Angah… Keputusan SPM Keluar 21hb Mac

Saya beritahu Angah keputusan SPM keluar 21hb Mac 2012 . Dia diam  tanpa respon.

” tak takut ke…? ”

” Tak.. biasalah… dah ambil exam , biasalah ada keputusan “.

Adoilah… hai anak! Mak dia yang dup dap dup dap.

“Esok Angah ada test JPJ ujian memandu lesen B2 dan D ” selamber je dia cakap.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Cara semak SPM melalui SMS: SPM SEMAK [noKP] [AngkaGiliran] & hantar ke 15888.

 

Jangan lupa untuk buat Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011,  tarikh akhirnya 02/04/2012.

ujian jpj lesen memandu
Tadi dia kena saman – sebab tak letakkan Logo L kat motor. Sebenarnya satu saja logo L yang tertanggal, yang depan terjatuh tanpa sedar, yang belakang ada. Musim² hujan ni, mungkin tercicir bila kena air hujan. Tapi itu alasan kita, ikut undang² kita bersalah. Bersalah hilangkan satu logo L.

Polis tu tak nak bertolak ansur dengan pelajar kolej cikai macam Angah..dia mengeluh. Redha sajalah , kita buat salah, dia orang ada kuasa untuk menyaman.

“Esok test elok², jangan gagal”

“Mama ni……….. janganlah sebut gagal, cakaplah buat elok² sampai lulus. Maksud yang sama tetapi satu negatif satu positif”

Cis ! Dah le paw mama Merry Brown, nak fire orang pula!

Entri lain untuk rujukan anak-anak:

16 Replies to “Angah… Keputusan SPM Keluar 21hb Mac”

  1. Tahniah untuk anak kak yang dah SPM tu…dan . Isteri saya baru jer lulus test memandu kereta hari ni. Dia happy tak terkata. Alhamdulillah…kalau tak saya pun pening jugak nak jaga anak kecik he he.
    Jom terjah post menarik dari Mahyuddin MAA Takaful ..Hibah Tunai RM1JutaMy Profile

Comments are closed.