Doktor, saya nak masukkan gambar doktor dalam blog

Dua hari saya tak de ye… bukan merajuk bawa diri atau rindu sampai berkhemah depan sekolah Angah.

Sebab utama – modem kena petir…kawasan perumahan saya yang ‘berkawah’ dikelilinggi bukit bukau adalah kawasan ‘mesra ribut petir’. Bukan saja modem yang rosak, window pun crash hangus kejong kena petir. Sekarang perlu install macam-macam plugin firefox yang hilang. Kemudian bookmarks yang lesap.

Sebab kedua – saya ada temujanji dengan doktor kat Hospital Sungai Buloh. Temujanji ulangan kes terdahulu. Nak baca kes-kes terdahulu klik sana entri pengalaman secerah cahaya memberi terang seperti garam memberi rasa. atau kisah debar my world turned upside down atau hidup ini bukan sekadar untuk ketawa .

Best pergi temujanji hari ini – masih doktor yang sama tetapi pelatih yang berbeza. Doktor benarkan pesakit ‘dera’ pelatih dia – tanya apa saja yang nak tanya. Kenapa graf ada warna merah, kenapa sebelah saja, apa simptom apa yang pesakit perlu tahu.

Lepas tu doktor bagi penerangan macam dewan kuliah.

” Doktor, saya nak masukkan gambar doktor dalam blog….”   Belum sempat doktor tutup muka macam tahanan reman yang bergari tu, saya dah snap.

Tadi baca blog Yonna tentang bila penulis blog sudah tiada… andai tiba-tiba pemilik blog telah pergi mengadap PenciptaNya, tergantung begitu sajakah blog kita di alam maya ini, tanpa penutup tanpa kesudahan….

Janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Selain dari pc di rumah yang boleh auto login, ini antara mereka yang mempunyai akses ke blog ini.  Tak kisah apa yang akan mereka buat dengan blog ini jika  ……

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    salam kak, terima kasih sb masuk blog suri..lainkali singgah lagi yer..hehe
    alahhh..napa kak amik gambar doktor tu sisi tepi..awat tak ambil face to face..heheh..\
    manalah tau kot2 suri berkenan di hati..ahhah.. ;) :mrgreen:

    smoga kak cwpat sembuh.. :smile:

  2. yonna says

    apesal semua komen sedih ni ma? HAHAHA T______________________T

    lain kali buat 1 cerita ja i entry hahaa :mrgreen:
    .-= yonna´s last blog ..Bila Penulis Blog Sudah Tiada =-.

  3. samanosuke_04 says

    weih.. apsal sampai byk camtue orang bleh access blog kakjie? ngohoho, kalo nak amik gambar lagik ngan doktor tunggu laa 4 tahun lagi :mrgreen:
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Korang Penah Amik Gambar ngan Artis? =-.

  4. says

    andai maza tiada, masih sudikah kengkawan menjegah di blog maza itu,

    sekurang-kurangnya sebgi makam dan mengingati maza dgn sedekahkan fatihah!
    sbb maza di alam sana belum tahu tgh bersenang lenang sambil makan buah apple mengadap bulan mengambang!

    silap2 mengharapkan belas ehsan dari doa org yg ingat dan sayang!
    :oops: :oops: :oops:
    .-= maza´s last blog ..Potong Jambul Amalan Bidaah =-.

  5. says

    ala gambar doktor tak terang
    tak buleh la nak stalking,

    umph!! kalau la penulis ‘ToMyPocket’
    dok tak dok lup,
    kena cari second writer lah utk
    menutup blog tu ngan ucapan,

    wabillah hi taufik wal hidaayah…
    wassalaamualaikum warahmatullah
    hi wabarakaaaaaatuh. selamat beramal!!

    …gitu gitu.
    terimakasih untuk cadangan:D
    .-= Pocket´s last blog ..268. SeratusSepuluh =-.

  6. says

    saya dengar entry kak jie ini…semoga semuanya berjalan lancar…saya doa2kan yg terbaik buat kak jie..Jika kak jie tidak berblog,satu kehilangan besar di dunia blog ini..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kesetiaan Ku Diuji =-.

  7. says

    kak jie.. sebenarnya saya terlupa login name ke blog ni dengan password. nak tanye hari tuh tapi segan.. pasal tu saya tak dapat nak sumbangkan artikel… hehehe maapkan saya ye. sekarang baru teringat.. thanks.
    .-= Kreuger´s last blog ..Sssshhh… jangan cerita kat orang taw. =-.

    • says

      @denaihati, kalau dah selalu – jadi lali
      sesekali ke hospital dan tengok berbagai ragam, jenis pesakit yang datang boleh insafkan diri..betapa beruntungnya kita……………..

  8. says

    sayu jer entry kali nih.. huhu.. tulkan, kalau lah bila penulis blog sudah tiada… saperla nak teruskan usaha penulis blog…
    glamer nanti doktor tu kan.. kalau kesempatan de gi HSB, nak carik la doktor tu.. kate saya penah jumpe doktor dlm blog kak jie.. :lol:
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Jodoh Saya Orang …. =-.

    • says

      @fiezaradzi, tapi mmg pun kena fikir juga, sebab ada beberapa pengalaman kawan2 blog yang’pergi’ tinggalkan blog tanpa kesudahan di alam maya

      wahhh………..mesti cari . seorang doktor yang best
      ceria dan pesakit pun selesa

      cari kat klinik yang ade gologi2 kt belakang tu..tak faham nama2 jabatan kat klinik pakar

      sebab nama dia ade gologi2… :lol:

      Otorinolaringologi ..patologi…anestesiologi …. Neonatologi

      • says

        @Kujie, kak jie, gologi xpe lagi jgn gig… :lol:
        tul, kalau kite selesa dgn doktor tu, mmg sentiasa nak g cari dktor tu lau xsihat.. siap kol klinik dulu tnye saper doktor.. :razz:

        patologi tu bhgian kuman2.. hehe.. xlah, bhgian screen atau detect secara lab (bg sample2 la..)
        yg lain, saya pun pening.. :shock:
        .-= fiezaradzi´s last blog ..Jodoh Saya Orang …. =-.

  9. says

    belum buat backup author…

    andai kata ku pergi dalam waktu terdekat ni.. blog ku juga kan sepi mungkin..

    tapi

    cam main dokte2 pulak kat sepital tu ye kak?! teringat dulu kecik2 main dokte2 ngan kawan2 :mrgreen:
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..kena lagi! =-.

    • says

      @~mrs azmi~, jemputlah kak jie…hehehehe :lol:

      tak de lah..kadang2 perlu juga…daripada blog kita terbiar tergantung
      sekurang2 ada awal dan akhir
      ada pemulaaan ada penamatnya

  10. blowie says

    uih, lain macam je entry ni.
    .-= blowie´s last blog ..Filem 2010 – Hikayat Merong Mahawangsa a.k.a The Malay Chronicles =-.

  11. says

    Huhu, boleh dera camtu yer, comelnyer Doc tu, Kak Jie pun boleh belajar sekali nampaknya hehe ;-)

    Kalau ingat part pergi tak kembali tu rasa something jer
    Tak pernah rasa bersedia untuk hadapi kehilangan walaupun kita tahu kehilangan itu adalah pasti :cry:

    Huhu, semoga Kak Jie tetap sihat, ceria da bahagia. Tabah hadapi ujian2 tu yer.

    • says

      @iza~de~bintang, betul tu iza…banyak sungguh ‘medical words’ yg kak jie dengar…ia-ia doktor tu..siap lukis2 graf…siap berenti minum….. mmg bestlah sapa dpt jadi pelatih dia

      tak de nak ralat sgt kalau blog hilang iza…. bukan hak milik kekal…kena faham asal kejadian…berpada2, kan

  12. says

    erm… dah lama terfikir pasal post yonna tu..
    tapi di menteil.net masih tiada admin kedua..
    kalau menteil sudah tiada, biarlah menteil.net sekali yang pergi.. :(
    .-= menteil´s last blog ..Apa Jang Nara Ajar Aku Tentang Blog =-.

  13. says

    adakah doktor itu tersimpul2 malu selepas gambarnya diambil?
    yg pasti jari kakak mmg lagi cepat dr kata kakak…br nk mintak izin jari dh snap…hehe
    .-= ejam´s last blog ..Sungguh Mudah Minta Maaf. =-.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge