Intipadi Hidup Belanjawan 2012

Seperti bulan² Oktober terdahulu, sudah menjadi tradisi Perdana Menteri kita akan membentangkan Belanjawan untuk tahun akan datang pada bulan ini. Kali ini Belanjawan 2012 di bentangkan pada Persidangan  Dewan Rakyat pada 7/10/2011.

Sebagai surirumah, rakyat biasa, bukan kepakaran saya untuk mengulas dan memahami keseluruhan belanjawan 2012 yang dibentangkan itu. Ada beberapa program Pelaburan langsung asing (FDI) , pembangunan di lima wilayah koridor atau peruntukan berjuta² yang diluar kemampuan .

Jadi, ini adalah  intipati Bajet 2012 yang saya kutip sebagai rujukan dan pengetahuan buat diri saya sebagai orang biasa rakyat biasa.

  • Yuran Sekolah Rendah RM 24.50 dan Sekolah Menengah RM 33.50 telah dimansuhkan. Yuran tersebut termasuk untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful

contoh Yuran Sekolah Intan tahun 2010 

  • Perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) untuk mencegah kanser servik.  Sebelum ini hanya murid perempuan berumur 13 tahun yang mendapat suntikan HPV percuma di sekolah.
  • Pelepasan cukai sehingga 6,000 ringgit  untuk caruman kepada KWSP dan insurans. erk… tahun lepas isi borang LHDN pun rasanya pelepasan RM 6000 juga…atau saya yang dah lupa?
  • Caruman majikan  KWSP dinaikkan  kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah.  Saya mencarum sendiri,  jadi semua 24 peratus tanggung sendiri!
  • Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana.
  • Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Selama ini ada rebet sebanyak RM1000 untuk pembelian bahan bacaan jika mengisi borang cukai pendapatan LHDN.
  • Tabungan minima sebanyak 1,300 ringgit Akaun 2 KWSP , pencarum boleh mendaftar dan mendapat giliran haji.  Akaun 2 KWSP saya dah kosong, baru keluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan .
  • Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.  ehem…ehem…. hai kawan², kepci mini bucket combo satu!
  • Umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun Pejam mata nak bayangkan kawan² saya yang menjadi cikgu memanjat tangga ke kelas atau bertongkat mengejar murid degil merokok tepi tandas atau seludup tepi pagar sekolah.

Sebenarnya ada banyak diperuntukkan pada Belanjawan 2012 ini tetapi yang saya gariskan ini adalah isu semasa yang dekat dengan diri buat masa sekarang.

Apa juga belanjawan yang dibentangkan, diri kita sendirilah yang berkuasa untuk mengurus atur kehidupan mengikut saiz ‘periuk’ masing².

Selamat merancang dan saya mengesorkan anda membaca buku Rancang Wang Dari Sekarang ditulis oleh Pakdi pengasas forum BicaraJutawan.com.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Banyak juga bantuan yg diberikan….
    merangkumi segenap lapisan
    Jom terjah post menarik dari fikri91 ..Kenapa kena simpan Silver a.k.a Perak?My Profile

  2. stuju, tapi pada masa yg sama jgnlah asyik mengkayakan yg kaya dgn pelepasan cukai kpd syarikat2 bsr dgn terlampau byk. nnt cukai tu sendiri akn pergi blk utk bantu golongan pertengahan ni 😉
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Mansion in La Finca: Rumah Baru Christiano Ronaldo Rekaan A-CeroMy Profile

  3. btol tu. rasa cm xde apa2 kelebihan pon Bajet 2012 ni utk saya. 😐
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Mansion in La Finca: Rumah Baru Christiano Ronaldo Rekaan A-CeroMy Profile

  4. Melalui posting kak jie ini saya jadi tahu banyak tentang hal2 yang menyangkut pendidikan di Malaysia..
    Best share ..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Hal Dasar yang Wajib Dipelajari BloggerMy Profile

  5. Kita perlu usaha go next level untuk jadi lebih baik daripada golongan pertengahan.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kena Lempang Dengan GoogleMy Profile

  6. kerajaan dpt bonus, yg kerja swasta mmng ssh sikit, e 2 pun nasib….mcm sy nie x prnh dpt bonus….. boring…..

  7. 4 org adik and my dad dapat benefit untuk bajet2012 ni.. saya cuma nak apply skim rumah pertamaku. berangan nak beli rumah 400k. hahaha
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri ..kenapa ingatan diciptakan?My Profile

  8. Pacifista says:

    yang percuma cuma RM 33.50 tu je.yang lain kena bayar jugak…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, PacifistaMy Profile

  9. Suka dengan ulasan tentang umur persaraan wajib. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..SejenakMy Profile

  10. Alhamdullillah. Semua pun happy 🙂
    Jom terjah post menarik dari arena84 ..Gempar! Ayat Quran di Tisu Tandas IsraelMy Profile

  11. Pasal KWSP saya lgsung tak tahu apa2.. apa dia akaun 1 dan akaun 2 tu.. huhuh
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..VIDEO MERAIH UNDI YANG LUCAH AMATMy Profile

  12. Saya tergolongan sederhana melihat belanjawan 2012 tidak memihak kepada saya kerana seperti rumah pertama sudah ada, pemansuhan yuran sekolah tapi yuran sampingan masih tinggi, KWSP boleh digunakan untuk Haji saya meragui duit KWSP dilaburkan<–nak tahu buat kajian sendiri, caruman KWSP 13% saya tidak berpeluang. Cukai pendapatan masih lagi perlu dibayar macam biasa kerana tidak ada rebet.

    Pembayaran 1 off saya tidak berapa berkenan kerana ia memumpuk sifat subsidi.

    Yang saya suka
    1. Dana inovatif tidak mengira umur ia mengalakkan penciptaan baru dan pembangunan kajian Sains.

    2. Peruntukkan dana untuk hospital primer<–siapa kata peralatan hospital outdated. Peralatan hospital setanding atau lebih baik daripada hospital swasta. Peralatan canggih dan kos mampu untuk rakyat menerima rawatan di hospital kerajaan.

    3. Tiada caj golongan emas yang berumur 60 ke atas untuk rawatan pesakit luar

    4. Skim pencen swasta – terus terang bimbang dengan kehidupan ketika bersara kerana sudah tentu pencen swasta ada pendapatan berterusan. Pengurusan selepas tiada lagi pendapatan adalah crucial
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanakMy Profile

  13. ok belanjawan 2012 dah dibentangkan hari tu kuar kat tv. tengoklah macamana respon rakyat sepanjang tahun 2012 nanti..
    Jom terjah post menarik dari ROJAK ..Minyak PengasihMy Profile

  14. gigil2x tangan kaki nak masuk kelas ngajor bila umor 60thn kang… hehehe
    Jom terjah post menarik dari Munirah Abd ..Wordless Wednesday #4My Profile

  15. sabree hussin says:

    peningkatan umur wajib persaraan tu yang kontroversi..
    Jom terjah post menarik dari sabree hussin ..Kita Kurang Berkualiti? Siapa Nak Bertanggungjawab?My Profile

  16. ramai yg tak berpuas hati dgn golongan pendidik bersempena dgn Budget 2012 seperti yg mereka luahkan pada entri blog saya..
    Jom terjah post menarik dari nadri ..Kandungan Bajet / Belanjawan 2012 oleh PM Najib RazakMy Profile

  17. Assalamualaikum,
    Suka tetap suka tapi, Nak kata suka sangat tu, tak adalah sebab…dok pi mai pi mai tang tu je. Walaupun kenaikan pangkat nampak mcm senang, kena juga akui politik di tempat kerja penuh dengan sistem ASAS (ampu sana wa ampu sini)…kalau tak ada kemahiran ASAS tu, PAYAH nak naik walaupun bagus buat kerja.

    Seorang rakan, gajinya TAK GERAK sesenpun selama 5 tahun semata2 sbb bos tak suka. Bos tak suka, sbb minah ni bukan kaki ampu. Kerja sampai terbalik menara KL pun belum tentu dapat kenaikan gaji mencanak.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Teks Ucapan Belanjawan 2012My Profile

  18. Adalah merasa juga kesan dari belanjawan ni…tapi hati rakyat yg terluka byk yg belum sembuh.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Sikap hormat jiran sudah hilangMy Profile

  19. hahahha hadoi korang ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Sikap hormat jiran sudah hilangMy Profile

  20. konsep negara berpendapatan tinggi, itu yang cuba dicapai. Hati rakyat juga cuba dimenangi itu misi
    Jom terjah post menarik dari azam ..Belanjawan 2012 : UniMAP tak dilupakanMy Profile

  21. aku memang nak buat man, tunggu rumah aku siap hujung tahun ni, pastu kalau ada rezeki awal tahun depan dpt rumah tu aku buat open house, aku jemput semua org h
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Giveway dari blog hidup biar sedapMy Profile

  22. wak lu minggu depan, dapatnya hujung bulan 12…5 bucket tu igt aku gaji 5 ribu ek sebulan? haha
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Giveway dari blog hidup biar sedapMy Profile

  23. dapat boness…. wuiiyyoooo… erk.. beli kepsi 5 baket untuk pergi mandi air terjun minggu depan boleh? hahaha
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Dady Day Care #vol-4My Profile

  24. saya nak tunggu Si Mijie buat rumah terbuka.. hahaha… dapat bonus kan? lol… bile plak nak serang putrajaya ye kak jie? raya setahun. hahaha!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Dady Day Care #vol-4My Profile

  25. ehhmm..ada bagus dan kurang bagus bajet kali ni. Orang kerajaan memang suka sangatlah bajet nih. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen pertama dari LelakiSubur.comMy Profile

  26. eyriqazz says:

    Umm.entahla kak jie..terasa golongan pertengahan cam saya dipinggirkan…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Tahniah Je Jai Masuk Final Blogger MasterChefMy Profile

  27. erk kepsi mini bucket yer kakjie? hehe kena tunggu hujung tahun ni la,

    apa yang saya nampak belanjawan kali ini mcm sama je yg sebelumnya cuma cara olahan tu dapat menonjolkan utk “rakyat”.

    tp bersyukur sebab ada kenaikkan pada gaji tahunan serta bonus bulan 12 ni, bolehlah simpan utk adik fahim nanti
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Giveway dari blog hidup biar sedapMy Profile