Aug 27 2009

Weblog Popular 1Malaysia – Udang Geragau

Published by Kujie at 1:13 pm under Isu Semasa

Semalam hujan lebat, guruh dan petir berdentum sejak jam 4 petang. Cuaca yang sesuai untuk ‘buat taik mata patlima kilo’ tapi sebagai surirumah Domestic Engineer , saya ada praktikal di dapur bersama senduk dan kuali.

Talian streamyx yang manja terus merajuk macam anak kecil tak dapat jajan di pasar Ramadan. Talian semput macam siput puasa 24 jam!

Bila dapat peluang, tiada tempat lain yang saya preview selain dari blog ‘Hidup Biar Sedap’ ini selain memeriksa kotak emel. Ada yang berkirim pesanan bertanya tentang hosting, mengkhabarkan tentang perpindahan alamat url ( terimakasih umi – masih ingat Auntie Jie , terharu kerana masih diingati) juga memberitahu beberapa khabar gembira.

Emel kedua dari Kak Long yang mencalonkan saya dalam contest Weblog Popular 1Malaysia .  Terimakasih Kak Long atas penghargaan tersebut.

Ini adalah pencalonan ke-3 , antara mereka yang bermurah hati menyumbang satu entri dengan mencalonkan saya adalah :

  1. jentayutiara.blogspot.com
  2. adam-harith.blogspot.com
  3. mawarmerah2008.wordpress.com


Bila free saya reply emel Kak Long ye…sekarang bulan puasa, jadual saya agak ketat. Setiap pagi ada tadarus di surau sehingga jam 11.30 pagi.  Saya online baca beberapa berita terkini, jengok blog kawan-kawan, lepas  Zohor saya tidur sekejap.   Balik terawih pun dah 10.30 malam, kadang-kadang online sekejap mengintai dari tirai kamar.

Selain dari itu, saya menerima emel dari Editor Utusan Pengguna berkenaan entri saya  hangatnya udang geragau di bawah langit biru. Beliau berhayat ingin menerbitkan  kisah tersebut di akhbar Utusan Pengguna.

utusan pengguna

Pertama sekali, saya ingin beritahu bahawa post tersebut telah dikreditkan ke blog http://www.bluehikari.com/nikki/ dan entri lengkap mengenai udang geragau tersebut boleh didapati di [sini].

Saya berharap saudara Azizi dapat menghubungi sendiri saudara Rudy melalui blog beliau.

©Kujie – dalam minggu ni dah 2 kali buat cucur udang tapi bukan udang geragau …… tak sanggup nak telan!

Post Lain Yang Berkaitan

41 responses so far

41 Responses to “Weblog Popular 1Malaysia – Udang Geragau”

  1. Mak Suon 27 Aug 2009 at 1:23 pm

    Jie bukan saja surirumah, tapi juga domestic engineer yang berpengetahuan :)
    Mak Su´s last blog ..Kenapa? kenapa? My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Mak Su, near the engine… :lol:

  2. arinon 27 Aug 2009 at 1:32 pm

    kalau kat melaka, tepi umah arin nih..kalau musim geragau..selang 10 tapak kaki, org niaga udang geragau,sedappp..buat cucur..
    arin´s last blog ..Kuih Raya-Kellogs Honey Cornflakes My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @arin, kalau kita pasti org yg buat tu tak pa arin..ini tgoklah gambar2 tu..kembang tengkok nak telan :lol:

  3. yonnaon 27 Aug 2009 at 1:33 pm

    wah mama.siap ada editor utusan nak publishkan kisah tu haha.glemer :) tp tu lah.tu kan entry bluehikari hehe
    yonna´s last blog ..Y538: Kemaafan Dari Hati My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @yonna, itulah..cara baca akhbar dgn baca blog berbeza…kat blog rujukan yang kita buat dengan ‘link’ tetapi ramai yang tidak faham fungsi ‘link’ sebagai rujukan tambahan.

    erk….hari ni gambar Along ade keluar kat surat khabar Sinar Harian…riuh mcm murai :lol:

  4. mohdhanifon 27 Aug 2009 at 1:41 pm

    Aslam Kak Jie,sya dh baca entri tu,sepatutnya di hebahkan je satu Malaysia dgan menggunakan apa2 media skalipun,dah melampau sangat pengusaha udang geragau ni.tak memahami sensitiviti pengguna-pengguna beragama Islam.Mgkin ramai lg yg x tahu
    mohdhanif´s last blog ..Usahawan Bermusim Bulan Ramadhan My ComLuv Profile

    samdaddycool Reply:

    @mohdhanif, Sebenarnya kita perlu peka dengan menjadi pengusaha Muslim / memilih produk Muslim. Sebagai seorang Muslim, kita ada pilihan untuk mendapatkan yang diyakini atau ’sebat’ je mana ada. Kita diberi pilihan, bukan menerima kerana terpaksa.
    Dalam kes ini, pada si apek, tiada dalam kamus hidupnya istilah ’suci dan bersih’, yang dia tahu, sebelum masak basuh jadi bersih … Sebab itulah kita perlu sokong produk Muslim.
    samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @mohdhanif, tugas kitalah yang menghebahkan..sesuatu hal yang berfaedah untuk semua orang sepatutnya kita kena sebarkan..jangan sibuk tentang dunia artis saja :lol:

  5. mazaon 27 Aug 2009 at 2:25 pm

    huhuhu aku dengki… den calon kan ekau sbgi 1malaysia most popular weblog.. huhuhu

    sebb eh, ekau yo den konal.. dan dicalonkan gitew.. wakakka
    maza´s last blog ..Aku dan Ramadhan My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @maza, he he he…. dengki utk benda2 yg baik tak pa..

    tapi itulah….hantarlah hamper raya kat Kak Long ke, Tie ke…kot2 nnt dia orang akan buat pencalonan :lol:

    maza Reply:

    @Kujie,
    uiks! tu rahsuah.. kata SPRM, haram! haram! haram… karang kena campak dari Bangunan Tinggi Massalam .. payah gak lah .. huhuhuhu

    hehehhehe

  6. yonnaon 27 Aug 2009 at 2:56 pm

    dah dpt mama.tq! hahaha tahun ni semua kad sama saiz :mrgreen:
    yonna´s last blog ..Y538: Kemaafan Dari Hati My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @yonna, teringat kad tahun lepas…comel sgt! :lol:

  7. iza~de~bintangon 27 Aug 2009 at 3:24 pm

    waaa cucuQ udang..huhuhu :cry:
    iza~de~bintang´s last blog ..Siapa Mahu Ole-ole??? (^_^) My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @iza~de~bintang, ait…telan air lioq pula dia. esok dah balik Malaysia buatlah sekilo, hantar kat masjid :lol: :lol:

  8. balooton 27 Aug 2009 at 4:19 pm

    nampaknya pakar udang geragau lak kak jie lepas ni… :lol:

    tapi baloot rasa macam tak penah makan lagi udang ni. atau mungkin kat kelantan udang ni ada nama lain kot. hehe.

    anyway, selamat berpuasa kepada kak jie dari baloot. :grin:
    baloot´s last blog ..Tutorial Asas Adobe Photoshop – Belajar Adobe Photoshop Toolbox (Part 3) My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @baloot, bukan tak pernah makan, tapi tak tau pun dalam masakan tu ada udang geragau..hehehe..yang tau telan saja! :lol:

  9. shayon 27 Aug 2009 at 4:25 pm

    akak ada gak makan cucur udang, kita belum ada kesempatan nak pergi pasar cari udang… bulan pose tahun nih, macam sibuk sanagt tau… jalan raya sibuk, bazar sibuk, orang sibuk…
    shay´s last blog ..DALAM KESEJUKKAN… My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @shay, Kak Jie p pasar hari sabtu kat Batang Kali..beli udang mmg buar cucur udang, anak2 suka..letak bawang besar, daun sup, daun bawang…perhhhh……… balik terawih itu dulu yang dicari :lol:

  10. eldyon 27 Aug 2009 at 4:45 pm

    :shock: besarkan mata gua utk lihat text yg berformat images tu .. :o
    eldy´s last blog ..Jam blogspot : Bunkface My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @eldy, image tu tak penting sgt pun..hanya sebagai bukti sokongan.. :lol:

  11. kruel74on 27 Aug 2009 at 4:57 pm

    Tak teringin join bebudak Negaraku berkumpul 29hb ni? Saya dengan tak malu nya pegi walaupun kenal Life4hire je n Callister (by association) :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..How to be patriotic My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @kruel74, Tak dpt pergilah…. nak campak mana suami dan anak2…eerk..dengan mak mertua sekali. :lol:

    Wah..selamat bergolek dengan ayam ye :lol:

  12. megaton 27 Aug 2009 at 6:30 pm

    adeh lupa pula nak calonkan kak jie. sy sebenarnya tak faham apa kriteria yang denaihati nak sebenarnya hu3. nanti sy siasat balik he3.

    oh ingatkan kak jie menerajui bidang ternak udang geragau he3. tapi menyengat juga keyword udang geragau ya?

    Kujie Reply:

    @megat, erk… sebenarnya susah untuk menang sebab perlukan 100 pencalonan , tetapi kak jie terharu kerana masih ada yang sudi calonkan kak jie walaupun utk mencapai 100 pencalonan bukanlah senang…dan memang ramai yang tidak faham beberapa syarat yang disediakan.

    menang tak menang… itu soal nombor 2

  13. tekkauson 27 Aug 2009 at 7:43 pm

    War…bagusnya dapay pencalonan. Saya satu pun takde. Ha :D

    Ya! Semalam cuaca memang buruk kan. Streamyx pulak buat huru-hara. LOL :razz:
    tekkaus´s last blog ..Zappingly New Walkman B Series! My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @tekkaus, popular tak semestinya yang terbaik ;-)

    sejuk………best tido :lol:

  14. BDewaon 27 Aug 2009 at 10:49 pm

    udang geragau yang orang melaka buat cencaluk tu ke…?

    Kujie Reply:

    @BDewa, yela tu BD
    tetapi ada juga yang dijemur dijual sebagai udang kering

  15. Kak Longon 27 Aug 2009 at 11:14 pm

    Memang streamyx selalu huru-hara sekarang.
    Broadband ada pun, dua kali lima, lima kali dua aje.
    Cucur udang yang dibuat sendiri lebih menyelerakan.
    Email tu boleh dijawab bila ada kelapangan.
    Take your time..
    Memang bulan puasa ni, jadual agak ketat.
    Nasib baik Kak Long sedang bercuti, adalah sedikit masa boleh main ‘cak-cak’ sikit.. :grin: :grin:
    Kak Long´s last blog ..Penamaan Calon Weblog Popular 1Malaysia My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Kak Long, terimakasih kerana memahami kak long…saya nak juga luangkan masa membalas komen kawan2…rasa tak besttttttt je kalau kedatangan tak disambut.

    Selasa dah mula sekolah…akhir tahun dan semakin dekat dengan musim peperiksaan.

  16. blowieon 28 Aug 2009 at 1:59 am

    hahahaha,kakjie tolong promote udang geragau :P
    tak sia2 kakjie letak kat blog :mrgreen:

    Kujie Reply:

    @blowie, udang geragau tu sedap buat cucoQ udang :lol:

  17. haritzon 29 Aug 2009 at 6:02 pm

    udang gergau di gunakan oleh Nasi Lemak Lido Klang, sedap gila. Kalau mai klang mesti pekena
    haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @haritz, lama dah tak lalu Klang

  18. HuRuL_AiNion 29 Aug 2009 at 7:47 pm

    kak jie, suka la ngan istilah domestic engineer….hehehe
    HuRuL_AiNi´s last blog ..Messy… My ComLuv Profile

    baloot Reply:

    @HuRuL_AiNi, apa maksud domestic engineer tu ye? :mrgreen:
    baloot´s last blog ..Quote Of The Month – September 2009 My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @HuRuL_AiNi, self esteem :lol:

  19. zulson 09 Sep 2009 at 2:17 am

    Blogger sekarang ni memang power, sampai paper pun banyak rujuk dekat blog.
    zuls´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia – ContestManiac.Net My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @zuls, kalau baca akhbar hari Ahad lagi..kebanyakkan berita/artikel tersebut kita dah baca awal di internet