Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013

Tanjung Langsat

Pantai Pasir Layar

Selepas berkongsi Jadual Persekolahan 2013,  hari ini kita intai pula hari-hari cuti umum 2013 di Malaysia. InsyaAllah, semoga kita dipanjangkan umur untuk bersama hingga ke tahun-tahun mendatang.

Ini adalah cuti umum yang dikeluarkan dari laman web www.kabinet.gov.my

 

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2013

  1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) – 24 Januari  2013 (Khamis) – Semua negeri
  2. Tahun Baru Cina – 10 Februari 2013 ( Ahad ) – Semua negeri
  3. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – 11 Februari 2013  (Isnin) – kecuali Kelatan & Terengganu
  4. Hari Pekerja – 1 Mei 2013 ( Rabu )  – Semua negeri
  5. Hari Wesak – 24 Me 2013 ( Jumaat ) – Semua negeri
  6. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 1 Jun 2013  (Sabtu) – Semua negeri
  7. Hari Raya Puasa – 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat ) – Semua negeri
  8. Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2013 (Sabtu) – Semua negeri
  9. Hari Malaysia – 16 September 2013 (Isnin) – Semua negeri
  10. Hari Raya Qurban – 15 Oktober 2013 (Selasa) – Semua negeri
  11. Hari Raya Qurban (Hari Kedua) – 16 Oktober 2012 (Rabu) – Kelantan & Terengganu sahaja
  12. Hari Deepavali – 2 November 2013 (Sabtu) – kecuali W.P Labuan & Sarawak
  13. Awal Muharam (Maal Hijrah) – 5 November 2013 (Selasa) – Semua negeri
  14. Hari Krismas – 25 Disember 2013 (Rabu) – Semua negeri

 

Terimakasih untuk encik pemilik blog untuk orang dewasa sahaja kerana buatkan table ni.  Klik untuk zoom in atau klik sini untuk pdf – Hari Pelepasan Am 2013

 

bercuti di gunung kinabalu

Kinabalu Pine Resort., Kundasang

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2013

  1. Tahun Baru 2013 – 1 Januari 2013 (Selasa) – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor sahaja.
  2. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – 14 Januari 2013 (Isnin) – Negeri Sembilan sahaja
  3. Hari Keputeraan Sultan Kedah – 20 Januari 2013 (Ahad) – Kedah sahaja
  4. Hari Thaipusam – 27 Januari 2013 (Ahad) – W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya,Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor sahaja
  5. Hari Wilayah Persekutuan – 1 Februari 2013 (Jumaat) – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya sahaja
  6. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – 11 Februari 2013 (Isnin) – Kelantan & Terengganu sahaja
  7. Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – 4 Mac 2013 (Isnin) – Terengganu sahaja
  8. Good Friday – 29 Mac 2013 (Jumaat) – Sabah & Sarawak sahaja
  9. Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – 15 April 2013 (Isnin) – Melaka sahaja
  10. Hari Keputeraan Sultan Perak – 19 April 2013 (Jumaat) – Perak sahaja
  11. Hari Keputeraan Sultan Terengganu – 26 April 2013 (Jumaat) – Terengganu sahaja
  12. Hari Hol – 7 Mei 2013 (Selasa) – Pahang sahaja
  13. Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – 17 Mei 2013 (Jumaat) – Perlis sahaja
  14. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – 30 & 31 Mei 2013 (Khamis & Jumaat) – W.P Labuan & Sabah
  15. Perayaan Hari Gawai Dayak – 1 & 2 Jun 2013 (Sabtu & Ahad ) – Sarawak sahaja
  16. Israk dan Mikraj – 6 Jun 2013 (Khamis) – Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja
  17. Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia – 7 Julai 2013 (Ahad) – Pulau Pinang sahaja
  18. Awal Ramadan* – 10 Julai 2013 (Rabu) – Johor, Kedah & Melaka sahaja
  19. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – 13 Julai 2013 (Sabtu) – Pulau Pinang sahaja
  20. Hari Nuzul Al-Quran – 26 Julai 2013 (Jumaat) – Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  21. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak – 14 September 2013 (Sabtu) – Sarawak sahaja
  22. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – 5 Oktober 2013 (Sabtu) – Sabah sahaja
  23. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka – 12 Oktober 2013 (Sabtu) – Melaka sahaja
  24. Hari Raya Qurban (Hari Kedua) *- 16 Oktober 2013 (Rabu) – Kedah & Perlis sahaja
  25. Hari Keputeraan Sultan Pahang – 24 Oktober 2013 (Khamis) – Pahang sahaja
  26. Hari Keputeraan Sultan Kelantan – 11 & 12 November 2013 (Isnin & Selasa ) – Kelantan sahaja
  27. Hari Keputeraan Sultan Johor – 22 November 2013 (Jumaat) – Johor sahaja
  28. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – 9 Disember 2013 (Isnin) – Johor sahaja
  29. Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2013 (Rabu) – Selangor sahaja

 

EDIT :

  • * Pengumuman: Kerajaan Negeri Melaka telah meminda tarikh Hari Jadi TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka bagi tahun 2013 dari 12 Oktober 2013 (Sabtu) ke 11 Oktober 2013 (Jumaat).
  • * Pengumuman: Hari Deepavali bagi tahun 2013 telah ditetapkan pada 2 November 2013 (Sabtu) melalui Pemberitahuan Warta No. 36947 bertarikh 23 Oktober 2012.

Seksyen 8, Akta Cuti Kelepasan, 1951.  : Cuti kelepasan bergaji.

Sekurang-kurang 11 hari cuti kelepasan yang diwartakan (termasuk lima cuti awam wajib;  Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, Hari Keputeraan Raja-raja/Hari Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia) dalam satu tahun kalendar dan pada mana-mana hari yang diisytiharkan cuti kelepasan am.  Sumber : www.mida.gov.my

pantai lido

Pantai Lido

Bila saya senaraikan cuti-cuti umum 2013 tersebut, barulah saya nampak beberapa perkara menarik yang selama ini saya tak tahu.  Kiranya berbaloi jugalah  saya copy paste edit semua senarai dari jadual pdf tersebut.  Selama ini cuma tahu tapi tak pasti. Sekarang bila diteliti jadual  seperti, barulah faham beberapa perkara.  Antaranya :

  • Tahun Baru Cina –  Kelantan & Terengganu hanya mendapat 1 hari cuti am persekutuan dan 1 hari lagi cuti sebagai cuti am negeri.
  • Bukan semua negeri yang bercuti pada 1hb Januari.  Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis tak cuti.
  • 5 hari cuti umum  wajib ialah :
  1. Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2013
  2. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-raja/Hari Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja – 1 Mei
  5. Hari Malaysia – 16 September
  • Laman web Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ( MADA ) mencatatkan minima cuti umum ialah 11 hari termasuk 5 hari  cuti awam yang wajib.  Laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia mencatatkan jumlah minima cuti umum yang diwartakan ialah 10 hari termasuk 4 hari cuti awam yang wajib.
  • Cuti umum untuk Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) & Perayaan Hari Gawai Dayak ialah 2 hari.
  • Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ialah 2 hari
  • Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Dalam keadaan nama untuk cuti umum, perisytiharan adalah yang lebih tepat.

* Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan.

bot ke pulau kapas

Pulau Kapas

Semakin banyak saya membuat rujukan/ cross-reference, semakin banyak fakta menarik yang ditemui.    Saya ambil masa 3 hari untuk siapkan entri ini.    Rujukan ke beberapa laman web rasmi kerajaan juga Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

©kujie – seronok pula buka folder gambar bercuti bersama keluarga, sekarang anak² dah berbeza kolej dan universiti… nak dapatkan cuti yang serentak pun dah susah.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. It’s a pity you don’t have a donate button! I’d most certainly donate to this brilliant blog! I guess for now i’ll settle
    for book-marking and adding your RSS feed to my Google account.

    I look forward to fresh updates and will share this
    blog with my Facebook group. Talk soon!
    Jom terjah post menarik dari kredit mobil ..kredit mobilMy Profile

  2. You truly produced many remarkable tips throughout your posting, “Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 | Hidup Biar Sedap”.
    I am going to possibly be coming back to your page soon. Thanks
    a lot -Sherlyn
    Jom terjah post menarik dari primeawnings.webs.com ..primeawnings.webs.comMy Profile

  3. Seems like u truly fully understand a great deal with
    regards to this particular topic and it demonstrates as a result of this unique article, titled “Fakta Menarik Mengenai Cuti
    Umum Malaysia 2013 | Hidup Biar Sedap”. Thanks ,Mia
    Jom terjah post menarik dari sayyesweddingofficial.blinkweb.com ..sayyesweddingofficial.blinkweb.comMy Profile

  4. “Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 | Hidup Biar Sedap” Accieee
    was in fact a wonderful post. If perhaps it had alot more pictures this would
    definitely be perhaps even a lot better. Take care ,Casey
    Jom terjah post menarik dari http://bing.com/ ..http://bing.com/My Profile

  5. kalu kat malaysia ada cuti raya cina.. kalu kat negara arab tak dpt la cuti raya cina..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Perbahasan Hukum Darah NifasMy Profile

  6. Dah boleh start rancang cuti nie..hihihi….

  7. perancangan cuti yang sistematik baru sistematik bercuti.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau MeranaMy Profile

  8. Terima kasih kak jie utk jadual ni. Mmg nak kena semak mulai tahun depan memandangkan anak sulung dah mula bersekolah =)

    Termotivasi dgn cara kak jie menulis utk satu entri. 3 hari utk enrti ni. Terbaik!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pembelian Online:Kedekut atau Takut?My Profile

  9. Banyak juga cuti rupanya…. huhu… nanti sedar tak sedar tengah cuti :3

    Thanks for share ye :D

    Salam perkenalan, Danial
    Jom terjah post menarik dari Danial ..5 Kunci Untuk Menghasilkan Penulisan Terhebat Sepanjang Zaman!My Profile

  10. dah tahu cuti, boleh rancang percutian, tak gitu?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Membaca dan Menang Buku PercumaMy Profile

  11. tambahan di Para 7,
    Johor juga tidak bercuti pada 1hb Januari.
    huhu sedih…:'(

  12. memang lengkap info ni, tq sebab berkongsi..
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Rahsia hidup bahagia Part 1My Profile

  13. spttnya deepavali dan sabtu dah jth hari sabtu, jumaat wajib cuti, sabtu mmg dah cuti pun

  14. Kenapa hari percutiaannya tida serentak ya ??
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  15. cuti2.. bestnyer
    Jom terjah post menarik dari wanayu ..Samsung Galaxy Note 2My Profile

  16. sejak bertugas mendidik ni memang agak penting jugak jadual cuti camni..hehehe..senang nak booking tiket balik kampung..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..LigatMy Profile

  17. masih terfikir nak ke mana dengan baki cuti yang ada.. carry forward mungkin..?

  18. Adakah ini bermakna cuti hari malaysia , syarikat swasta pon wajib kena ambil ?
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Deman CrepeMy Profile

  19. syaifuddin alias says:

    errr…..saya pening baca yang formal ..haha
    tak paham …ahahhaha

    • baca yang ni – Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Dalam keadaan nama untuk cuti umum, perisytiharan adalah yang lebih tepat.

      sambil hulur panadol
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013My Profile

  20. … saya pula bila bercuti, tangan tidak renggang dari internet, smartphone, tablet dan laptop. Oh! Bila sudah obses, cuti seakan bukan cuti.
    Jom terjah post menarik dari iAwani ..Virus SOPA Merebak Di InternetMy Profile

  21. Selalu ambil perhatian mengenai cuti terutama untuk pelan jadual latihan pekerja supaya tidak berdekatan dengan cuti. :-)
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Kawasaki Z800 The Undisputed Super Middle WeightMy Profile

  22. Walau bagaimanapun, bos saya ‘complaint’, .haishhh.. Malaysia terlalu banyak cuti….
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..RM5 satu kepalaMy Profile

  23. rajin buat homework
    Jom terjah post menarik dari ariff ..Idea: Jual Rumah Tanpa RPGTMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Semak cuti umum 2013  di sini  Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 [...]

  2. [...] Fakta menarik mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 [...]

  3. [...] saya post entri Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 siap dengan prob gambar kapalterbang , kot-kot encik suami faham makna tersurat. Apa lagi maknanya [...]