Tiket Liverpool Asia Tour 2011


Balik dari service kereta, terjojol nampak sampul surat pos ekspress dalam kotak surat.  Dah sampai dah…. senyum lebar walau tadi terpaksa tunggu 3 jam di pusat service proton.

Entri Kontest Menang Sepasang Tiket Liverpool dipilih untuk memenangi sepasang pass Training Session Liverpool Asia Tour 2011 dan  sepasang tiket  perlawanan Malaysia Vs Liverpool Asia Tour 2011 di Stadium Bukit Jalil pada 16 Julai 2011.

Sekarang saya ada 5 tiket termasuk yang dibeli sendiri .  Kami berlima – saya, Intan, Along, dua adik ipar sudah bersedia untuk memenuhi Stadium Bukit Jalil.

“pandai ambil hati adik² ipar awak…” usik suami

” modalnya duit abang….” ha ha ha:grin:

Saya nak pergi tengok training session dengan Along.

Terimakasih Dilla untuk hadiah ini.

Kamera pun dah beli baru…Liverpool punya pasal!

30 Replies to “Tiket Liverpool Asia Tour 2011”

  1. Tanniah kepada Kak Jie kerana dapat tiket tapi sayang tidak pergi bersama hubby. Siapa Kak Jie akan bawa nanti Along? Angah? atau Intan?

  2. bukan rahsia pun, cuma tak selesa utk dikongsi dgn pembaca tak dikenali….pelawat dari google

    kalau kita2 dah kenal ni, dah tau A-Z, fahamlah situasi.

    masuk je, pw dia sayangawak
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Untuk Mamat Pacifista -XMy Profile

  3. Tahniah Kak Jie. Respect “mak” yang cool tengok bola dengan anak-anak…. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Google Ban co.ccMy Profile

Comments are closed.