Dari Pantai Sri Tujuh Ke Pengkalan Kubur Bersampan Ke Tak Bai Narathiwat

Cuti kali ini saya tak bercadang pun akan sampai ke sini. Ikut rancangan akan ke Pantai Cahaya Bulan sebab ada jemputan kenduri kahwin seorang ‘silent reader’ blog saya. Nanti saya update kisah silent reader saya tu ye… tak sangka saya akan hadiri majlis perkahwinan seorang pembaca senyap blog ini.

Saya sampai di Hulu Terengganu Project ( HTP ) Tasik Kenyir lewat malam hari Khamis. Jumaatnya baru merancang untuk ke Tumpat. Mulalah mengoogle hotel, resort dan hoemstay. Tempahan lewat memang susah nak cari tempat penginapan.

Ada beberapa pilihan hotel/resort di Tumpat iaitu

  • Pantai Sri Tujoh Resort ( 09 – 721 1753 / 09 – 725 2224 )
  • Senangin Resort and Cafe ( 013-931 0717)
  • Sinaran Resort ( 019 -924 1091 )

Ada banyak lagi homestay tetapi tidak diiklan di internet.  Kepasa pengusaha homestay, carilah blogger yang ranking baik untuk iklankan homestay memasing.  Mungkin ada tetapi susah nak muncul kat carian Google. Baca panduan yang pernah saya tulis di sini -

Akhirnya kami mendapat tempat penginapan di Sinaran Resort.  Setiap bilik ada 1 katil saiz queen dan satu katil single dengan harga RM 80 semalam dan berhawa dingin.

Kami check in dah lewat malam tetapi sempat keluar ke fun fair kat pantai Sri Tujuh sebelum balik tidur tak ingat dunia sebab dah penat dalam perjalanan.  Tumpat terletak lebih kurang 15 KM daripada bandar Kota Bharu dan merupakan bandar terakhir landasan keretapi ( KTM) laluan Pantai Timur selain di Rantau Panjang yang akan bersambung dengan Thai Railway.

  • Trivia – Terengganu merupakan negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak dihubungi dengan landasan keretapi.

 

Pantai Sri Tujuh Resort

Ini adalah Pantai Sri Tujoh Resort – kami saja datang melihat, tak sempat booking pun sebab dah penuh.

pantai sri tujuh tumpat

Bertentangan kawasan resort adalah salah satu pantai daripada 7 teluk yang memberi nama kepada tempat ini. Pantai Sri Tujuh khabarnya mendapat nama daripada 7 teluk yang terdapat di sini.

pantai negeri kelantan

Ada beteng yang menyambung antara kawasan resort dan pantai . Kami sampai ke kawasan yang cantik tepi belukar pantai. Macam view untuk cover kulit album , kan.

Dari Pantai Sri Tujuh, kami bercadang ke Pengkalan Kubur sebelum check out pukul 12 dan ke majlis perkahwinan di PCB.

kedai makan di pengkalan kubur

Dari pantai Sri Tujoh Tumpat ke Pengkalan Kubur lebih kurang 4KM. Kat simpang Kampung Geting ada kedai makan di sebelah kanan jalan.  Ada lebih 10 periuk dengan pelbagai menu masakan ikan, ayam, itik atau pun daging.

Lebih mudah makan sebelum mulakan aktiviti selanjutnya.

sampan pengkalan kubur nak ke Tak Bai

Kami langsung tak merancang untuk menyeberang ke sempadan Thailand, sekadar membeli belah di zon bebas cukai. Berhenti bertanya seorang kakak di tepi jalan, dia tunjukkan arah jalan untuk menaiki sampan ke Tak Bai, Narathiwat.

Parking saja kereta, ada pemandu sampan yang menawarkan perkhidmatan ke Tak Bai.  Selepas bertanya beberapa soalan untuk pengesahan, kami pun menaiki sampan menyeberang sempadan negara. Never be afraid to try something new…kan.

Ini bukan kali pertama saya naik sampan menyeberang sempadan Malaysia ke Thailand di Kelantan. Saya pernah melalui Rantau Abang menyeberang Sungai Golok dan bermalam di sana. Baca Disebalik Ganasnya Golok, pernah juga memasuki Satun melalui Wang Kelian ( Cuci Mata Isi Perut Di Wang Kelian ) dan memasuki Betong melalui Pengkalan Hulu.

Harga tambang sampan dari PengkalanKubur ke Tak Bai adalah RM 2 seeorang.

keselamatan di Tak Bai

Sampai seberang Tak Bai, jangan panik bila nampak anggota keselamatan lengkap seperti ini.  Dia buat kerja dia, kita jaga diri kita.

Pasar di Tak Bai sangat meriah pada hari Jumaat dan Sabtu kerana rakyat Malaysia banyak yang berkunjung ke sana.  Ada berlori-lori durian, rambutan, manggis , mangga, pisang, ubi, buah laici dan macam-macam buah-buahan.

Buah laici sekilo RM5, saya pernah beli di Golok hari tu sekilo RM 2 saja.  Kalau kat kedai buah kawasan Rawang boleh dapat sekilo RM8.  Kalau kat R&R Tapah buah laici sekilo RM 15.

membeli belah di Tak Bai

Tudiaaaa…… Cik Intan memborong periuk belangga. he he he.. mak Cik Intan sebenarnya. Penat dah berpusing sana sini, duduklah sekejap sementara sang emak tak puas-puas lagi menbelek apa yang berkenan.

 

kopi

Kopi yang dibeli kat gerai tepi jalan tetapi cara pembungkusan yang nampak ‘mahal’ Harganya RM 2.50 – di dalam beg kertas tersebut adalah kopi ais yang dibungkus dalam plastik biasa tetapi dikembungkan dan di cucuk straw.  Untuk memudahkan kita bawa sambil menjelajah ceruk pasar, diletak dalam plastik bertangkai lagi sekali.

Idea yang sangat menarik.

Tak Bai Narathiwat

Kalau korang nampak pelancong bergambar dengan sudut-sudut yang korang rasa entah apa apa tu, janganlah gelak. Memang macam tu pun perasaannya bila kita ke tempat orang yang pemandangan tersebut bukan biasa-biasa bagi kita. Orang tempatan mungkin tak perasan pun ada keistimewaan tempat tersebut .

Ada orang yang berminat dengan sudut terpencil pemandangan seperti ini.

sampan ke Tak Bai Narathiwat

Ini jeti di Tak Bai untuk menaiki sampan menyeberang Sungai Golok nak balik semula ke Pengkalan Kubur

Mama sengaja je letak gambar Angah banyak kat sini sebab nak buktikan Angah dah gemok! ha ha ha

sampan Pengkalan Kubur Tak Bai

Macam ni lah muka lega dan gembira bila selamat menyeberang sempadan balik semula ke Malaysia.  Home sweet home…hahaha..padahal keluar Malaysia sekejap je.

Sampai di seberang Pengkalan Kubur, orang makin bertambah ramai untuk menyeberang ke Tak Bai.  Kami terpaksa balik awal kerana ada agenda lain selepas itu.

Kalau nak bandingkan Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang, membeli belah di Rantau Panjang lagi meriah tetapi tujuan kami bukan sekadar membeli belah tetapi rekod perjalanan dan catatan pengalaman.

 

  • Nota i : Kami = saya, suami, Along, Angah dan Intan.
  • Nota ii :  Tajuk sekali harung malas nak tulis banyak-banyak.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    suami saya orang rantau panjang..even dah 4 tahun kawin, tak pernah seberang ke golok lagi..memang biasa untuk penduduk tempatan seberang ke golok. makcik kami pun tiap-tiap pagi ke golok membeli barang-barang untuk memasak sebab makcik jual di kantin.

    in sha Allah, satu hari saya pun nak ke seberang..asyik tengok dari rumah in law je
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Pantang Larang Ketika SahurMy Profile

  2. says

    Perkhhh… Hebat.
    Maza sudah dua tahun berkurung di wilayah sendiri tidak bercuti jauh2 seperti ini. Apatah lagi bercuti ke luar negara, belum pernah dibuat. Hehehhee

    Dengan adanya entry kak jie ini, membuatkan maza teruja dan mahu mencuba sesuatu yang baharu.

    Jom terjah post menarik dari maza ..TOK GURU DAN PELAJAR YANG MANJAMy Profile

    • says

      anak anak dah besar, senang nak ajak dia org redah hutan ke bersampan tgh panas ke…. dulu² masa anak2 kecil lagi tak adalah berani nak bercuti mcm ni

    • says

      anak anak surveyor memang mcm ni…dah biasa pergi tempat2 yang mencabar
      lagi satu..anak2 dah besar….kalau kecil lain jalan cerita dia

  3. says

    Tak tau pulak boleh menyeberang macam ni?
    Kiranya ni cara yang dibenarkan atau memang buat secara berani2 sendiri je Kak Jie?
    Boleh tahu tak apa soalan pengesahan yang ditanya kepada pemandu sampan tu sebelum Kak Jie buat keputusan untuk ke seberang sana?
    Banyak tanya pulak ye?tapi benda2 macam ni memang menarik minat saya..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Orang Dah Lama Bercuti, Kami Baru Nak MulaMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge