Bantuan Persekolahan RM 100 Akan Dibayar Pada 15/1/2013

RM100-bantuan-murid-sekolah

edit : Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah RM 100 tahun 2014 ( klik link )

RM100-bantuan-murid-sekolah

Antara intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh PM pada September 2012 lalu ialah Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar pada Januari 2013.

Pemberian yang diberi nama Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 bagi tahun 2013 akan mula dibayar pada 15 Januari 2013 ( Selasa ).  Bantuan  RM 100 ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh penjaga murid.

Seperti tahun lepas,  saya mempunyai hanya seorang anak yang bersekolah.  Dapatlah Intan RM 100.00 sekali lagi.

Syarat untuk mendapatkan Bantuan Persekolahan RM 100.00

  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2013
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) , Sekolah Agama Negeri ( SAN ) dan Sekolah Swasta ( tidak termasuk sekolah-sekolah antarabangsa/ekspatriat ) yang berdaftar dengan kerajaan.

Dalam perkeliling tersebut ,  perenggan 7.4(e) menyebut :

  • Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai sepenuhnya.  Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

Rujuk Pekeliling:

RM 100 tu boleh beli buku tulis, buku kerja , T-shirt rumah sukan atau T-shirt PJK dan keperluan lain. Alhamdulillah….

23 Replies to “Bantuan Persekolahan RM 100 Akan Dibayar Pada 15/1/2013”

  1. Pingback: Bantuan Persekolahan RM100 mula dibayar 15 Jan | AkuBiomed

Comments are closed.