Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebin Awal

full payment loan rumah

Seronoknya rasa, leganya jiwa tak tau nak cakap lagu mana… hari ini pergi ke Maybank cawangan Jalan Raya Laut untuk isi form discharge of charge ( pelepasan gadaian ) untuk pinjaman perumahan .  Pertama kali nak uruskan hal macam ni, terfikir juga.  Kalau habis bayar kereta, kita dapat geran yang menjadi bukti hak milik, kalau dah habis bayar rumah, kita dapat apa?  Itulah benda yang saya dok fikir² tak sudah.

Rupanya sekejap saja urusananya.  Isi borang dan tandatangan.  Balik.  Tunggu peguam akan hubungi untuk dapatkan dokumen entah apa.  Pegawai bank tu cakap tapi maklumlah saya ni OKU kurang pendengaran.  Tak jelas sangat.

Jadi, ini adalah pengalaman pertama . Saya berjaya  jelaskan semua baki pinjaman  2 tahun lebih awal dari tempuh pinjaman.  Saya beli rumah di Bandar Baru Ampang dengan pinjaman selama 15 tahun pada tahun 2000 yang sepatutnya tamat pada bulan Jun 2015.

Bersyukur sangat-sangat.

Plan sebelum berakhir tahun 2013 akan selesaikan juga satu lagi pinjaman perumahan untuk rumah di Serdang.  Baki akaun 2 KWSP cukup untuk selesaikan baki pinjaman tersebut, cuma tunggu peguam sedang uruskan.

Saya tak bekerja, macam mana saya boleh beli rumah?

Saya surirumah yang membuat caruman KWSP setiap bulan.  Banyak kebaikan dari caruman KWSP, bukan saja untuk jaminan hari tua, tetapi untuk menyediakan kemudahan masa sekarang. Blogger pun boleh mencarum KWSP!

  • 10 peratus bayaran deposit dari simpanan sendiri, suami termasuk simpanan anak-anak
  • 10 peratus dari akaun 2 KWSP  dan
  • Baki 80 peratus dari pinjaman bank.
  • Sewa rumah setiap bulan saya guna untuk bayar pinjaman bulanan.
  • Sepuluh tahun kemudian, saya keluarkan dari akaun 2 KWSP untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan.
  • Saya bayar dengan jumlah yang banyak dari hasil kelapa sawit kebun di kampung, sumber-sumber lain termasuk bonus suami.

Sebenarnya, saya patut berterimakasih kepada suami yang banyak menyumbang untuk menyelesaikan pinjaman ini. Banyak kali juga dia bayar dengan jumlah yang besar dan bonus dia dapat baru-baru ni pun digunakan untuk tujuan ini.

Sekarang saya perlu selesaikan pinjaman kereta yang dibeli 2 tahun lepas yang masih berbaki 3 tahun lagi.  Terimakasih juga untuk suami yang bayarkan setiap bulan…. muah ! muah !

Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan

Nak tips untuk cepat selesaikan baki pinjaman perumahan?

Saya bukan pakar ekomoni , saya  suri rumahtangga sepenuh masa.  Semua pendapatan keluarga, saya yang uruskan. Semua akaun bank saya yang aturkan biar pun atas nama suami.  Tiap orang ada cara tersendiri untuk jalani kehidupan masing², anggap saja apa yang saya kongsi ini cebisan dari pengalaman yang pernah saya lalui.

Antara beberapa perkara yang selalu diamalkan:

  • Jangan membeli sesuatu semata-mata kerana ada duit .
  • Pastikan ada simpanan tunai sekurang-kurangnya 3 bulan gaji ( saya tak mampu nak buat simpanan 6 bulan ).  Simpanan ini seperti jaminan  untuk kestabilan emosi bukan ragu-ragu kepada Qada & Qadar ketentuan Allah. Emosi yang tenang akan mempengaruhi iklim rumahtangga yang stabil. Rumahtangga yang stabil akan membantu ketua keluarga untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan membantu kejayaan seorang suami.
  • Jangan terperangkap dengan hutang kad kredit.  Guna kad kredit secara bijak, bukan untuk berbelanja melebihi kemampuan.  Saya tak pernah membeli belah kain baju, perabut atau keperluan untuk keinginan semata-mata menggunakan kad kredit.  Kad kredit saya untuk kegunaan mengisi petrol dan dibayar penuh setiap bulan tanpa berbaki.
  • Nasihat yang paling utama, jangan lupa bayar zakat  dan bersedekah.  Beri sumbangan dan lupakan kerana Allah tak pernah lupa apa yang kita lakukan.
  • Jangan lupa bagi kat mak/ayah.  Bukan jumlah yang orang tua kita nak, dia ada lebih dari cukup.  Duit hasil kelapa sawit dia boleh cover gaji kita sebulan, tetapi pemberian dari anak-anak diringi restu dan doa dari ibubapa.  Doa restu ibubapa memberi keberkatan dan kelapangan kita dalam meneruskan kehidupan.

Corak dan jalan hidup kita mungkin berbeza, tetapi saya pasti kita semua mempunyai matlamat yang serupa.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Assalam. Terima kasih atas perkongsian dan nasihat. Sama2 kita bantu membantu dan menghormati ibu bapa kita. InsyaAllah…

  2. sebuah info yang sangat penting untuk diketahui

  3. terima kasih kak jie for the tips.. sangat-sangat berguna..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Top 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013My Profile

  4. Emm blogger pun boleh buat simpanan kwsp jugak ke?terima kasih kak jie atas perkongsian yang menyentuh sanubari ni..terima kasih sangat2..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Stroke – Ya Allah Aku RedhaMy Profile

  5. terma kasih utk perkongsian… kami pun alhmdllh akan settle bayor rumah dlm setahun saja lagi,,, banker kami… abah saya 😉

    next baru pikir beli rumah lain yg lebih selesa insyaAllah…

    hah ni nak top up ilmu pasal mencarum di kwsp nih. syukurlah dah buka akaun 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Percutian gaya bajet – Langkawi 2013My Profile

  6. Yang penting untuk ibu bapa kena asingkan siap2 – saya setuju bab nih memang terbukti,kalau kita selalu bagi mak ayah duit,rezeki kita bertambah jer,dan lagi satu kalau kita rasa kesempitan wang,hati kita tetap tenang. 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ada Makhluk Hendak BergurauMy Profile

  7. wow bagus tips berguna…
    Jom terjah post menarik dari Imran ..Jangan Baca Buku Ini!! by Al ImranMy Profile

  8. fuhhh..macam-macam hutang ada..bilalah nak habis bayar..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Petua Guru untuk menjadi Guru Cemerlang dan Terbilang dan Kacak.My Profile

  9. bagus tips ni untuk masa depan..time study ni la try nak kaut ilmu banyak2..bab2 ni pun pelajaran jugak..
    Jom terjah post menarik dari afif ..Punca Kajadian Banjir Kilat di PuchongMy Profile

  10. tahniah kak kujie. fyna pun dah setel byr duit kereta. sekarang otw nak setelkan utk duit ptptn pula. dah setel semua tue lega sikit. dah boleh buat simpanan untuk masa depan pula.
    Jom terjah post menarik dari fyna ..PEMBANTU RUMAH DERA BAYI 4 BULAN DIHUKUM PENJARA 20 TAHUNMy Profile

  11. alhamdulillah, tahniah kak jie. seronoknya baca. semakin semangat nak menyimpan dengan kwsp. mcm la nak beli rumah, tp esok-esok tak tau lagi kan.. byk kemudahannya.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Selamat Tinggal Dunia BakeriMy Profile

  12. tahniah kak kujie sebab sudah berjaya selesaikan satu hutang. nak hidup tak berhutang bukan senang sekarang ini. kena betul-betul disiplin.

    menarik. 1st time dengar surirumah pun boleh carum kwsp. tak terlintas sebelum ini. ingatkan kwsp untuk orang bekerja je.

    macam saya, akaun kwsp hampir habis sebab bayar kos partime study. warghh
    Jom terjah post menarik dari booBlogs ..10 Blogger Terbaik Malaysia Edisi Hey HunnyMy Profile

  13. bila kak jie selesai bayar pinjaman rumah, geran tanah akan ditukar kepada nama pemilik tanah. nama bank akan dikeluarkan dalam process discharge of charge tu..

    saya dah lama tinggalkan bidang guaman. alhamdulillah..berkat ilmu dalam bidang tu memudahkan proses membeli rumah kami pada tahun 2010..
    Jom terjah post menarik dari ciklaili.com ..Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013My Profile

  14. banyak betul ilmu yg sha kene belajar dgn kak jie ni…hehe anyway tahniah dan alhamdulillah..berkat kesabaran dan kerja kuat serta restu ibu dan ayah segala2 nya jd mudah ye dak?
    Jom terjah post menarik dari sha ..Kolam Pancing Udang Sg Tangkas, Bangi (Teaser)My Profile

  15. kalau ada kebun sawit memang senang nak beli rumah…
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Lion XIIMy Profile

  16. Alhamdulillah, ini tips yang paling bagus sekali. Sebelum kahwin dah boleh rancang apa yang patut.
    Dan lagi satu jangan sesekali kata “tak ada duit”. elakkan. dan juga jangan mengeluh apabila masalah duit. bersabar. Allah suka orang yang bersabar, bila Allah melihat hambaNya bersabar, maka akan dia turunkan rezeki yang melimpah. Sentiasa bersyukur.
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Hukum Berbual Manja Dalam Telefon Atau SMSMy Profile

  17. Seronok dengar hutang pinjaman rumah sudah selesai. Saya ada perancangan untuk mengurangkan pinjaman rumah. Setakat ini guna duit KWSP untuk pembayaran bulanan pinjaman rumah.

    Pinjaman kereta pun tinggal lagi 3 tahun rasa boleh bernafas sedikit dan tumpuan untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak pula.

  18. hamvoiiii dah abis bayar yea.. tahniah!.. hahaha

    maza skrg ni pun lega tak.. bukan bayar habis rumah, cuma bayar habis duit motorsikal yg dibeli 4 tahun sudah.. motor lagenda 110cc satu kali sudah.. ahaks.. hehehhe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Inilah Bahagian Hidup. Tanpa Jangka Tanpa Sangka.My Profile

  19. Ibu Mifzal Arsyad says:

    seronoknya kak..sy lak br tambah hutang beli rumah..huhu
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Tarikh Keputusan SPM 2012 Dan Cara SemakanMy Profile

  20. alhamdulillah…suami saya lebih arif selok belok pinjaman..rumah kereta semua habis bayar dlm masa 5-7 tahun saja..kami cuma hidup dgn gaji basic suami..sangat sederhana..bonus elaun komisyen kwsp2 suami memang bayar pinjaman semua..

    walau kami tak hidup mewah..tapi kami takde lagi hutang rumah dan kereta walau umur baru nak masuk 30..cuma kena tahan sindir orang keliling la macamkan kami miskin sangat..malas nak bising kami bebas hutang..selebihnya simpan utk haji, tabung kecemasan & pendidikan anak2..

  21. tahniah…serta info yg menarik
    Jom terjah post menarik dari notainsan ..Solat Malam DirikanlahMy Profile

  22. Salam,

    Terima kasih kakjie atas perkongsihan.

    ehemmm….siap main kiss2 dalam entry..hahaha larikkk!!
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang AjaibMy Profile

  23. siapa kata hutang rumah tak leh bayar dgn cepat? boleh, nak tak nak jer..
    saya suka tips yg kak jie bagi. memang sgt2 kena sebenarnya. kdg2 kita lupa bila bagi kat mak ayah dari berbelanja. itu lebih baik sebenarnya..
    pun de hati nak habiskan cepat2 hutang. in shaa Allah tunggu banyak sikit duit akaun 2 tu, lepas tu bayar hutang pokok rumah. ada orang tak tahu boleh habiskan bayar hutang rumah lebh cepat.
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Dunia Tanpa SempadanMy Profile

  24. Terima kasih kakjie. Ia jadi inspirasi buat semua pembaca. Saya jadi tambah semangat nak clearkan hutang rumah lepas dah berjaya selesaikan hutang kredit kad bulan lepas.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Masukkan Dalam Kolam Yang BesarMy Profile

  25. Macam mana surirumah bole beli rumah dan mencarum KWSP??

    Nak tau….please..huhu

  26. terima kasih kak jie atas tip2 … 🙂

    saya suka tip ni: Jangan membeli sesuatu semata-mata kerana ada duit .
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Cek Nuffnang ke-13My Profile

  27. terima kasih atas tip yang diberikan tu kak jie. buat masa ni.. sedang dalam process membayar kredit kad. nak kasik clear. tapi tu la… dalam dok bayar.. bila tenat.. tertoreh jugak. itu pon toreh pasal nak isi minyak kereta.

    kesah terguna kredit kad ni pon pasal kereta lama. masa kereta saga jahanam itu hari.. kene overhaul sampai 3k lebih. hampir pengsan.. mane nak cekau.. memang dilema habis.. antara nak repair ke tanak kereta tu… kalau tak repair.. mcm mane nak pergi kerja.. dah la itu je kereta dok ada untuk pergi kerja.. kene bawak anak sekali. sebab taska anak dengan office.

    nak tak nak.. toreh la jugak.. kasik repair kereta lama. ekoran selesai masalah tu.. hari hari mendatang.. kereta semakin meragam.. ku merasakan yang kereta saga tu dah tak mampu nak memberi perkhidmatan. mungkin dia perlu rehat.. jadi putuskan kasik dia berehat.. dan carik kuda baru pulak.

    sekarang membayar 2 hutang tertunggak. hehehe.. rumah sewa nak kene bayar 500 setiap bulan.. kad kredit lagi.. ansuran kereta lagi… itu belum campur tolak minyak tol.. makan pergi kerja.. belanja isteri pergi kerja.. teksi dia barangkali hujan… tambang bas.. LRT.. erk.. owh lupe.. sekarang.. TASKA anak dah dua orang. dulu sorang RM250. kalau dah dua? kekeke.. jumlah sebulan gaji bersih ada la dalam dua tiga ratus kah kah kah.. itu belom tolak nak pi makan kepsi sebulan sekali… hadeii… lawakk~

    ape pon… nak kata kaya tu idak la.. bersyukur masih boleh meneruskan kelansungan hidup walaupon tak mewah macam orang lain. jeles tu ade la jugak, tengok orang dok bercereta sakan.. shopping sana-sini kan. instagram gambar makan sedap-sedap. kengkadang anak teman kat FB, tengok orang post gambar makan sedap… sedap.. anak kata: “Abah.. nak…!”, TERASA macam kene paku jugak la dengan permintaan macam tu. budak dalam dok besar tu… apa yang dia faham. cuma boleh ceritakan.. nanti kalau dah gaji.. kita pi beli. sape tak teringin nak beli hadiah mewah kat isteri.. nak bawak anak jenjalan.. beli baju baru… semua orang teringain… tapi dek disebabkan tak mampu.. kita redo je la.

    cam kak jie cakap la kan.. orang lain.. ade part rezeki masing-masing. jeles tetap ade. tapi selesaikan dulu masalah kita. Insyaallah.. tak besok lusa.. ade la tu. cuma barangkali dalam bentuk lain. mungkin bukan dalam bentuk material. cuma barangkali memang kita ni manusia.. cuma memandang, nikmat tuhan dalam bentuk material.. kalau kesihatan.. kita tak berapa nak perasan nikmat tu.

    orang jalan sana-sini pon.. kita pon teringin gak. ape kan daya.. duit memang ngam-ngam diguna sampai hujung bulan tanpa boleh corner kiri atau kanan. kalau corner terlebih.. alamatnya.. leper la muka mencecah jalan pada bulan itu. jenuh pulak carik uncle PNB atau Uncle Haji. kahahaha…

    –> Antara beberapa perkara yang selalu diamalkan
    ada satu dua je yang tersangkut.. yang lain.. masih dalam usaha memperbaiki kearah yang lebih elok. hahaha.. orang kata.. kita ni baru nak belajar hidup.. macam ni la.

    p/s: dari tadi dok scroll atas bawah.. atas bawah.. dah abis bayar rumah dapat geran rumah tak??? mesti geran dia sebesar geran tanah jugak kan? kekeke

    p/ss: rasanya kali ni saya tidak melawan tuan tanah. sekian.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..BigPicture: Sepetang di PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA – #vol2My Profile

  28. Info menarik dan berguna. Memang betul, kena bayar zakat, sedekah, bagi mak ayah walaupun sedikit…cuma saya takder side income. takde kebun…. jadi gaji saya memang utk keluarga. bonus pun baru dapat beli pakaian utk diri dan anak2… Belum rezeki utk buat seperti kak jie…. tapi akan berusaha ke arah itu
    Jom terjah post menarik dari eddy ..Suasana Perkahwinan Ali SuffiMy Profile

  29. satu tips yang cukup berharga dari orang yang berpengalaman.. ilmu pengurusan duit
    Jom terjah post menarik dari KiD ..Happy Birthday My Sha | 31 Tahun SudahMy Profile

  30. saya percaya pada bersedekah dan juga menghulur pada orang tua.
    suami pun kata, kalau tak banyak pun hulur jugak pada mereka. yang penting kita ikhlas dan cuba menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. hati orang tua akan gembira dan mereka pasti akan mendoakan yang baik2 utk kita. doa ibu bapa ini pasti didengar oleh Allah.
    Jom terjah post menarik dari Cik Norfa ..7 Bulan yang indah.My Profile

  31. sekurang2 nya kena ada income lain atau sumber kewangan sikit untuk buat simpanan. hmm,tengah cari sumber lagi ni nak buat saving..
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau PraktikalMy Profile

    • kebun yang hasilkan sumber sampingan itu juga dibeli sendiri, hasil simpanan…bukan harta warisan orang tua.

      kak jie tak ada ilmu tentang pelaburan hartanah mcm orang skrg, jadi kami masih konservatif tentang kebun, tanah dan rumah. tak pandai untuk melabur di bidang lain.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebin AwalMy Profile

  32. tips macam ni yang saya nak sangat , maklum la .. mak saya pun bukan jenis org beli rumah banyak2 … terima kasih kakjie , insyallah bersemangat nak simpan duit
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Memborong di Plaza GM Kuala LumpurMy Profile

    • bee, buat potongan kwsp
      orang yang pendapatan tak tetap pun boleh,
      penyata kwsp tu penting bila nak buat pinjaman, itu bukti kepercayaan bank pada kita.
      slip gaji kita boleh reka, cipta tapi penyata kwps tu bukti kukuh
      sebab tu kak jie boleh beli rumah beli kereta guna nama sendiri, gunakan penyata kwsp sebagai bukti ada pendapatan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebih AwalMy Profile

  33. Saya lemah sikit bab pengurusan wang. Nasib baik ada isteri yg tolong jagakan akaun. Bila laa agaknya dapat beli rumah. Takpon dapat setelkan hutang2 yg ditanggung sekarang ni.
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Isteri Tak Sihat, Suami Masuk DapurMy Profile

  34. Kelemahan Orang Melayu ini adalah pengurusan duit. ILMU pengurusan duit mesti dicari supaya tidak ada pembaziran dengan membeli barang-barang yg tak perlu.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Philips Modern Man – Bagaimana Ariffshah Mengalahkan Top Blogger Lain?My Profile

Trackbacks

  1. […] Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebin Awal […]