Perkahwinan bukan bermodalkan cinta semata-mata
Artikel November 17th, 2008Ramai yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan.
Dan, surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak.
Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa. Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu. Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan.
Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan. Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian. Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.
Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.
Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya, seorang wanita bercerita, “selama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”. Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak berkahwin. Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan.
Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.
Entri lain mengenai nikah dan kahwin:
Akad nikah menalui e-mel
Aku terima nikahnya
Betul ke non-muslim kena convert islam time kawen


November 17th, 2008 at 8:58 pm
yelah sebelum kawen banyak plan banyak janji, tetapi setelah kawen byk kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum kawen. ini yang selalu menjadikan sesebah rumahtangga goyah!
dah anak dua pun banyak yang kena belajar!
megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:14 pm
November 17th, 2008 at 9:05 pm
Tak payahlah nak berlagak bagus sebab segala2nya terserlah bila tinggal serumah. Bertimbang rasa dan saling menghargai adalah petua hubungan akrab suami isteri. Sifat penyabar itu penting. Kerana suami isteri itu saling lengkap melengkapi. Maksudnya kalau sorang tu panas baran, sorang lagi lembut hatinya. Kalau sorang tu peramah,pasangannya mungkin agak pendiam. Kalau sama2 pendiam , susah la nanti…kot2 anaknya nanti kurang vocab pulak! Hi hi…
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Suami kita adalah yang terbaik buat kita.. Tok sah lah nak banding2kan pasangan kita dgn org lain. Kadang2 apa yang kita lihat itu tak semestinya benar… He he..terlebih komen lak nih..
Ties last blog post..Kawan
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:16 pm
November 17th, 2008 at 10:05 pm
|1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:17 pm
November 17th, 2008 at 10:11 pm
kak jie, singgah-singgahlah blog ai, kot teringin nak makan lasagna pula. Godaan banyakkan, sesaat je dah sampai depan kedai makan, pilih je, tang mana nak cuci mata.
Perkahwinan mendewasakan kita. Kalau tak ada yang dewasa masih lagi keanak-anakan walaupun bilangan ahli bertambah, tak dapek den nak kata apa ehhh.
zanys last blog post..Yahooo……..Good News
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:19 pm
dewasa dengan berbagai dugaan…dan manisnya bila berjaya harungi bersama
November 17th, 2008 at 10:12 pm
etomyams last blog post..Malayaonline Double Entries
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:24 pm
Dlm perkahwinan kena banyak bersabar bersabarlah Ada pasang dan surut. Ada ketawa dan menangis.
itulah kehidupan
November 17th, 2008 at 10:48 pm
cuma nak tambah sikit je..
jika lelaki/perempuan mengharapkan bila dah kahwin dapat “perfect husband or wife”, anda mungkin tidak akan memilikinya.Ketidaksempurnaan seseorang atau kekurangan pada seseorang itulah yang “complement each other” dlm rumahtangga…
my 2 cents. betul ke jie??
UncleJs last blog post..Seen In A Doctor’s Office
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:25 pm
November 17th, 2008 at 11:19 pm
tapi banyak lagi yang perlu didahulukan…
menteils last blog post..Bersahabat Bukan Bermakna Memiliki
Kujie Reply:
November 17th, 2008 at 11:27 pm
opsss..jgn lupa jemput kita org
November 17th, 2008 at 11:53 pm
Kalau takut ombak jangan berumah di tepi pantai.
Kalu hangpa ingat kahwin ni seronok seronok ?
Silap Silap handle boleh bercerai berai
Kalau hidung senget sebelah jgn cuba jadi Ratu
Kalau takut air yang sejuk jgn cuba mandi telaga
Kalau Suami Isteri saling bantu menbantu
Rumah tangga & Keluarga Ibarat Surga
Pesanan Ikhlas Dari hashimhabeed untuk ST dan juga utk menteil
he he he
hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Hu…
November 18th, 2008 at 12:22 am
nuaemans last blog post..3 usd untuk mereka yang berjaya Jawab 10 soalan uji minda ini
November 18th, 2008 at 12:32 am
Yakni sebelum memasuki realiti perkahwinan itu.
Kedebuum..!
November 18th, 2008 at 2:23 am
shaxxs last blog post..Sponsored Contest and an Award
November 18th, 2008 at 8:28 am
perkahwinan adalah proses kehidupan yang mana bukan nak menbandingkan sapa yang lebh dan sapa yang kurang tetapi membangun dan melengkapkan sesama sendiri didlm sesebuah institusi keluarga.
bukan hanya tanggungjawab pada suami/isteri sahaja.
Kujie Reply:
November 18th, 2008 at 8:38 am
bila nk buka banglo?
November 18th, 2008 at 9:42 am
saye mahu kawenn
kawen dgn sape
dgn dotdotdot:D
November 18th, 2008 at 10:09 am
Sepupu Iza, perkhawinan dia di atur keluarga. Lepas akad baru bercinta. Mereka bahagia sangat, siap dapat anak kembar yang comel lagi
Ceq pun “daftar”lah nama kat mak sedara..kot2 dia boleh carikan..tapi nampaknya sampai sekarang masih vacant lah

November 18th, 2008 at 10:11 am
Sekarang nie dah ada 3 orang anak perempuan (Nur Maisarah, Nur Maisurah dan Nur Maisya Damia)…. boleh la..
Kaya belum lagi, tapi senang tue ader la… semua cukup… cuma amalan jer memang masih tak cukup… hehehe
cencuruts last blog post..Which Games Console Is Better?
November 18th, 2008 at 10:22 am
nak bersuami, hidup berdua bersama..
berkongsi segalanya berdua dgn si dia..
bertahun2 berkenalan bukan lesen untuk menjamin kita dah cukup mengenali si dia kan..
mungkin kena gamble je..
terima segalanya dgn redha, kita ni pun mesti ada yg tak sempurna kan..
dayus last blog post..kamu memasak??
November 18th, 2008 at 11:06 am
/pandai lak aku membebel kat orang..hehe… sapa yg nak kahwen tu.. slamat berbahagia la sampai hayat bukan setakat anak dan cucunnya sahaja..
mrozaidis last blog post..HARI-HARI D’ PERPUSTAKAAN
November 18th, 2008 at 11:22 am
Perjalanan intan masih jauh lagi. Byk nak kena perbaiki & belajar. Ambik ikhtibar drpd orang yg berpengalaman.
intans last blog post..Kisah Jumaat Yang Lalu
November 18th, 2008 at 11:53 am
Tepak Sirehs last blog post..Enchanting Bali Trip I
November 18th, 2008 at 12:13 pm
chis last blog post..Harapan Pada Ayah Dan Ibu - Unic
November 18th, 2008 at 4:06 pm
November 18th, 2008 at 5:40 pm
selalu menyinggahkan diri kat sini tapi tak penah nak tinggal jejak.. tetibe rase nak tinggalkan souvenir sket kat kak jie arini..
ngeri seh!!
thanx ek
huhu 19/12 ni jadi tarikh keramat nak tukar status neh
entry kak jie leh kot wat panduan sket.. meneutralkan hati yang asik nak rase mcm2..
November 18th, 2008 at 8:57 pm
Adrys last blog post..Kerana IC Hijau…
November 19th, 2008 at 7:04 am
lagipun, kahwin ni, bukan life kita dgn bini je, campur lagi keluarga kedua2 mempelai… banyak masalah akan timbul.. lebih2 kalau isteri tu jenis mengadu ke mak bapak dia je, burukkan nama kita je.. erm..
lochoes last blog post..Aku lama menghilang ke?
November 19th, 2008 at 11:51 am
chuckiesds last blog post..Sedapnya Teh Tarik
November 19th, 2008 at 1:45 pm
Banyak ranjau, onak dan duri dilalui ketika melalui perjalanan alam berumahtangga. Kesabaran, kecekalan serta kecekapan seseorang ketua keluarga dijadikan kayu pengukur kejayaan sebuah mahligai. Banyak situasi berlaku penceraian disebabkan kegagalan seseorang nakhoda mengemudi bahtera.
Keserasian serta faham memahami menjadi tonggak kejayaan sebuah ‘empayar’. Betul seperti komen2 di atas, ‘give and take’ memainkan peranan yang amat besar.
Bagaimana pula dengan sikap keras kepala sesetengah pihak? “aku betul, kau salah”…???
Yang mulia tentang perkahwinan - hidup kita lebih sempurna, amalan kita lebih diberkati..
p/s - semoga aku diketemukan dengan isteri mithali… amin.
samdaddycools last blog post..Blogging Challenge… year end 2008
December 4th, 2008 at 1:11 pm
amois last blog post..New Comment on Blogspot