Tarikh Keputusan SPM 2011Diumumkan
Pengetahuan Am

Tarikh Keputusan SPM 2011Diumumkan

belajar memandu

Awal pagi tadi Angah hulurkan jadual kelas memandu. 4 hari terakhir kelas memandu bertindih dengan kelas di kolej,  jadi dia perlu hantar surat permohonan untuk ‘ponteng kelas’. Kalau dah memohon, bukan pontenglah, kan.

“Nasib baik test memandu bukan 23hb”
“Apa tak kenanya dengan tarikh 23hb? ”
Result SPM keluar 23hb…” yakin sungguh dia jawap. Angah kata kawan² facebook dia semua dah bercakap tarikh keputusan SPM keluar pada 23/3/2012. Mungkin ada silibus ‘menilik’ atau ilmu bomoh yang diajar kat sekolah dulu kot…

Sebenarnya tarikh 23 Mac 2012 tu boleh diterima kerana saya pernah mengunjungi sebuah kolej untuk mendapatkan infomasi mengenai kos yang ditawarkan dan bila iklan pengambilan pelajar baru akan dilakukan. Menurut pegawai yang terlibat, beliau menjangkakan keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Mac.

Iklan pengambilan pelajar baru akan dibuat awal bulan April.

Kepada anak² yang sedang berdebar berdegup jantung menunggu result spm yang akan diumumkan itu nanti, jangan lupa semak beberapa tarikh penting yang perlu diberi perhatian.

  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 ( UPU Fasa 2 )  Lepasan SPM 2011 dibuka bermula dari 9 Januari 2012 sehingga 02 April 2012. Tarikh akhir penghantaran semua dokuman adalah pada 19 April 2012 – klik Permohonan UPU Fasa 2
  • Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013  dibuka bermula 6 Feb hingga 20 Feb 2012 untuk dikemaskini – klik Tarikh Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi
  • Tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Program Pengajian Asasi di IPTA ialah 23 Mei 2012
  • Tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Program Diploma di IPTA ialah 3 Jun 2012

Setelah berusaha dengan gigih, sama-samalah kita berdoa semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Intan cakap, kalau result spm keluar 23hb pun ok sebab macam Liyana Jasmay yang tau pasal result SPM dia sewaktu sedang menduduki ujian memandu dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki.
#retis!

p/s – undian tarikh 22/3/2012 lebih menepati

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Tarikh Keputusan SPM 2011Diumumkan

  1. Dalam berita mStar ada nyatakan tarikh keputusan SPM 2011 dijangka keluar pada 22/3/12 (Khamis) tapi Majlis Peperiksaan Malaysia belum umumkan secara rasmi. kita tunggu & lihat sajalah…

    * tahun ni masuk tahun ke-4 saya berdebar menunggu keputusan SPM (subjek Sejarah) anak2 murid. Mahu tak tidur malam dibuatnya. Cikgu yang terlebih debaran..anak murid cool aje 😉
    Jom terjah post menarik dari Laili ..Wordless Wednesday : Medela & Autumnz PilihankuMy Profile

  2. OMG!! dah na dekat bulan 3… result na kelaur da…. oh result, apakah gerangan kamu di sana???

  3. Since Kujie dah sebut perkara ni…akak nak kongsi perkara penting juga lah kat sini:

    Kepada calon yg sedang menunggu keputusan SPM dan sangat bercita2 tinggi nak buat Medic, Farmasi dan Pergigian atau nak buat Pengajian Islam di Mesir….. sekarang adalah masa yg sesuai mendaftar diri……booking quota

    Nak buat Medic di Mesir hanya memerlukan keputusan SPM sahaja….untuk kemasukan julai 2012 sudah dibuka…mereka yg menduduki SPM 2010 dan 2011 adalah layak memohon….

    Kalau daftar sebelum keputusan SPM dibuat RM499 tapi kalau daftar selepas keluar result SPM kosnya jadi RM750…..quota adalah terhad.

    Nak buat Medic di IPTA calon mestilah lulus 4A dalam matrikulasi @ Asasi Sains…Al Azhar hanya memerlukan sijil SPM anda sahaja…..sekurang2nya B dalam semua matapelajaran

    Kepada yg berminat sila hantar keputusan SPM 2010 @ keputusan percubaab SPM 2011 anda ke sini zatajul@gmail.com
    Jom terjah post menarik dari kakza ..ZARIYA koleksi terkiniMy Profile

    1. mana tidak nya bro…penat penat cikgu mengajar tapi anak murid boleh gagal tak ker kecewa, cuba kalau anak murid lulus cemerlang wah..cikgu bagaikan dapat durian runtuh…
      Jom terjah post menarik dari ishak ..Cinta apa ada dengannya ?My Profile

  4. pasti ke 23/3? hari jumaat kan?
    selalunya keputusan keluar hari khamis kan? 🙂

    itu tak penting. semoga berjaya untuk Angah

      1. tarikh tu memang tak penting bagi kita, yang penting bagi calon2.
        masa ni lah paling best nak psiko diorang. hehehehe

Comments are closed.