Kisah Tempahan Baju Kurung Biru
Peribadi

Kisah Tempahan Baju Kurung Biru

Hari ni kita cerita tentang Baju Kurung… ops… ini bukan cerita nak raya walau pun semalam saya dah dengar tanda-tanda kecil puasa iaitu iklan kurma Yusof Taiyoob di radio.

Dua tiga hari lepas saya nampak blogger berkongsi di satu group FB bercerita  pengalaman dia buat tempahan online beli baju kurung.  Dari bulan Mei sampai laaaa ni baju kurung idaman hati masih tak dapat.  Inilah risiko membeli belah online.  Semua orang dok berhati-hati, kadang-kadang tak terduga menempuh pengalaman kelat.

Kisah tempahan baju kurung saya pun tak kurang kelatnya, tetapi menjadi manis untuk Intan.

Dua bulan dulu saya hantar 4 pasang kain untuk tempahan baju kurung majlis perkahwinan adik bongsu ke tukang jahit tetap.  Dalam buku nota dia dah ada  ukuran, sesi ukur mengukur tu dah boleh skip.  Lagi pun dah tua macam ni, proses tumbesaran tak ketara sangat untuk 5-6 tahun.  Baju kurung mudah sebab ukuran tidak fit , longgar dan perubahan inci badan tak menjejaskan sangat.

  • 2 pasang untuk intan ( biru untuk kenduri dan 1 pasang uniform sekolah )
  • 2 pasang baju saya  ( biru untuk kenduri dan 1 jubah , kain dari Algeria …huhuhu…dah setahun lebih suami bagi, tak buat-buat lagi )

Hari Sabtu sebelum balik ke kampung, saya ambil baju kurung yang ditempah.  Jubah saya pakai, dua baju kurung warna biru masukkan dalam beg dan terus kami balik ke kampung.  Tak belek pun dah baju tu.

Esoknya selepas dah hilang penat memandu 380 kilometer, saya keluarkan semua kain baju dalam beg. Nak letak hanger dan gantung.

Bila keluarkan je baju kurung biru tu, terus menjerit dan terduduk dengan kecewanya!

Dua dua pasang baju kurung  biru tersebut , saiz Intan.

Habis nak pakai baju apa?

Tak faham macam mana boleh jadi salah faham macam ni.
Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Untunglah Intan dapat 2 pasang baju kurung baru, saya juga terpaksa pakai baju lama.  Spoil mood betul…

tempahan baju kurung
Tak ada baju kurung biru… ini adik saya  , gambar dari Pancaran Media.com

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Kisah Tempahan Baju Kurung Biru

  1. hahaha.. saya pulak kak, baju raya dah beli.. tapi terpaksa ikut kata anak2 pulak.. huhuhu

    mak ayah dah tak ada kwasa.. .dema semua pakat nak color emas.. mujur duitnya tak sama dgn nilai semayam mas sekarang utk sepasang.. uhuk!

    cerita punya cerita, baju raya kaler emas tu hanya ada utk anak2 kami aje.. terpaksa pulak mak ayahnya cari baju melayu hat kaler lain…. ingatkan nak sedondon macam “Boria Tanjung”. uhuk.. hahaha

    psst: mujur juga ada belanja sikit utk baju raya.. tahun sudah maza pakai baju pagoda dan kain gombang aje.. ahaks
    Jom terjah post menarik dari maza ..Boss bikin hangatkan badanMy Profile

    1. Opak ubi tu mak mertua saya buat.. kalau nak tau lebih lanjut kena tanya dia… saya ni menantu. Saya bukan orang jawa jadi tak pandai buat opak mcm ni…

  2. Setakat ini tidak berani menempah baju dan kasut secara online bimbang saiz tak muat. Mengenai penghantaran setakat ini urusan pembelian diatas talian sampai paling lama pun 3 hari bekerja.

  3. bertabah lah ya kak.
    rezeki intan lah dapat baju banyak tahun nii. hehehehe :p

Comments are closed.