cry:

Panorama Theme by Themocracy