PBSMR Ganti PMR Tahun 2014

Edit :  Baca entri 19/3/2014 – PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS

 

INi adalah berita terbaru mengenai PBS bertarikh 24 Dis 2013

PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.

Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.

Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.

Oktober lalu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.

Nota : sebagai ibubapa yang anaknya terlibat dengan sistem PBS ini, saya sendiri pun tidak faham apa yang akan berlaku. Saya pesan kepada anak saya – tempuh saja apa yang datang, jangan terkesan dengan sistem.

Apa lagi yang perlu dikata? Kepada anak-anak yang lain, belajarlah seperti biasa. Jangan fikirkan kepada sistem peperiksaan walaupun bukan senang untuk mengabaikan perkara tersebut. Tanamkan dalam diri belajar untuk ilmu, InsyaAllah itu lebih bermanfaat.

Baca – Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat dalam PBS 2014

========================================================================

Ini entri awal bertarikh 1/10/2012

 

Secara rasminya PMR 2014 akan dipanggil PBSMR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah)
Sebagai ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki Tingkatan 3 tahun depan, berita PBS atau PMR 2014 sangat perlu diambil tahu.  Saya pernah menulis mengenai PBS tahun lepas, Sistem PBS Ganti PMR Tahun 2014

Sebenarnya banyak sangat isu PBS yang mendapat feedback negatif apa bila saya buat carian Google sampai saya sendiri pun tak pandai nak tambah macam mana lagi.  Ada yang komen , penilaian tidak telus.

Apa yang mampu saya cakap ” buat sajalah Intan, ini masa awak… tempuh saja apa yang melintang.  Kalau dah buat semua persediaan, apa saja yang lalu depan mata, tempuh saja dengan apa yang telah awak siapkan “

Sebagai ibubapa, selain memberi dorongan , banyakkanlah berdoa.

pelajar form 3

PBS tu apa?

Saya nak cerita pun tak tahu walau pun Intan dah tahun kedua belajar dengan sistem PBS. Laman web KPM menyatakan :

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik

  1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP)
  2. kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Kepada ibubapa, boacalah PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk rujukan.  Sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita yang akan mejadi ‘tikus makmal’ projek ini akan berjaya melepasinya dengan sebaiknya.

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. why cant the government give a very clear instructions to the teacher n students . everything goes head-wire now.

  2. gajaletchumi a/p tharenpalan says:

    tidak bersuka pbs kerana susah sangat ,lebih daripada pmr

  3. shahraan. says:

    PBSMR itu sama macam PMR.soalan saje tukar kepada subjektif.

  4. ELAMARANE PRIYA says:

    saya x faham dgn formatnya

  5. Bagaimanakah format PBSMR? Macam mana result-nya akan keluar, ikut band atau ikut gred? Sila balas, terima kasih.

  6. mia@ cute says:

    assalamualaikum…dengan ini saya mengistiharkan PBS dibubar kan … arap maklom untok seluruh manusia ..,.hahahahahahahaha…..
    kongsi la ktawa bersama saya …k

  7. Nampaknya, macam yg kak jie tulis..sekali lagi anak2 tahun depan akan dijadikan bahan ujikaji…

    tak mustahil…sistem ni akan berubah lagi…moga2, apa jua perubahan yg dibuat…ianya biarlah praktikal dan mampu memberi kesan yg terbaik

    p/s- sama masih samar2 ttg PBSMR ni…anak2 masih kecil..mungkin sistem lain bila tiba masanya nanti =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?My Profile

  8. Jujurnya saya jumpa yang beri respon positif pada PBS, tapi lebih ramai yang saya jumpa beri respon negatif.

    Tidak setuju bukan bermaksud tolak perubahan langsung, kalau guru lebih pandai susun fail daripada mendidik akibatnya lebih parah.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Rihlah Ilmiah: Seorang Penuntut Ilmu Kepada Sang GuruMy Profile

  9. Baru baca. Adik saya ambil PMR tahun ni. Jadi kurang cakna isu PBS. Mungkin kementerian pelajaran nak tiru style oversea yang takde exam, tapi tak reti nak assess budak kut mana.

    Hurm, gitu gayanya, tempuh aje lah. Memang kesian dengar cikgu sekarag pun byk kena buat kerja key in data.
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..Harga Runtuh Collagen Shaklee!My Profile

  10. 2 hari ini saya menjadi panel penemuduga yang mengusarkan saya adalah generasi Y ini macam tidak serius semasa temuduga. Kalau lihat kelayakkan akademik cemerlang dan kagum apabila diuji soalan asas tak boleh jawab. Saya tidak tahu dimana silapnya kalau hendak dibandingkan yang saya ini sudah lama meninggalkan kolej. Mereka ambil jalan mudah dengan berkata lupa dan tak ingat sebab belajar di Semester 1. Saya mampu mengerut dahi sahaja dan pada sama hendak tolong tetapi kalau diri sendiri tidak mahu tolong susahlah. Sebagai panel bukan tanggungjawab saya untuk memberikan jawapan setiap soalan yang dilontarkan tetapi memandangkan kesian mereka ini menghabiskan masa di kolej @ universiti dengan mentelaah ini akhirannya sesuatu yang menyedihkan. Saya akan memberikan jawapan dan menegur mengikut kemampuan saya dan berharap sedikit ilmu yang dikongsikan dapat membaiki diri mereka di temuduga lain.

    Saya melihat kerap sangat pihak pemerintah menukar silibus dengan memperkenalkan perkara baru saya mengharapkan hasil dan kesannya tidak mensia-siakan anak bangsa yang bakal memerintah negara suatu hari nanti.

  11. syahira zalina says:

    kenapa perlu ada pbsmr

  12. yap, kali terakhir. Lepas ini, tak ada lagi dah pmr..
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bayaran komisen terbaru dari Jobdirumah. Yahoooo!My Profile

  13. bila ada pembaharuan, nak stabil tu makan masa… kesian kat student sebab jadi mangsa ‘bahan ujikaji’…
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  14. pbsmr nih boleh digunakan ke untuk apply masuk ke asrama penuh / mrsm?
    Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Wordless Wednesday – Malaysia’s Most Wanted PersonMy Profile

  15. Semuanya bermula dengan kekurangan, kita perbaiki dan perbaiki agar ianya menjadi lebih baik. Insyaallah!
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Belajar pengajian perniagaan dalam tempoh 10 hariMy Profile

    • memang betul ada kekurangan , kita perbetulkan.
      kita kena tengok juga dan timbang mana yang lebih memudaratkan.
      dah 2 tahun.. dan isu-isu asas banyak yang belum diperbaiki…sistem online untuk guru-guru key-in data pun kerap tergendala.

      Ibubapa yang terlihat yang ambil tahu perkembangan sedar ada benda yang tak kena. Kita ada banyak kertas kerja, plan, misi yang jelas yang cantik di atas kertas di bilik mesyuarat tetapi perlaksanaan kering mengecewakan…

  16. Orang kita suka kritik sistem yang ada tetapi pada masa yang sama susah nak terima pembaharuan … selagi sistem ciptaan manusia tiada yg sempurna
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Jadual Waktu PMR 2013 untuk kakakMy Profile

    • Memqng PBS byk kekurangan pun.. bukan keluar daruli mulut ibubapa tetapi dari guru yang melaksana pun.

      Ada banyak perkara tak tersedia sebelum PBS ini dilaksana.

      Sebagai ibubapa yang terlihat, Kak Jie sendiri tahu ada beberapa isu yang tak rasional.

  17. dalam tempoh tertentu corak dan bentuk pentaksiran peperiksaan selalu bertukar seiring dengan matlamat kerajaan…..semoga pelajar dapat mengapplikasikan dengan jaya…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Kasut Swat OriginalMy Profile

    • Utk diri kita anak anak kita.. kita boleh ckp dgn dia tapi jangka panjang dan masa depan generasi akan datang … banyak perkara yang boleh difikirkan.

      • Pada pendapat saya, sistem pbs akan menyebabkan pelajar malas belajar, kesian pelajar yg minat nak belajar. Sebenarnya sekolah adalah tempat untuk mencari dan menimba ilmu. Sejak dari darjah satu dah tak ada peperiksaan penting tiba2 ada peperiksaan s.p.m di tingkatan 5, perasaan, pengalaman dan suasana pelajar yg nak ambil exam s.p.m tak ada. Sekolah adalah untuk menimba ilmu dan peperikssan adalah untuk menilai prestasi pelajar. Sukan dan ko kurukulum tak berapa penting untuk memajukan negara. Pada masa sekarang ni ilmu adalah penting untuk menjadikan negara maju. Saya merayu pada kerajaan supaya jangan mansuhkan exam upsr dan pmr. Kesian pelajar yg cintakan ilmu. Saya rasa nanti ramai pelajar yg ponteng sekolah dan yg malas nak pergi sekolah. Ramai orang yg telah berjaya dan pada masa sekarang hasil daripada sistem yg ada exam upsr dan pmr. Kesian pada pelajar yg suka dan cinta pada ilmu.

Trackbacks

  1. […] boleh baca di sini – Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2014.  Baca juga entri terdahulu – PBSMR Ganti PMR Tahun 2014 dan Sistem PBS Ganti PMR […]