Geng Blogger : Setahun Bersama

26 Disember 2010 – genap setahun saya bersama GengBlogger

Diam tak diam sudah setahun bersama.  Sempat hadiri satu gahtering rasmi bersama GengBlogger di Putrajaya.

Kerana ingin menghadiri gathering Geng Blogger, saya telah mendedahkan satu rahsia mengenai diri sendiri.  Baca entri Geng Blogger – Face My Fears dan Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia


Ini banner awal Geng Blogger sebelum ditukar selepas diadakan kontest mencipta banner baru.

Rungan di forum pun masih kekal hingga kini walau pun Kong telah berjanji untuk mengubah ruangan tersebut  seperti dalam entri Hari Terakhir Bersama Kak Jie di Geng Blogger

Banyak kenangan yang disimpan bersama Geng Blogger. Saya kerap menerima email dari ahli GengBlogger untuk menyelesaikan berbagai masalah mereka termasuk waktu² Geng Blogger down ( tukar server bulan Mac 2010 ), kena serangan malware sehingga saya keluarkan entri Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!

Geng Blogger dah tak macam dulu – Itulah keluhan ramai yang saya dengar. Paling ketara ramai blogger sudah tak aktif di forum. Ramai yang bawa diri setelah rasa tidak sesuai /sealiran dengan prinsip masing².

Saya pun pernah macam tu – pernah ucapkan ‘gud bye kong’ kerana merasa sia² keseorangan mendisiplinkan blogger sedangkan kuasa terhad. Saya tak nak kedut seribu dengan masalah tersebut.

Selepas down beberapa bulan, Geng Blogger kembali lagi. Seperti kehadiran saya pertama kali bersama Geng Blogger, niat untuk membantu dan mendidik meluap² dan bersemangat. Walaupun ramai blogger² senior semakin menjauh, saya tetap di sini – macam seorang ibu walau bagaimana pun anak tersebut, tetaplah diterima sepenuh jiwa raga dengan kasih sayang. Pejam mata pada kekurangan dan kelemahan yang ada dan terima seadanya.

Sebelum menjadi blogger, saya seorang forumer yang aktif dan kerana itu agaknya saya faham untuk  membina dan membangun sesebuah komuniti perlukan kerjasama dan persefahaman semua pihak – tak mungkin dengan seorang individu.

Antara entri mengenai Geng Blogger yang agak seksi!

Kepada member GengBlogger – Saya bukanlah seorang yang sempurna dan terbaik, maafkan saya andai ada janji yang telah dimungkiri, ada kata yang menyinggung perasaan atau ada tindakan yang meninggalkan luka…maafkan saya sepenuh hati.

Trivia Geng Blogger

Total member sehingga hari ini – 12,885

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Membernya banyak sekali ya lebih dari 12rb, moga2 ditahun ini dan seterusnya makin meningkat dan bertambah besar Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Daftar Dan Verifikasi / Klaim Blog di AlexaMy Profile

  2. Ali ridha says:

    nak buat macam mana.kak jie kan sibuk.
    Jom terjah post menarik dari Ali ridha ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

  3. Ali ridha says:

    aku ni tak lepak tak gengblogger.
    Jom terjah post menarik dari Ali ridha ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

  4. Sama lah ketika aktif chatting di MIRC bila tidak sehaluan meninggalakan channel walaupun dihati ini berat.

    Apalah cerita sahabat-sahabat di channel MIRC tentu ada yang sudah berkeluarga.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Cokelat sedapMy Profile

  5. wah, dah lama tak buka gengblogger. unimap block, tak update2 lagi pasal masalah malware haritu, smpi sekarang dia block…ades
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Bulu Kucing Adalah NajisMy Profile

  6. jarang2 masuk geng blogger selepas kn malware dulu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Contest terakhir untuk tahun 2010My Profile

  7. ruginya saya sebab kurang punyai masa terluang. kalau tak boleh layan forum yang sedikit sebanyak membantu.

    perlu ada kesabaran yang tinggi untuk capai kejayaan seperti kak jie.

    akak tetap mantap!
    Jom terjah post menarik dari megat ..Ganti nama diri- aku atau saya!My Profile

  8. fendidahada says:

    wah…orang lama ni..anyway berforum memang perlu kerjasama semua…kena ada leader dan follower…hope dapat menyumbang something kat GB nanti
    Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Big Gath- Rantai Art 2010 dan Tahniah MalaysiaMy Profile

  9. semlm DM kt twitter – nak tanya info terkini ttg GB
    tak reply…holiday sakan!

  10. setahun dah yer kakjie yer..hehe, ruangan bersama kakjie tu masih segar bugar lagi ^_^
    Jom terjah post menarik dari kong ..1-000-000 pageviewweeee!My Profile

  11. sesekali je masuk join forum sana. rasanya macam pernah baca berita tuh kat paper tapi tak ingat bila, agaknya time blm buat blog lagi kot nih.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Menteri Tegur Artis Berpakaian SeksiMy Profile

  12. Dikatakan setahun di internet bersamaan 7 tahun di dunia nyata. Sebab tu saya rasa nostalgic gitu bila baca pasal “zaman kegemilangan” GengBlogger.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Blogger blogs go mobile! –Learn how to activate yoursMy Profile

  13. Aku belum pernah kesana, cuma dari yang aku tahu geng blogger lebih terkenal sebagai tempat ping artikel.
    Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Faedah Kitar semula dan Stacy Pakai Buang Video-LirikMy Profile

  14. wah siap masuk paper tu.. syabas semua.. sya tak ingatlah bila start join gengblogger sebenarnya..hahha

  15. Tahniah. Walaupun saya sudah agak lama sign up Geng Blogger, tapi sukar untuk saya mengaktifkan diri, sebab saya tak nampak jalan nak mencelah. Terlalu ramai, terlalu banyak… adehhh. pening gak.
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..Entri Santai- Lama sungguh tidak ke pasar malamMy Profile

  16. rasanya hari ni dia org buat gathering – pergilah

  17. a’ah dah setahun rupanya…
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Adakah anda memahami bacaan dalam solatMy Profile

  18. saya baru join gengblogger. tak tahu pon sebelum ni….susah nak memuaskan hati semua orang dalam satu-satu komuniti…kena saling tolak ansur

  19. mmg mengaku, dah lama tak jenguk forum gb.. tak macam dulu2.. hari2 tengok apa topik ‘hot’ yang terbaru 🙂
    Jom terjah post menarik dari serol ..Souvenir dari melakaMy Profile

  20. princeduyong says:

    apepun kak jie tetap mantopp…!
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..DUKA MLMMy Profile

  21. macam² topik kat forum GB sekarang..hehe

    jadi tempat ping je sekarang, bagi saya..forum dah tak tengok
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3 -Staff lagi ramai daripada pelanggan-pesakitMy Profile

  22. owh? hehe… sy 4 bulan lagi kak jie baru genap setahun~ hehe
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..HaPPY 24th aNNiVeRSaRY MoM aND DaD FRoM YouR SoNMy Profile

  23. merajok dengan kon kak jie
    tunggu die up kan GB baru aktif semula kat sana
    hehe

    bile nak jumpa lagi ni?
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Zaman U – 2 bulan di IPTA UiTM Shah AlamMy Profile

  24. mungkin lepas nie, akan lebih ramai berfikiran matang dan berdisiplin di GB. Anyway, bila nak jumpa orang kampung nie? wahahaha~
    Jom terjah post menarik dari aman ..Apesalcom Memudahkan Perkongsian Artikel Antara BloggerMy Profile

  25. huhuhu… maza tak pernah masuk forum geng blogers… keinginan membina blog adalah atas initiatif sendiri yg dibantu oleh seorang kawan sekolah. Beliaulah yg memperkenalkan friendster dan maza mula membina blog dari situ…

    setelah kena hasut dan termakan racun.. maza pun berpindah ke blogspot sehinggalah ke hari ini.. hehehhe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  26. kak jie, saya baru join gengblogger.

    beberapa hari 🙂
    Jom terjah post menarik dari zzeffa ..Semak Projek 200My Profile

  27. teringin berjumpa dgn kak jie secara bersemuka…
    begitu juga dgn mereka2 yg selalu berada d gengblogger 1 masa dulu seperti ariff shah, joe dan beberapa nama lagi…
    Jom terjah post menarik dari belalang ..Penangan Gadis 13 dan 15 tahunMy Profile