Ujian Kecenderungan Kemasukan

By Kujie, 17/11/2009 7:15 am
Mengikut slip bercetak untuk rujukan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) tarikh ujian UKKM adalah 11/12/2009.

Mengikut kalender kuda depan saya yang tinggal hanya 2 helai, tarikh 11/12/2009 adalah cuti umum bagi Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Selalunya urusan rasmi tidak dijalankan pada cuti umum. Sultan dah bagi cuti, suruh pergi kejubus (rewang) kenduri kahwin. Hari Jumaat pula tu, boleh bersambung cuti hujung minggu yang panjang.

Telefon pejabat MARA Jalan Raja Laut. Sekali dering, dua kali dering , dua puluh kali dering pun belum diangkat. Bersangka baik, mungkin ibubapa lain juga menghubungi pihak berkenaan.

Akhirnya dapat sambungan 3766.

” Sekejap ye Puan ” Tunggu lagi. Mungkin sebelum ini belum ada ibubapa yang bertanya soalan ini, jadi kena rujuk pihak atasan.

” Ujian akan dijalankan seperti biasa”.

Kepada ibubapa dan pemohon penduduk Negeri Selangor, Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM ( UKKM ) Tingkatan 4 tetap berjalan seperti yang dirancang pada 11/12/2009 ( Jumaat ).

Harijadi Tuan Tanah pun nak kerja ? Kedai runcit Maniam pun kibar bendera, Workshop Ah Chong pun katup kedai kibar bendera. Tak takut Tuan Tanah murka ke? :mrgreen:

Dari laman web MARA:

Apakah yang dimaksudkan dengan UKKM?

UKKM adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 dan mengandungi 3 aspek utama :
a. Matematik – (40 soalan )
b. Sains – (50 soalan)
c. Keperibadian – (100 soalan )
(Ujian Matematik dan Sains berdasarkan Sukatan Pelajaran Menengah Rendah).

Adakah UKKM diwajibkan kepada pelajar-pelajar di Sabah / Sarawak?

UKKM tidak diwajibkan bagi calon Sabah dan Sarawak kerana masalah logistik di kedua-dua negeri ini menimbulkan kesukaran kepada pihak MARA untuk melaksanakan ujian ini di negeri-negeri tersebut.

EDIT : 24/11/2009 – surat rasmi diterima dari MARA untuk menduduki UKKM

lokasimrsmkkb Ujian Kecenderungan Kemasukan
Lokasi MRSM Kuala Kubu Baru
kredit : laman web mrsm kkb.

Peringatan :

Tarikh UKKM : 11/12/2009
Masa : 8.30 pagi – 12.20 tgh

1- Bawa Kad Pengenalan dan Angka Giliran PMR
2- Tiba 15 minit lebih awal
3- Pakai seragam sekolah dengan lengkap dan kemas
4- Bawa bekal untuk waktu rehat ( kemungkinan tiada kantin di pusat ujian)
5- Boleh bawa kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan sahaja.

©Kujie – Semalam tengok Google Reader pun tak ramai update blog, blogroll pun tak ramai update blog……… saya pun berjangkit malas update blog. Hujan² ini, kurang ghairah….:lol:

Post Lain Yang Berkaitan

70 Responses to “Ujian Kecenderungan Kemasukan”

  1. [...] masih ingat bagaimana saya menjelajah ruang maya mencari maklumat mengenai Ujian Kecenderungan Kemasukan ( UKKM ) yang Angah cakap susah giler… bagaimana drive shaft kereta saya rosak waktu pulang dari [...]

  2. [...] ini hantar Angah untuk duduki UKKM di MRSM Kuala Kubu Baru. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba bunyi letupan yang agak kuat. Saya rasa tayar dah pancit sebab [...]

  3. aahanim says:

    owh..sume objektif ek? ade spe2 amk kt mrsm kkb esok? saye sesi 2

  4. fiq says:

    kita jumpa di sna blako…
    ;-) :smile: :razz: :mrgreen: :lol: :grin: :cool:

  5. nur adnin says:

    siti..
    salam..nk tanye cket …kan hari tu mara ade hntr srt ke rumah kan…srt tu kena bawa sekali ke mase ujian ukkm?….srt saye dh hlg mcmne yeh….tlglh jwb…

    surat awk hilang??sy pon ada sampai surat tuh….dalam surat tuh cakap bawak ic n angka nombor giliran

  6. nur adnin says:

    dengar khabar
    budop mrsm oyok
    paper math n scien objektif belako
    takdop subjektif..dengar khabar..jer…x tau kesahihan.
    harap ada org perbetlkn sekira sy ni salah
    sy sesi 2 kat mrsm jeli :smile: :smile: :grin: :grin:

  7. fiq says:

    alia..
    sy ambik ujian kt mrsm jeli..
    pkul 2.30pm..

  8. amOur.. says:

    hmm, soaln ukkm ny mmg btul jmlh dye or juz…

    huhu~.. juz asking. :smile:

  9. saye:) says:

    ade x sesapa amek test 2 kat mrsm kb????

  10. iera says:

    :sad: ade contoh soalan die tak huh??

  11. azry says:

    bleh tanye tak !! sye ambik ujian 10/12 ny … megenai ujian kecndrugan 2 kan ,sye nk tau soaln dia brbentuk cmne eah!! tolong blas scpt mgkin!!

  12. fiq says:

    smua objektif rase2 nya la
    ;-) :smile: :mrgreen: :cool:

  13. saye:) says:

    nk tye skt.. test 2 soalan dye subjektif or objektif????

  14. fiq says:

    sy ada ujian kmasukn mara pd 7.12 ni…
    debar la jgk…
    leh tahu soaln ujian tu sama ke dgn ujian yg biase kita jwb???
    mksud sy bgaimana bntuk soaln yg dia tnya??

  15. nicegirl says:

    salamm… ;-)
    sy nk tnya…
    sbnrnya yg maner satu btul untuk soalan ukkm…
    ader yg kata..
    100-math
    100-sn
    100-keperibadian…
    huh pening… :roll:
    kalau bleh nak th sbb nak standby jer..
    terima kasih..
    hepi holidays.. :razz:

  16. aahanim says:

    salam..thanks 4 da information..ade sesape x kt sini amik ujian ukkm kt mrsm kkb pada 9/12 /2009? saya amik pukul 2.30-5-30..sesi 2

  17. Anonymous says:

    sye isi borang ke mrsm scara on9 shja…
    sepatutnya kne anta cetakan borang on9 trsebut n dokumen2 yg dkendaki…
    sye dpt surat drpd mrsn yg sye dpt mnddki ujian kecenderungan 2…
    tpi layak ke???

  18. ingin tahu.. says:

    salam.. kepada sesape yg thu.. nk tanye sket nie psl ujian UKKM tu.. camne ek format ujian tu n mmg xde ke contoh soalan tu? terima kasih kepade sesape yg sudi memberi jawapan.. :| :roll:

  19. mysara says:

    btol ke kalo sye hnya bw angka giliran dan ic…????

  20. mysara says:

    Samekom..sye k tnya ckit..msa mk sye isi form online tu dia tak print slip lbih…mcm mne ye????tlg bls scpt mungkin…

    • Kujie says:

      @mysara, slip tu hanya untuk simpanan kita, utk rujukan saja

      MARA ada hantar surat , kan?
      Kat surat ditulis spt ini :

      1- Bawa Kad Pengenalan dan Angka Giliran PMR
      2- Tiba 15 minit lebih awal
      3- Pakai seragam sekolah dengan lengkap dan kemas
      4- Bawa bekal untuk waktu rehat ( kemungkinan tiada kantin di pusat ujian)
      5- Boleh bawa kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan sahaja.

      Itu sajalah yang diperlukan

      • siti says:

        salam..nk tanye cket …kan hari tu mara ade hntr srt ke rumah kan…srt tu kena bawa sekali ke mase ujian ukkm?….srt saye dh hlg mcmne yeh….tlglh jwb…

  21. anis.. says:

    time exam tu nnti ikut angka giliran ke x?? :?:
    a bit scared la…. ;-)

  22. anis.. says:

    hmm,nape anis kne pegi 8/12??tmpat nak amik exam tu kat kolej profesional MARA Beranang…jauh ke??nnti ade sbjk ape ye??mt nagn sc je ke??bi ade x??

    • Kujie says:

      @anis.., masa isi form , kita kan dah pilih tempat nak ambil ujian dan masa yang kita nak…jadi kalau dah pilih masa dan tempat – ke situlah kena pergi ambil ujian

      tempat ujian dengan pilihan tempat belajar – 2 perkara berbeza

  23. syida says:

    salam…
    s0wie…
    nk tnye sket…
    tyme ukkm tue…
    kena bwk slip pmr ke??
    dlm surat dye tulis angka giliran pmr…

    s0meone tolong reply secepat mungkin…
    please sgt2
    syida´s last blog ..[FULLY] 5TeEn My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @syida, 11/12 tu dah dapat result pmr ke?

      belum kan?

      angka giliran tu kan kita dah ada waktu daftar untuk ambil PMR

      pakai uniform sekolah dan bawa kad pengenalan
      bawa juga slip yang kita print selepas kita isi form online.
      Borang maklumat peribadi dan no, turutan

      • syida says:

        @Kujie,
        syida punye exam 14/12
        mksud syida
        slip nk msuk dewan peperiksaan pmr tue…
        bkn slip result…
        ade yg ckp kena bwk..
        mslhnyer slip syida dah hilang…
        sob3~~

      • syida says:

        @Kujie,
        borang maklumat peribadi dan no,turutan tu ape??

        • Kujie says:

          @syida, dah ada kata laluan ke belum?

          langkah pertama : pergi ke pejabat MARA terdekat, bawa slip keputusan Percubaan PMR dan pegarai MARA akan registerkan untuk pemohon.

          Pegawai MARA akan bagi kita satu salinan bercetak yang mengandungi alamat URL
          contoh : http://mohonmara4.mara.gov.my.:9095/form4/ login.jsp dan kata laluan.

          Langkah kedua : online

          masuk ke alamat url yang diberikan , isi angka giliran > ini adalah angka giliran PMR dan katalaluan yang diberikan tadi.

          Langkah ketiga : isi borang online – maklumat peribadi / sekolah pilihan/pusat ukkm yg dipilih

          Bila dah submit borang online tersebut, kita akan dpt satu page maklumat peribadi pemohon. Kita boleh cetak untuk simpanan.

  24. beliamuda says:

    UKKM ni bahagian soalan math dan sains agak mencabar sikit.. soalan keperibadian tu tak payah pk sangat.. jawab je apa terlintas.. soalan banyak sangat yg tu, jadi apa yang terlintas, pangkah je..
    beliamuda´s last blog ..(Wali Band) Puaskah – Luahan hati yang terluka My ComLuv Profile

  25. Pocket says:

    ada plak ukkm!!
    pocket dulu masuk MRSM jgak, beseri…
    tak der pon, well maybe things have change radically from those years that nasi goreng was still sold for 1.50 :)

    basically kalau tak amik UKKM ni kurang lah peluang tu nak masuk MRSM kan?
    alahaaaiiii… pocket dah terlambat.. (Untuk adik!! untuk adik!!!!)
    Pocket´s last blog ..227. K0ngkek!! My ComLuv Profile

  26. Kak Long says:

    Ujian tu kena jalankan serentak di seluruh negara. Tapi takkan tak boleh anjak pada hari yang tidak melibatkan cuti umum mana-mana negeri, kan? Mungkin lepas Kujie tanya, dia orang semak balik dan umumkan tukar tarikh pulak seluruh negara…. :mrgreen:
    Kak Long´s last blog ..Bakal YB My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kak Long, mungkin masa susun jadual tak perasan selangor cuti…tapi saya tak ada masalah..dekat je MRSM KKB tu…cumanya Angah waktu tu dia kat Darul Hasanah utk program smart al -quran. mgkn balik utk satu hari, lepas ambil ujian , masuk balik ke kem

  27. samdaddycool says:

    Ohh.. nak masuk MRSM kena ambil ujian saringan ekk? Tak pernah tahu, kalau RMC dulu saya pernah pergi temuduga, tapi kandas… :mrgreen:
    samdaddycool´s last blog ..Make money 2 in 1 : Adsense + Triond My ComLuv Profile

  28. yonna says:

    takkan tak reschedule kot ma? :lol: haaha ada yang murka nnt
    yonna´s last blog ..Y571 : Cara-Cara Membuat Protected Entry di Blogspot My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @yonna, mmg tak boleh la tu..sbb membabitkan seluruh negara tapi nampak mcm tak elok je la..tapi peduli apa , kan… kan….. dah ditetapkan , kita mana ada pilihan :mrgreen:

  29. ainsufian says:

    Good luck tuk anak kak jie.
    Semoga tuan tanah tak marah bile org2 selangor duyun2 bawak anak gi amik ujian tu.

  30. izzah says:

    salam kak jie..
    1st of all..selamat maju jaya untuk anak akak..
    wish him..best of luck!

    tuan tanah sekarang dah lebih tolerance..
    takpe kot wat time birthday dia.. :grin:
    izzah´s last blog ..Sesak Menyiksa My ComLuv Profile

  31. tekkaus says:

    Ya. Kawan saya dulu pernah beritahu tentang ujian ini. Ini penting kan untuk menyaringkan pelajar yang benar-benar layak. :D
    tekkaus´s last blog ..Goodbye to You My Trusted Friend My ComLuv Profile

  32. denaihati says:

    puluhan tahun dulu saya pernah di bawa oleh cikgu untuk attend UKKM untuk tingkatan 1… setelah beberapa bulan dapat keputusan GAGAL. cikgu sungguh kecewa tapi saya tak faham pun…selang beberapa minggu dapat offer masuk sekolah sains …cikgu punyalah gembira tapi saya tak faham lagi sebab sebelum tu belum pernah ada seorang pun murid sekolah tu masuk asrama penuh…
    denaihati´s last blog ..Sediakan Payung sebelum Hujan My ComLuv Profile

  33. megat says:

    oh ada ujian utk masuk MRSM. saya nak ambil ujian tu boleh tak kak? (kah3). asal ada ujian je nak amik (he3).

    nak tunggu anak beso, lama lagi (hu3)
    megat´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia, Hidup Biar Sedap Layak Menerima Pencalonan! My ComLuv Profile

  34. Aykay says:

    salam kak jie,

    lama saya membisu. rehat sat.

    saya pun tengah tunggu MARA buka kaunter utk ting1.
    Pasal ujian UKKM tu tak pe buat hari cuti umum kot, lagipun MARA kira bawah Fed, so tak cuti. boleh mak ayah Sgor p shopping lepas hantar anak ke UKKM
    Aykay´s last blog ..Pengajaran, Penderaan dan Penganiayaan My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Aykay, kalau alasan bawah Federal, JPJ KKb kena buka tau… :lol:

      Tak de isu sebenarnya..cuma nak kepastian sebab kebiasaannya urusan macam ni tak dibuat pada cuti umum.

      Mak2 kena double checking – cuti ke tidak. Itu saja :lol:

  35. CypherHackz says:

    Tetapi ada gak kelebihan dia. Bolehlah mak bapa yang bekerja pergi hantarkan anak mereka ke UKK tu sebab hari tu hari mereka cuti.

    • Kujie says:

      @CypherHackz, sebenarnya saya tak kisah pun ujian tu dijalankan hari apa sebeb kita yang pilih di mana kita ingin mengambil ujian tersebut.

      Dekat saja dari rumah..cuma kenapa dalam banyak2 hari…. hari tersebut dipilih. Hari cuti umum.

      Harijadi Tuan Tanah tu… :grin:

  36. ~mrs azmi~ says:

    isk kang murka tuan tanah tu kan susah… tapi agaknye pihak MARA malas nak reschedule balik kot! ecece bersangka baik :lol: :lol:

    saye pon malas nak apdet blog.. dok menepek kat umah orang jek! :mrgreen: :mrgreen: kat opis pon mendung semacam jek isk2
    ~mrs azmi~´s last blog ..ku ingin terbang~ My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @~mrs azmi~, terlepas pandang kot..sebab diuruskan oleh HQ Pusat.

      p/s – kak jie tak update sbb time hujan2 ni perut asik menyanyi je…so kejap masak, kejap wat laksa, kejap masak kek..lepas tu goreng keropok leko, lepas tu wat teh….kejap nak kopi..hahahaha :lol:

  37. arin says:

    so, ujian tuh akan diadakan kat sekolah ke kak jie?ramai la mengeluh nnt, waktu cuti kna kerja..

Panorama Theme by Themocracy