Yang Selalu Memberi Ingin Sekali Sekala Jadi Penerima, Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa
Motivasi

Yang Selalu Memberi Ingin Sekali Sekala Jadi Penerima, Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

Sebentar tadi saya terima MMS dari adik ipar ke-3 ( saya ada 6 adik ipar ). Rasa sedih bercampur gembira kerana untuk pertama kali saya dapat melihat ayah diraikan seperti ini. Saya tak pernah dapat menyambut atau meraikan ayah seperti ini kerana pada usia 19 tahun saya telah pun datang ke KL untuk bekerja. Jodoh saya dengan orang disini dan menetap disini. Tak pernah dapat balik ke kampung pada tarikh 1 Julai.

Untuk tahun ini, saya kirimkan duit kepada  adik ipar yang ke-4 yang tinggal bersama ayah dan mak.  Saya minta tolong dia belikan kek dan raikan ayah sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 71.

Mungkin beli KFC dan kek untuk keluarga.  Rupa-rupanya adik ipar saya merancang untuk panggil sekampung.  Dia masak laksa 4 bungkus dan beli sekilo kek.  Dia jemput jiran-jiran terdekat.  Pak Long pun datang untuk mulakan majlis dengan doa selamat.

Saya orang kampung, bukan menjadi kebiasaan untuk membuat ucapan di facebook atau twitter kepada ayah tanda kasih dan sayang.  Mengembirakan ayah tanpa membebankan usia tuanya dengan masalah anak-anak adalah satu bentuk kasih sayang tanpa ucapan.

Moga saki baki usia ayah dihindari dari  segala kepayahan, sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Moga dipanjangkan umur dalam keimanan, sihat tubuh badan dengan kecemerlangan akal juga diberikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

* mengesat airmata berkali-kali untuk menghabiskan entri ini….

DIBAWAH INI ADALAH  ENTRI KISAH AYAH PADA 1 JULAI 2011 YANG DITERBITKAN SEMULA

selamat harijadi ayah

Ayah lahir pada  01 Julai 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api di Siam dan tidak pernah kembali selepas itu.

Dibesarkan tanpa ketua keluarga bukanlah sesuatu yang mudah di zaman tersebut. Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah tidak buta huruf. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik kerana ayah belajar secara mengintai² orang lain . Ayah belajar menulis  dengan menguis-guis di atas tanah.  Saya kagum sungguh dengan kecerdikan ayah dalam bab ini.


Tulisan ayah cantik dengan seni tulisan Tamil yang berkerawang kerana ayah dibesarkan di estet getah. Disepanjang zaman remajanya ayah merantau berbasikal dari Gurun, Bedong dan akhirnya menetap di Kuala Ketil. Disitulah ayah bertemu jodoh dengan emak yang juga seorang anak yatim  yang berkelana dari Seberang Prai.

Ayah anak yatim dan emak yang juga anak yatim , sudah tentu kami membesar dengan tidak begitu rapat dan mengenali  salsilah keluarga dan saudara mara yang lain.

ucapan harijadi untuk ayah ( Teman disebelah ayah telah pun kembali ke Rahmatullah sebelum pilihanraya baru-baru ini – Al Fatihah –  edit 15/6/2013 )

Ayah seorang yang pendiam, bercakap hanya perlu, sangat berfikiran positif dalam hidup dan seorang yang baik hatinya. Lembut walaupun ayah seorang guru silat. Saya belum pernah sekali pun melihat ayah meninggikan suara atau berdendam sakit hati dengan sesiapa walau apa pun perkara buruk yang pernah diperlakukan kepadanya.

Membesarkan anak seramai 9 orang termasuk seorang Down Syndrome ( yang telah meninggal dunia pada usia 20’an- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah disekeliling perdu-perdu getah untuk mempastikan kami cukup makan. Pernah di tahun 80’an ayah merantau bekerja hingga ke Singapura.

kemalangan jalanraya

– Selepas dilanggar Gadis Myvi Hijau beberapa bulan yang lepas.

Ketika saya perhatikanlah ayah waktu sedang tidur, mula saya sedari betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kami, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kami kenyang dan pendidikan kami lancar.

kecederaan kemalangan jalanraya

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan kami semata- mata kerana rasa kasih dan sayangnya sehingga kadang-kadang itu sering di salah ertikan.

Melihat ayah dalam keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan saya dan adik-adik. Pengorbanan yang amat melelahkan serta memenatkan namun enggan diungkapkan.

Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia. Kesemua anak ayah telah bekeluarga kecuali seorang adik bongsu saya yang masih belajar di Politeknik Kulim.( dah kerja) Saya ada adik perempuan ye ….silalah hantar proposal diri! :lol:

Walaupun anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi orang penting atau pun jutawan besi, anak-anak ayah tidak terlibat dengan sebarang masalah rumit yang merungsingkan hati tuanya.

Ayah seorang yang hebat! Catatan pendek ini tidak mungkin mampu merungkaikan segalanya tentang ayah kerana apa yang pernah dilakukan untuk kami tidak dapat dihitung. Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu.

Selamat Hari Ulangtahun Ayah !

Saya baru telefon ayah.  Ayah kat kebun.  Ayah cakap… letaklah, nanti ayah telefon balik.  Ayah boleh buat panggilan percuma selama 7 hari hadiah Celcom….hahaha…sweet je ayah !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Yang Selalu Memberi Ingin Sekali Sekala Jadi Penerima, Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

  1. Alhamdulillah dan tahniah utk ayah dan akak..masing2 dpt menjalankan tugas dgn baik, semoga panjang umurnya dan diberkati usianya.sama2 berusaha menjadi anak yang solehah
    Jom terjah post menarik dari Ustazah Ain ..Tips Murah RezekiMy Profile

  2. Alhamdulillah…masih merasa hangatnya kasih ayah. Buatlah yang terbaik untuknya. Bukan duit, harta dan kekayaan menjadi ukuran tetapi kasih sayang dan berkat doanya anak yang sentiasa mendampingi hidupnya.

    Jun kehilangan kasih ayah ketika berusia 2 tahun, sejak itu segala kasih dan sayang tumpah pada emak…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Abang Rindu PadamuMy Profile

  3. wpun kita dah kawen, tapi keprihatinan ayah tak pernah kurang.. bila sakit atau bila2 je, ayah tetap sokong kita, biarpun kadang2 kita je tak nampak..

    saya sayang ayah saya…
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Bila Takhta BertukarMy Profile

  4. 1 julai, sama tarikh lahir dgn anak sulung saya… selamat hari lahir (dah berapa hari ni) kepada ayah kak jie..

    tul, selalunya ayah memang tak banyak cakap, tapi lau dah bercakap.. hehee..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Bila Takhta BertukarMy Profile

  5. sedih baca entry sis pagi ini … *sapu air mata*

    selamat ulangtahun buat ayah sis ..
    semoga di berikan kebahgiaan dunia dan akhirat ….

  6. sekarang abah akak terlantar sebab strok .setiap masa dan waktu akak teringatkan dia.nak jaga dan tatap wajah dia setiap masa.tapi apakan daya…. hanya Allah saja yang tahu hati dan perasaan akak.Semuga Allah beri peluang untuk akak menjaga abah.itulah doa yang selalu yang akak minta .Muga dikabulkan..Amin

  7. selamat hari bapa gak..perh penuh nostalgia biodata idup ayah…sedih plak klo ngk ayah sendirik mcm ni…… touching mode ON…

  8. Tidak ada kata seindah bahasa..sekadar luahan yang hanya Allah Taala mengerti tentang hati dan perasaan seorang insan yang bergelar “AYAH”..dikaulah segalanya…semoga Allah Taala mengampunkan dosa2 insan yang bergelar AYAH di muka bumi dan merahmati mereka semua…amin… 😛
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  9. Selamat Ulang tahun buat ayah Kujie.
    Semoga beliau sihat dan bahagia selalu dengan kasih sayang anak-anak.
    Seorang ayah memang tidak memerlukan anak yang kaya-raya tetapi memadai dapat melihat anaknya dapat hidup berbahagia.
    p/s Baca catatan ini, jadi rindu pada ayah walaupun hampir setiap dua hari telefon ayah.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Wordless WednesdayMy Profile

  10. nampak masih kuat lagi ayah kak jie, umur hampir sebaya dgn abah saye.. 😛

    moga dikurniakan kesihatan yg baik dan dlm rahmat Allah jua…ameen

    pssst…tarikh lahir yg sma dgn anak sulung saye, tahun jer tak same…hehe :p
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pesanan buat Kakak…My Profile

  11. Salam Kak Jie.
    Menarik juga kisah hidup ayah kak jie ni. Ibubapa bagi saya adalah insan yang penting dalam hidup. kena pula berjauhan dengan ibubapa macam sekarang. 🙁
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..What is high quality contentMy Profile

  12. Salam,
    ayah saya lahir pada tahun 1932, yatim piatu dan hidup atas usaha sendiri menoreh di estate seawal umur 10 tahun (tiba-tiba)….
    ..sebak ingat ayah kt kampung baca entry ni
    Jom terjah post menarik dari DiDa ..Friend-ShipMy Profile

  13. selamat hari lahir ayah .. wah so sweet cakap free call . he he .. best baca akak pnye story . mcm tyka selamat dr zaman jepun . sebabnya atok nenek belah ayah dr indonesia . atok nenek belah mak belah singapore .. jadi tiada zaman jepun sgt la.. cuma kt singapore ade skit skit ceritanya ..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Pencapaian Untuk Bulan JunMy Profile

  14. saya dah tak ada ayah sejka umur 12 tahun…tak merasa banyak perhatian ayah…masa tu pun ayah selalu sakit2..sempat menjaga dia waktu sakit…
    Jom terjah post menarik dari yusri ..Salah tafsiranMy Profile

  15. Sedih pula baca post kak jie ni..
    Aya selalu terfikir…
    Seorang ayah boleh jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai kadang-kadang susah nak jaga seorang ayah..
    Aya selalu jumpa kat wad hospital seorang ayah ditinggalkan sendirian di hospital . sedih bila lihat keadaan macam tu. Tapi Aya yakin apa yang kita buat kat orang tua kita, maka balasan tu akan kita terima bila tua nanti.. kalo baik, baiklah balasannya, kalo jahat, jahatlah balasan. Nauzubillah..Terima kasih for sharing kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Ayabizz ..6 Sebab Menggelapkan HatiMy Profile

Comments are closed.