Yuran Guaman Pelepasan Gadaian

Selepas  bertungkus lumus mengikat perut,  pecahkan segala tabung ayam tabung gajah yang ada, akhirnya saya berjaya melangsaikan pinjaman perumahan 2 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.  Berita gembira ini tak dapat diraikan seperti khabar gembira lain kerana akaun dah kempis.  Tetapi kalimah bersyukur itu memenuhi ruang rasa dalam jiwa.  Bagai gugur satu beban yang digalas.

Selapas dah habis bayar, kenalah hubungi bank untuk langkah seterusnmya.  Baca entri tersebut di sini – Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebih Awal

Proses seterusnya ialah bank akan hantar kepada peguam untuk proses  discharge of charge ( pelepasan gadaian ).

Bila bank sebut itu urusan peguam, automatik saya terus pahat dalam kepada akan ada bayaran yang perlu disediakan.  Bank cuma keluarkan pinjaman tak kurang tak lebih walau satu sen.  Semua urusan proses memohon pinjaman dan proses dah selesai bayar pinjaman akan melibatkan wang  yang perlu ditanggung oleh kita sebagai peminjam.

# nota untuk adik-adik yang akan membeli rumah – sediakan kos tambahan untuk dua pihak peguam  ( kecuali ada T&C perkhidmatan ini percuma )

  1.  peguan untuk S&P bersama pemaju
  2.  peguam untuk pinjaman bersama bank

Hari ini saya dah dapat surat dari peguam bersama lampiran yuran guaman tersebut.

charge yuran guaman

Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tujuh Puluh Empat Sahaja.  Dalam bil ini ada Service Tax 6 %, itu SST bukan GST seperti yang sedang diperkatakan sekarang.  Nak tahu GST tu apa, baca di sini – Apa Itu GST

RM 774 ini hampir dua bulan bayaran bulanan pinjaman perumahan  tersebut kerana rumah ini adalah rumah kos rendah flat 17 tingkat bersamaan 628 kaki persegi.

Apa pilihan yang ada?  Tak ada pilihan.

Kena bayar , kalau tidak urusan kita tergantung  tak selesai.

Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan dan  Blogger pun boleh mencarum KWSP!

Saya belum bayar ni,  dah tak ada tabung nak dipecahkan!

 

Nota :  entri ini pengetahuan untuk sesiapa yang akan membeli rumah di masa akan datang.  Menabunglah dari sekarang, tak kira tabung gajah, tabung ayam, tabung rimau atau pun tabung haji!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Hurmmmm…..
    Dlm 4th Schdule SRO 2005 caj DRR RM300. Apsal akak ni kna 400 ekk. DRR utk 3 properties same deed ke?
    Sy pun lauya gak.

  2. terima kasih sharingnya
    bisa jadi sumber informasi bagi kita semua
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  3. bertahun beli rumah tapi hanya bayar faedah jer…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..SHELL RIMULA DI PETANG SABTUMy Profile

  4. Saya jer belum mampu langsaikan hutang lagi..emmm
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Kite Buatkan Untuk MakMy Profile

  5. alahai…baca ni baru teringat.saya punya pun tak buat lagi discharge ni…adehhhh….duit lagi.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..ASSALAMUALAIKUM…My Profile

  6. benda ni tak leh buat sendiri ke kak jie? mana la tau, kalau boleh buat sendiri dapat berjimat sikit

  7. betul. bayar..bayar..jangan tak bayar.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Putih-putih melati – Mr Bie ft. Adik C (Parodi)My Profile

  8. otw nk bli umah..kalau bole secepat mgkn sblm hrge rumah meningkat dgn mendadak..huhu
    Jom terjah post menarik dari Katak Comel ..Emma Maembong Nafi Rampas Kekasih Uqasha SenroseMy Profile

  9. Oh ada lagi bayaran setelah habis bayar pinjaman rumah yer.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Siaran Langsung Johor Darul Takzim vs PKNSMy Profile

  10. kalau menabung dari skrg boleh kot
    Jom terjah post menarik dari BeritaKaki ..Sedih Bayi Dipanggang Hidup-HidupMy Profile

  11. hurmm..kena start menabung dari sekarang..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Kegunaan dan Kesan Sampingan Pil Pelangsing (Ubat Kurus)My Profile

  12. Lambat lagi hendak lepas tanggungan bank. Bayar sudah bertahun-tahun belum nampak ada tanda-tanda susut pinjamana kerana bayar faedah selama ini.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Makan makan pizza di Papa John’sMy Profile

  13. nanti masa di Seminar, kak jie bawak tabung.. kot kot ada sahabat isi kan.. hehe .. kak jie kena buat muka comel lebih lagi.. sekarang da comel dah
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Wordless WednesdayMy Profile

  14. Bro menabung untuk anak yang bakal dilahirkan he..23x
    Ada juga plan nak beli rumah dalam masa terdekat nie
    Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Luahan Hati Seorang Blogger [Part 35] – Salah Ke Cerita Pasal Anak Dekat BlogMy Profile

  15. Pinjaman dah habis bayar pun kena bayar lagi untuk pelepasan.. Adoyaiii..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Casing Phone Ninetology Insight i9430My Profile

    • memang dah macam tu peraturannya.
      peguam yang buat kerja jadi kita kenalah bayar legal fees.

      * dah lama tinggalkan bidang guaman..

  16. Hmm…bayar lagi adoii la..nak tak nak kena bayar gak 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..PRU 13 Dalam KenanganMy Profile